CORETAN TERBARU NADH

Sini ada jual JELI KELAPA MUDA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

"Ya akak abang. Mari singgah. Mari beli. Sini ada jual Jeli Kelapa Muda. Mari beli kak."

Apa yang korang fikir dengan dialog diatas? Aku menjual? Oh tak. Bukan. Ni kira isu lapuk. Tapi panasnya tetap terasa bahangnya. Kenapa? Isu apa? Saja buat korang berfikir. Malam nak bagi otak bekerja. 

Ada seorang insan. Dia menjual jeli kelapa di sebuah pasar. Biasalah kalau peniaga mesti ada strategi nak tarik pelanggan. Jadi dia buat satu papan tanda yang bertulis "Sini ada jual Jeli Kelapa Muda". Nak dijadikan cerita, ada seorang pelanggan datang dan berkata kepadanya.

"Kenapa abang tulis Sini ada jual? Abangkan datang berniaga buat apa tulis ada jual. Memamg untuk dijual kan?" 

Jadi si peniaga ni buanglah perkataan "Sini ada jual". Kemudian keesokan harinya datang pula seorang Makcik tua membeli Jeli Kelapa miliknya. Makcik itupun bertanya kepada si peniaga.

"Nak, kenapa anak tulis Jeli Kelapa Muda? Tulis saja Jeli Kelapa. Bukankah jeli kelapa hanya menggunakan kelapa muda bukan tua?" Si peniaga tersenyum Dia pun membuang perkataan muda. 

Satu minit kemudian datang lagi seorang pemuda. Tapi pemuda ini warak. Jubah putih dan serban menunjukkan dia baru pulang dari surau berdekatan.

"Dik, kenapa adik terlalu mendengar kata orang lain? Sejak hari semalam saya perhatikan kedai anda. Sejauh manalah kita manusia ingin mendengar kata orang lain? Puaskan hati mereka?" Lalu pemuda warak berlalu pergi setelah membeli dua jeli kelapa di kedainya.

Pemuda itu terfikir. Susah juga mengikut kehendak orang lain. Jadi dia meneruskan perniagaan dengan mengikut kata hatinya iaitu menggunakan ayat yang dibuat sejak mula berniaga iaitu "Sini ada jual Jeli Kelapa Muda"

Kesimpulannya, kita tak mampu utnuk puaskan hati orang lain. Utamakan suara hati masing-masing. Biarlah mereka dengan pandangan mereka. Tapi fikirlah jika pendapat itu boleh diterima maka kita buat penambahbaikan jika tidak, berkatalah dengan seikhlas hati. "Maaf, tidak." 

You must dare to say no sometime. (Slogan dipetik dari pensyarah aku)
Artikel ini diambil dan diubahsuai mengikut suka hati aku dari Majalah An Nisa keluaran tempat belajar aku.

Post by,
Miss Ran 

4 comments:

Eliza Sulaiman said...

sokong!

i like ~

Unknown said...

hehe i like it too

Aida Tamrim said...

Betul tu... KAlau nak ikut cakap orang je takkan kemana la sbb manusia ni leh kata apa saje...Tak larat nak diikit dik weeiii... Hehehhe

Unknown said...

adialuze

tula asyik jd pak turut je kan
mne tahan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers