CORETAN TERBARU NADH

Perempuan tak payah belajar tinggi-tinggi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey statement yang menyakitkan hati kaum hawa. Termasuklah aku. Aku dan kawan aku ada borak pasal ni. Dia cerita kawan dia dah kahwin. Anak dua. Okey, kami masih belajar. Lama lagi nak ke arah itu. Dia pun kata orang dedulu selalu cakap tak payahlah belajar tinggi-tinggi, nanti ke dapur jugak.

Ada akan cakap, sekarang dah moden. Jarang dengar orang cakap macam tu. Tapi kat kampung aku memang ada yang berfikiran macam tu. Sebab otak mereka masih sempit. Yang mak ayah zaman sekarang semua nak anak belajar tinggi. Sebab diorang kata tak ada harta nak kasi selain memberi peluang untuk belajar.

Antara sebab aku menyangkal kenyataan di atas:

1. Memang ke dapur bila kahwin tapi tak semestinya 24 jam di dapur. Lainlah chef. Macam wanita bekerjaya, dia tetap ke dapur. Bukannya tak. Contoh ibu aku. Tetap masak untuk suami dia. Walaupun pergi pagi balik petang. Sebab dia dah tahu memang itu salah satu tanggungjawab isteri. Jadi ilmu dapat pahala pun dapat.

2. Jangka masa panjang. Adakah kita yakin kita akan selamanya di dapur? Tak. Sebab kita tak tahu apa jadi. Aku bukan nak doakan. Tapi penceraian, kematian banyak jadi. Kalau kita tak belajar, tak ada kerja yang baik, siapa nak tanggung kita kelak? Bila ada musibah macam ni takkan nak harap mak ayah lagi? Bukti banyak di depan mata. Suami kahwin lain? Banyak lagi.

3. Tuntutan masa kini. Hidup zaman sekarang tak stabil. Ada juga wanita perlu bekerja demi menjaga makan pakai satu keluarga. Memang lelaki bekerja jugak. Tapi seorang je kerja tak cukup nak sara semuanya. Macam kita sebagai perempuan membantu suami dalam mencari nafkah supaya kehidupan lebih harmoni. Ada yang setuju kan? Kata perempuan baik di rumah jaga anak. Tapi kalau keadaan ekonomi yang teruk, sanggup ke biarkan suami berpenat lelah seorang diri?

4. Cita-cita. Setiap orang ada cita-cita. Yang pastinya berbeza. Aku pun ada cita-cita. Ibu pun ada cita-cita untuk anak dia. Nak anak dia berjaya dunia akhirat. Misal kata cita-cita aku menggenggam segulung ijazah. Takkan sebab kenyataan di atas aku kena kuburkan cita-cita aku? Lepas dapat ijazah tak nak kerja aku punya pasallah kan? Janji ilmu dapat. Cita-cita tetap tercapai.

Kesimpulannya, aku membantah kenyataan perempuan tak payah belajar tinggi-tinggi. Perempuan jugak ada hak nak menentukan jalan hidupnya. Ada juga yang tak bernasib baik. Tak semua perempuan akan berkahwin dan hidup bahagia. Ada yang terpaksa jadi andartu sampai bila-bila sebab lelaki kan makin berkurangan? Fikirkan ye. Korang rasa macam mana?

Ps: Dia setuju ke tak eh?

14 comments:

aamalinaazman said...

beeeeeeeeetoll!
opah terlalu sokong ahhhhhhh

Unknown said...

itu org fikiran kolot.zaman moden wanita kena berkerjaya

Faaein Talip Roy said...

setuju!

mesti belajar tinggi-tingi..
sekarang pesaingan sengit..

yang cakap macam tu.. mungkin dia jeles kut..

Munn Jaafar said...

lau nak pmpn dok dapur je kerajaan kena make sure gaji minima 3k. mampu?haha!

Azzah said...

setuju..walau dah kawen pun belanja dapur sekarang mahal..kalau suami je kerja mana cukup

Idayu Harun said...

betul tu ! zaman dulu org slalu ckp mcm tu..
mcm perempuan ni kena jadi kuli ajew.

fizafantagiro said...

yeahha..setuju! zaman skrg pun ramai pompuan lebih berjaya dr lelaki=)

Unknown said...

wahhh sy bangkang sapo yg suh ke dapur 24jam tuh...hehe

D'ya Marshmello said...

D'ya selalu jugak dengar rmai yang berpendapat perempuan tak payah blaja tinggi2, kdg2 perempuan pun kene ada hala tuju juga..asalkan kite pandai bahagi mase ;)

Anonymous said...

Ilmu penting dalam Islam kan? Dah tentu Islam itu universal dan global. Kalau tak ada ilmu, nanti kena tipu dengan ah long tau. hahaha. :D

budak penjara said...

tp de kkhilaf gak yg mengatakan pompuan leh je belajr jauh2 penting tul2 niat nk belajr..tp klu tersilap niat contohnya nk berjauhan ngn fmly or nk bersosial kt negara org..dengan kelas pon jarang2 masuk..jatuh haram la mereka belajar jauh2

Naniey TJ said...

waaaa...t'harunye sy....ble awk gnekn beberapa ayt yg kuar dr mulut sy....wakakakakaka....

well...mcm biasa sy nk tokok tmbh ckt..bt blog awk jd sy pnye blog...hikhikhik.... mak sy kte p'kahwinan ni ibarat p'judian... adakala kte menang tp ttp b'kmngkinan kita kalah... xslh klu org kte prmpn bljr tinggi2 ke ceruk dapur juga akhirnya.... sy ckt pon x bngkang.... sbb ilmu itu yg kte inginkn...jika sesuatu t'jd ilmu itu yg akn m'nolong kte nanti... jd kwn2 bljr la tinggi2... 6t klu ke ceruk dapur pun xpe..sbb kte da de backup jika apa2 t'jd di kmudian hari...

fRaMe+LenSeS said...

belajar la. tak sapa halang aih. kerjalah selagi mana rumah tangga adalah priority utama. ;) mungkin apa yang nak disampaikan dalam kes ni adalah, "jihad isteri yang utama adalah di rumah" mungkin itu ringkasan kata-kata tu. :D

jangan bila kerja, umah tangga haru biru, sibuk sgt. sampaikan anak terabai . ;)

Nong Andy said...

Nice n3.. semua point cukup lengkap xde aku nak tambah! cukup perisa..

cumanya....(gatal juga nk comment pjg2) kalau sekolah tinggi2 jgn lupa la belajar masak.. itu penting! kan best kalau terpelajar dan masak pun cun! bertambah cun la kita sebagai perempuan kan..hehe..

*Iffah.. Mcm biasa aku suka coment pjg2 mcm la ni blog aku..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers