CORETAN TERBARU NADH

Bukan semua faham

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry kecelaruan emosi. Sila klik pangkah dengan kadar segera.

Bukan semua faham apa yang kita sampaikan. Kadang kita kena guna bahasa tersurat. Jangan nak berkias-kias sangat.

Kalau nak jumpa cakap nak jumpa. Kalau suka cakap suka. Jangan biar orang lain salah faham. Bikin orang lain jadi pening memikirkan.

Ikut kata lirik lagu Jangan menangis sayang Safura dan Oney. 

Kalau padi kata padi,
Tidak aku tertampi-tampi,
Kalau benci kata benci,
Tidak aku ternanti-nanti

Jadi berterus teranglah. Lagi-lagi dengan kaum hawa. Cepat sangat nak salah fahamnya. Lepas tu mulalah nak salahkan perempuan sebab menagih harapan. Padahal dia cipta impian. Haish!

Ps: Dia buat aku terfikir.

16 comments:

Munn Jaafar said...

hmboih....marah bunyi nye ni? sy ni kekadang ssh gk nak trus trg pe sebnrnya nak...smpai tng naik pening...hehe

aliarosli said...

kenapa? mengapa? bagaimana? bila? apa? siapa? dimana?

fRaMe+LenSeS said...

hamboihh.. apa tu. apa tu?

mas saari said...

kenapa ni dik?
penuh maksud tersurat tu..

aamalinaazman said...

huuuuuuu
opah like dis very muchiiii! =.<

Luqeem™ said...

stahu sy, prempuan susah sikit nk faham mksud tersirat ni..

scya lollita said...

okay cik faham entri ni :D
sabar je lah .
tp lelaki lebih susah nak faham bahasa tersirat .

maszull said...

salam iffah...berterus terangkan lebih baik dr berkias2 bukan semua org faham bahasa kias2 ni...

oleh itu berterus terang tu lebih baik dr berkias...tapi bila dah berterus terang tu kenalah terima risiko disebaliknya....

moga org tu menerima kita seadanya...:)

Syahir Ramli said...

mrh kt sape tu iffah?? hihi kdg2 perlu jgk kias2 ni sbnrnye... klo dorg x phm gak, sound kn aje tros..straight 2 da point je...

Asyiqin Haulisah said...

erkk, menapakah?

Hafizin Jamil said...

entry marah ke ni??aha

Anonymous said...

suke la entri ni.

betol... dengan perempuan tak boleh berkias. sbb perempuan ni cepat tersalah paham. kang dah ade yg kecik hati pulak.

Sunah Sakura said...

kerana lelaki dan perempuan berbeza...

K said...

untunglah ada orang yang sayang~~

tamlegend said...

kena baca buku John Gray ni...Man From Mars and Women from Venus...huhu..



gado dengan Dia la ni...

Anonymous said...

ah, tinggi sungguh bahasa. :p

straight to the point please. or it become pointless. :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers