CORETAN TERBARU NADH

Melaka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Ada apa pada melaka ni? Bandar bersejarah? Jonker Walk? Atau orangnya? Kadang-kadang aku terfikir kenapa orang nak sangat datang melaka. Bukan ada benda pun. Maju lagi JB dan KL. Kalau nak buat drama bagi aku baik buat kat sawah padi kat kedah nun di utara. Nak buat drama cinta metropolitan kat kuala lumpur sana. Kenapa melaka jadi pilihan?

Tengok benda tinggalan British? Portugal? Untuk apa mengenang orang menjajah kita? Kenapa Melaka perlancongannya lebih maju beranding negara lain. Melaka ada apa? Taming sari? Sekali naik RM10. Naik bot menyusuri Sungai Melaka? Kat sarawak pun ada. Tapi kenapa ramai pelancong nak ke Melaka?

Memang aku akui. Macam-macam pembangunan ada. Contohnya, tempat aku belajar. Oke! Sangat gah sekarang berbanding dulu. Orang sejarah sangat suka Melaka. Banyak tinggalan sejarah yang harus kita pertahankan. Tak ada sejarah tak adalah kita? Betulkah? Kamu fikirkanlah. Ada satu email suruh aku promot negeri ni. Aku bukan orang melakau. Jadi aku tak tahu nak promot apa.

Yang aku boleh katakan, melaka sudah maju. Walau maju macam manapun, kita jangan lupa tentang kemajuan fesyen, kemajuan gejala sosial, kemajuan sekolah harapan. Bukan nak marah sesiapa. Cuma aku fikir sejauh mana pembangunan sesuatu bandar jika orangnya belum maju. Maju dari segi negatif banyaklah. Yang positif? Banyak ke orang melayu kerja kat sini? Meniaga atau sekadar pengayuh beca. Aku tengok orangnya sudah tua. Sedih pula. Orang putih kan bertubuh besar. Sekali dua naik. Lepas itu, orang yang mengayh sudah lanjut usianya. Kenapa murah sangat tambang? Kenapa banyak beca lebih suka pasang lagu kuat-kuat daripada menerangkan sejarah kat melaka ni.

Aku naik hairan. Kata nak tumpukan pelancongan. Tapi cerita sebalik kemajuan tak ada siapa endah. Orang suka pergi Mahkota Parade daripada pergi A famosa. Kenapa? Kenapa orang melaka pun tak bangga dengan khazanah yang mereka ada. Bila tanya pasal melaka, pernah melawat tak? Jawapan menyedihkan. Kenapa? Tak pergi melawat pun. Kita yang bukan dari sini dah awal-awal pergi melawat. Buat lawatan sambil belajar. Kita tengok macam jakun. Mereka? Ala depan rumah je. Buat apa nak pergi? Majukah pemikiran yang ada sekarang? Majukah mereka? Sejauh mana pelancongan yang diperkatakan akan terus maju. Yang aku tahu ramai orang luar negara elawat sini berbanding orang asal tanah melayu. Ingat Malaysia bermula di negeri ini. Siapa lagi nak mengenangkan kalau bukan kita?

PS: OVER pulak MR ni

5 comments:

Dim Benihana said...

nice entry....
terasa macam gigit cili pulak..
sy bukan asal melaka, tp tempt asal sy pun xabis jalan lg, dok sibuk g tempt lain...

Miss Ran said...

tenkiu

sy nga ggt cili padi ag..auchhh pdas

sendiri pon tak abis mlawat mlaka...
harap je 3taun di sini

Tasha said...

suka Melaka.... Melaka cantik. selalu pergi ke A'Famosa dan tepi laut tu. apa nama ntah. Zoo Melaka pun rajin juga. tapi blom pernah masuk Mahkota Parade. yang berdepan dengan Mahkota Parade tu bnyk kali juga. hehehe.....sebab sejukkan badan lepas penat berjalan.

Miss Ran said...

sbnrnye tak ske sgt mlake..tp ok la..
tak g lg a famosa..kecik2 pnhla
zoo mlke zmn dlu ade la g sne
mahkota parade besar, dataran pahlwn la tuh

g mlke meh la jumpe
pantai puteri, pantai klebang, tg bidara, pengkaln balak..y mne stu

Nour Eyza said...

jalan2 dan kenal2 kawan2 baru.. lalalallala~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers