ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Abang, saya dah sapu lantai, mop rumah,
basuh kain, jemur kain, lipat kain, buat air, buat minum petang." Aku
berkata sendiri.
"Kau apahal? Berangan nak jadi isteri dah ke?" Housemate aku menyampuk.
"Kau apahal? Berangan nak jadi isteri dah ke?" Housemate aku menyampuk.
“Ala sibuklah kau. Penat aku mop tadi. Bocor baldi
tadi tu,” Aku membebel. Mata tertumpu ke arah televisyen yang teruk kualitinya.
“La yeke? Aku tak tahu. Tak gunalah kita menadah
tadi. Rajin kau ye?”
“Aku nak rajin salahke?” Dia diam aku pun diam. Malas nak berbalas kata
mungkin. Tekak aku makin perit sebab makan nugget tadi. Maklumlah minyak banyak
sangat. Nugget jenama apa yang tak sedap tu. Mujur bukan aku yang bayar. Aku mengekek
sendiri. Aku buntu sendiri.
Xxxxx
Tak sangka perbualan sebulan lalu akan menjadi
kenyataan. Aku bakal bertunang. Tiba-tiba ada orang nak datang meminang. Aku kata
pinang jelah. Kalau mak ayah terima aku okey je. Ingatkan dia bergurau.
“Kenapa pinang?”
“Kan saya dah kata. Saya serius,”
“Tapi saya…” Aku sendiri kelu. Terpaksa telan
balik kata-kata yang aku luahkan. Tak sangka dia benar-benar serius. Yang aku
peliknya mudah sungguh keluarga aku terima. Entah apa yang dia buat.
“Kenapa ni? Bukan awak ke yang kata boleh masuk
meminang?” Dia pula bersuara. Aku menggigit bibir.
“Saya tak sangka awak serius. Macam nilah, saya
tolak pinangan awak tu,”
“What? Jangan nak main-main pulak,” Dari getar
suaranya aku tahu dia marah.
“Saya serius. Saya tak pernah berniat nak jadi
isteri awak. Lagipun saya berhak tolak bukan?”
“Awak sengaja mainkan perasaan saya kan?” Dia
mula marah.
“Saya ingat awak main-main. Macam nilah, kalau
susah sangat bagi saya masa dua bulan. Kalau masa tu saya tak ada calon suami
barulah saya pertimbangkan pinangan awak!” Aku nekad. Hati tak boleh dipaksa. Zahiril
diam. Lama.
“Deal!” Talian dimatikan. Aku berpeluh dingin.
Tiba-tiba rasa cemas. Mana aku nak cari seorang calon suami yang sesuai untuk
aku. Yang terima aku seadanya.
Xxxxx
Semuanya serba tak kena. Mood aku memang hilang. Dua
minggu berlalu. Aku masih memikirkan hal yang rumit dalam hidup aku. Tak sangka
kerana mulut badan binasa. Aku mengetuk kepala sendiri. ‘Siapa suruh mulut
cabul sangat’ Monolog aku sendiri.
“Aina…” Suara itu memanggil aku. Aku terkejut.
Suara seakan dikenali. ‘Jangan kata dia!’ Aku perlahan-lahan menoleh. Dan…
Bersambung!
Nota Iffah: Aku tak larat nak menaip lagi. Tekak
dah perit sangat. Nak mengajar macam manalah ni kan? Cerita ni bersambung ikut
kreativiti idea korang. Komen sambungan yang korang nak. Aku akan pilih yang
paling sesuai dan backlink ke blog dia. Selamat mencurah idea=)
Nota Tambahan: Boleh buat sambungan kat blog sendiri, boleh tinggalkan idea suruh aku sambung ikut idea. Tak ada tarikh luput yang rasmi. Sekian.
Nota Tambahan: Boleh buat sambungan kat blog sendiri, boleh tinggalkan idea suruh aku sambung ikut idea. Tak ada tarikh luput yang rasmi. Sekian.
22 comments:
Walaweyhhhh. Ai like. What next? Cpt smbg jiran.
Kerana mulut bdn binasa
alaa... macam tu.. aku pun nak buat juga la.. nanti aku buat sambungannya.. heheh
Aiyark...kau ni time aq busy la ko nk wt keje smbung menyambung ni..bile tutup ni?kalo lmbt,aq join la..hek3
ala x abes..nak sambung ape ek..xde idea la pulak huhu
Aku tersangat la suka.... best!!
nak tahu mcm mana jadinya.
idea sambung? Aku tgh kering idea ni.. tapi aku suka Zahiril! Macho la lelaki yg seius smpai masuk minang gitu.. makna dia bukan main2. ramai lelaki mulut je ckp cinta. tapi ajak kawin? mcm2 alasan di beri.. ceh!
er.. Zahiril terkilan dgn sikap Aina n Aina rasa bersalah er.. pastu apa ya? tapi pinangan tetap di tolak!! sebab Aina xde apa2 rasa kat Zahiril!.....? namun! tak sangka lepas tu hati Aina dah kena curi! sapa pencuri? ntah!! sila fikir sendiri.. ahahaha..
* apa punya cadangan!!
alooooooooooooooooo
nak cekgu gak smbung
nak jugak!!
nak jugakkk!!!!
(sambil hentak2 kaki..hahahahaha)
p.s: rinduuuuuuuuuuuuuu cekgu
GadisPuisi singgah sini ! :)
Cerpen yang sweet. Teruskan menulis ya.. ^^
alaaaa baru dok seronok baca..sambung pulak! -__-" cepat sambung!!!
mcm mimie..nk iffah jgk yg smabung :P
heee.. aku dah siapkan..=)
http://reenapple.blogspot.com/2012/02/sambungan-cerpen-dan-sebenarnya.html
hheheheheh best cerita ni.. nk bca sambunganny lagi^^
aik, pendeknye... =.=
terima pinangan tp berdasarkan kontrak ^^ ;)
cerpen yang bagus
anti klimaks!
tak ada idea.blog senndiri pun terbengkalai....
tumpang baca,boleh?
akak..kite bace smpai tak ingt nk sidai kain..cepat sambung taw..
Menarik ni. Hehee. Eza pernah lalui benda ni. Eza kata kalau serius datang rumah Eza bawak family. Sekali tu, minggu depannya dia bawak family satu family rombongan dalam 40 orang. adeh. Bincang hal tunang.
But parents Eza cakap, kena habeskan study dulu dengan result bagus.
Huahua. Pengalaman yang Eza tak dapat lupa. Eza tak dapat zahirkan dalam cerpen. Huhuk. Sebab Eza tak pandai bercerita.
Now, ktorang still kawan biasa. InsyaAllah, keputusan tunang lepas graduate degree dalam tempoh 3 tahun lagi. ^_^
Huaahua. Idea ke ni iffah... Panjang la plak komen ni.. Hihik.
hehe..janji makan tuan
waa teringinnya nk join tp xde idea and bakat.
jgn bizi2 sgt kak ngah
cpt sambung..br nak syok baca.tu la..sdp2 je mulut kan dah dpt tunag..ehehe.cambung cpt episod akan dtg.
mkn nugget apa smpi perit tekak tu iffah?huhu
akak tgu Iffah sambung nanti... hihihi
tue la mkn nugget xnk minum air kosong :p
nak trylah....
sumpah lom ada idea lgi... tpi teringin nk sambung....
Post a Comment