CORETAN TERBARU NADH

Ada masa kita kena menangis

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Don't cry...
Kenapa?

Sebab menangis itu terapi jiwa. Orang menangis bukan maknanya lemah. Tapi dia menangis kerana dia tak mampu menzahirkan melalui kata-kata. Hanya perbuatan mencerminkan jiwa. Sebab tu dia menangis. Jadi jangan tahan, menangis jika perlu. Memang akan ada orang kata jangan menangis, membazir air mata je. Tapi macam aku kata, menangis itu terapi jiwa. Ada orang lepas menangis dia akan okey. Cuma perlu masa sendiri melepaskan tangisan. Terpulang cara mereka terapikan jiwa sendiri.

Aku?

Menangis dalam hati banyaklah. Menangis depan orang amatlah jarang sebab ego menghalang aku kelihatan lemah di depan orang. Port menangis? Dalam tandas, bilik gelap atau bawah selimut. Supaya orang tak sedar kita sedang menangis. Oit terbongkar rahsia aku =P Kalau kau berjaya buat aku nangis maknanya kau orang yang hebat =)

Nota Iffah; Masih menanti jawapan Azhar.

14 comments:

reenapple said...

betull kadang3 perlu menangis.. =)

eh, kau sama macam aku, menangis dalam hati. hehe

Unknown said...

ak yg ganas ni pon sali nanges

Ce'gu JAERA said...

saya selalu menangis kat dapur.. tu pun sebab bantu mak potong2 bawang merah.. ahaha..

ya, tangisan itu memang terapi jiwa... lebih2 lagi tangisan air mata ketika solat tengah malam..

Hafizin Jamil said...

tak panggil ganas la kalau menangis ji..haha

kay_are said...

lame dah tak menangis rase nye.. kecuali ade hal betul2 sedih r.. tambah lak pas ade orang cakap air mata laki ni mahal. terus tak nangis dah pastu =)

MalizaMah said...

menangis boleh lupakan seketika sagalanya. dan melegakan.
saya suka menangis bila ada mslh, tp menangis pada wktu mlm. org tak nmpk n semua dh tido.
haaaaaa

Unknown said...

aku nanges bawah bantal je.huhu

Khaisya said...

hati menangis tak siapa yg tahu.

aizamia3 said...

tak semestinya berita sedih je buat kita menangis tapi ada jugak berita gembira mampu buat kita mengalirkan airmata.

kekadang bila dah lepas nangis rasa lega walaupun hal tu tak settle.. ;)

maszull said...

assalamualaikum iffah ...dgn cara menangis jer dapat menghilangkan rasa yg terbuku di hati sekurang2nya hilang sikit kemarahan atau yg lain2nya...:)

anamizu said...

yezza! takmo nanges dpn org..
maluuuuuu~ hehe


*AZHAR tak muncul2 lagi ea?? =P






luv,
cik ana

Nong Andy said...

Aku kalau tgk movie ke.. baca novel ke.. memang mudah nak nangis. Tapi kalau org yg real.. sekeliling aku yg menyakitkan hati.. Aku susah sikit nak nangis. Dua benda tu berbeza. tangisan utk masalah diri sendiri dan tangisan utk menghayati citer berlainan. kalau utk masalah sendiri aku jarang nangis.. kecuali terlalu tertekan. Terlalu marah? aku akan jerit dlm bantal :)

Dayang Deno said...

ya.. kdg2 kita perlu menangis untuk melepaskan segalanya... deno dah puas menangis

Kira Sakura said...

sama.. akak slalu nangis dalam gelap.. menangis bukan bermakna lemah!!!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers