ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dia berjalan sendiri di Tesco. Entah mengapa dia mahu
keluar. Bosan barangkali. Troli ditolak lemah. Entah apa-apa yang dia ambil dan
campak ke dalam troli. Matanya terpandangkan sesuatu. Baju! Bukan baju buatnya
tapi baby. Comel sebab warna merah jambu. Dia suka baby girl.
“So cute!” Komennya sendiri. Tanpa sedar ada yang
mendengarkan katanya. Deheman membuatkan Izzati terkejut lalu berpaling.
Seorang lelaki. Agak berusia. Bukan tua, tapi nampak matang.
“Kenapa pandang macam tu?” Lelaki itu menegur. Haikal
menghadiahkan senyuman. Lama dia perhatikan perempuan di depannya.
“Dah kenapa ehem ehem?” Izzati tak tahu ayat apa yang sesuai
untuk dia guna.
“Ehem ehem?” Haikal ketawa. Lucu! ‘Kalau orang lain dengar
bikin haru!’ Desis hatinya.
“Awak ni kenapa? Sibuk je,” Izzati membuang resah. Lantas
baju pink itu disumbatkan dalam troli.
“Baju anak?” Haikal berminat nak tahu. Dia berminat dengan
perempuan itu sejujurnya.
“Taklah baju saya,” Izzati lekas menolak troli ke kaunter
pembayaran. Sekali lagi dia terhalang. Haikal sengih.
“Muat ke nak pakai? By the way, saya Haikal,” Soalan itu
buat Izzati tersentap.
“Saya ada nampak macam nak pakai ke baju ni?” Geram!
“Ingat awak nak pakai tadi,” Senyumnya. Lantas mengeluarkan
kad.
“Nah, ambillah,” Haikal tersenyum saja melihat Izzati tidak
menyambutnya.
“Cik Merah. Awak janganlah sombong sangat. Saya nak kawan
dengan awak. Itu je,” Haikal menyatakan hasratnya. Bukan sekadar kawan
sebenarnya.
“Cik Merah? Okey saya terima,” Izzati malas memikirkan hal
lain. Dia nak cepat-cepat pulang ke rumah.
“Aah, air bikarbonat strawberry, tudung awak, air yogurt.
Selipar juga. Jadi saya anggap itu warna kegemaran awak bukan?” Izzati terkedu.
Mata memandang ke arah troli. Dalam diam dia iyakan kata-kata lelaki itu.
“Nama saya Izzati. Bye, assalamualaikum,” Izzati menamatkan
pertemuan di situ. Namun, sekali lagi ditahan. Dia naik rimas.
“Apa lagi?” Izzati geram. Lantas mulutnya ternganga.
“Siapa yang ganggu tadi?” Izzati cepat-cepat memasukkan kad
nama lelaki itu ke dalam poket. Dia takut.
“Aku tanya kan? Siapa laki tu? Apa dia nak?” Gerun. Redza
merenung tajam. Hatinya geram!
“Entah, dia cari barang. Saya kata tak tahu,” Terketar suara
Izzati membohongi suaminya. Redza diam seketika.
“Lama sangat beli apa? Sebab tu aku tak bagi kau keluar
sorang. Dah cepat pergi bayar!” Tegas. Terkocoh-kocoh Izzati mendekatkan diri
ke kaunter. Baju bayi menarik perhatian Redza. Namun, tak pula dia bertanya.
Matanya melingas melihat sekeliling. Gusar jika lelaki yang mengganggu
isterinya kembali. Api cemburunya marak tadi. Izzati cantik. Di matanya
isterinya sangat cantik. Jadi dia benar-benar takut dia akan kehilangan Izzati.
Jadi dia sentiasa berada dekat. Dia sengaja datang dekat isterinya. Dia
sengaja!
Barang dimasukkan ke dalam bonet kereta. Sedikitpun Redza
tak membantu. Fikirannya serabut. Dia mahu cari tahu baju bayi siapa yang
isterinya beli.
Kosong! Langsung dia tak bantu... |
“Kejap!” Izzati mematikan niat menghidupkan enjin. Dia
pandang suaminya. Dia tahu dia perlu menjaga hati suaminya. Perlu sangat!
“Baju baby tu siapa punya?” Izzati mengeluh. Dia terkantoi!
“Aa..aa baju baby tu? Saya sengaja beli. Simpan,” Itu saja
yang dapat dia lontarkan. Tekak mula rasa tak enak.
“Baju baby buat apa nak beli? Kita bukan nak dapat anak
pun?” Redza tak puas hati. Izzati tergugup sendiri. Dia diam. Redza malas
bertanya lebih. Izzati dibenarkan pulang. Redza mengekor menggunakan keretanya.
Dia sayang sekali dengan Izzati. Dia akan pastikan Izzati miliknya seorang dan
kekal miliknya selama-lamanya!
Malam itu kilat sabung-menyabung. Izzati menutup tingkap.
Suaminya tak pulang lagi. Dia tekad untuk menelefon lelaki bernama Haikal.
Entah mengapa dia terpanggil untuk telefon. Dia mahukan seseorang. Dia mahu
lepas dari semua yang membelenggu dirinya. Bukan dia ingin menggoda Haikal.
Jauh sekali. Cuma semua nombor kawan perempuan Izzati sudah dipadam. Lelaki itu
takkan benarkan dia berkawan apatah lagi bersosial. Dia nak selamatkan anaknya.
Ya, anak dalam perutnya.
“Hello!” Haikal menyapa mesra.
“Encik Haikal, saya Izzati. Tolong saya…” Nada sebak. Tangisan
mula menderu. Haikal terperanjat. Dia masih berusaha mengingati siapa Izzati.
“Izzati…” Itu saja yang mampu Haikal lontarkan. Tangisan
Izzati tidak berhenti. Haikal pula yang risau. Lantas dia menunggu Izzati
tenang dulu.
“Maaf saya tak patut telefon awak…” Talian di matikan.
Handset juga. Dalam diam dia membeli handset dan nombor baru. Dia simpan semula
handset tersebut. Dia tak mahu Redza tahu.
“Izzati!!!” Suara Redza melaungkan namanya kuat.
Tergopoh-gapah Izzati menyambut suaminya. Dia tahu mood suaminya tak baik
melalui suaranya.
“Hoi pekak ke apa?” Kepala Izzati ditunjal. Redza bengang.
Rumah berkunci. Dia tak suka menunggu. Dia benci!
“Maaf abang, saya kat atas tadi,” Izzati menyambut beg
suaminya berhati-hati. Tiba-tiba rambutnya direntap. Izzati terjerit. Sakit!
“Kau dah pandai beralasan kan? Kau nampak aku letih tak?
Letih kerja nak kasi kau makan. Kau buat apa kat atas lama-lama hah perempuan
sundal?” Izzati menggeleng. Dia takut. Dia takut rahsianya terbongkar.
“Aku nak makan. Pergi masak sekarang!” Lalu Redza menolak
kepala isterinya ke bawah. Izzati tersungkur. Bibirnya pecah. Cepat-cepat dia
pegang perutnya. Risau!
“Terhegeh-hegeh kenapa?” Tendangan dibelakangnya sungguh
sakit. Perlahan dia cuba bangun. Dia tahu suaminya sangat baran. Izzati
berjalan ke dapur. Kelibat suaminya tak kelihatan.
Dia perlukan Haikal untuk pergi dari penjara cinta suaminya.
Dia tak mahu dijadikan boneka di rumah ini. Cukuplah sekali dia pernah dibawa
ke majlis makan malam. Ramai memuji kecantikannya. Balik rumah Izzati yang jadi
mangsa. Cemburu dan amarah menguasai Redza. Suaminya terlalu taksub dengan
kecantikan dan cinta. Atau lebih tepat taksub dengan Izzati!
Xxxxx
Lama dia impikan saat ini! |
“Sampaaaii hati Ati…” Redza menggelupur. Di hati Izzati timbul rasa
simpati.
“Abang, maafkan saya. Saya cuma
buat apa yang patut saya buat dari dulu!” Jeritnya lantang. Kelaran diperut
suaminya dipegang kuat. Redza mengerang.
“Bunuh je aku ni Ati. Bunuh saja!”
Suaranya kuat. Luka diperut makin sakit. Dia terasa ramasan tangan halus di
situ.
“Aku takkan biar kau mati
senang-senang. Kau buat aku tertekan. Kau dah bunuh aku. Dan aku takkan biarkan
kau bunuh anak aku ni!!!” Izzati mengilai. Dia puas melihat Redza lemah
terkulai. Dia puas sangat.
“Anak kau? Anak kita? Kau
mengandung?” Izzati tersenyum sinis.
“Anak aku. Kau tu mandul! Ini anak
aku!” Izzati menghunuskan pisau ke perut lelaki itu. Jeritan Redza kuat. Dia
ketawa bahagia. Anak dia dan kawan Redza terselamat. Kawan Redza yang Redza
agungkan. Rizal sudah mati. Tapi benihnya ada.
“Perempuan sial! Kau duakan aku?
Aku ingat Rizal yang goda kau, rupanya…” Satu lagi tusukan di bahagian perut
diterima. Darah makin banyak mengalir. Redza terbaring lemah.
“Ya, kami suka sama suka. Tapi kau
bunuh dia! Kau bunuh bapa anak aku! Kau tak layak hidup!!!”
Izzati duduk di
atas perut berdarah suaminya. Lantas pisau itu dibenam ke dada lelaki itu. Dia
ulangi perbuatannya hingga tubuh itu hancur. Ketawa Izzati saja yang kedengaran
selepas itu. Dendam cintanya terbalas akhirnya. Ini semua kerana Rizal, demi
cinta terlarangnya. Cinta yang wujud setelah cinta buat Redza tamat tempoh.
Akhirnya... |
Haikal masih memikirkan tentang Izzati. Sejak panggilan aneh
itu. Izzati seperti ada sesuatu yang tersembunyi. Cuma dia tak tahu apakah ia.
Makin lama dia fikir makin serabut dia rasa. Dia pening memikirkan masalah
perempuan yang dia sukai. Ya dia mula sukakan Izzati saat mereka bertemu dulu.
Dia sangat-sangat merindukan Izzati. Telefonnya berbunyi.
“Izzati!” Sapanya laju.
“Awak, awak tolong saya wak. Tolong
saya,” Izzati cemas.
“Apa dia? Kenapa?” Haikal pula tak
tenang. Izzati menjelaskan kesemuanya. Haikal terduduk. Dia terkejut. Lantas
dia menjemput Izzati dan berjanji membawa dia pergi jauh dari sini. Itu janji Haikal!
Haikal bergegas melihat Izzati
berlinangan air mata. Sebuah beg besar di sebelahnya. Haikal mengagak dia telah
dihalau keluar.
“Saya tak ada tempat nak pergi.
Tolong saya. Tolong anak saya,” Izzati menangis kuat. Haikal simpati lalu
dirangkul erat pinggang perempuan yang dicintai dalam diam. Dia bawa perempuan
itu masuk ke dalam kereta.
“Awak dah selamat. Jangan menangis
lagi,” Haikal memujuk Izzati.
Matanya masih tertumpu di jalan raya sunyi. Dia tekad membawa Izzati pergi. Namun, Izzati sebaliknya. Senyuman penuh makna terukir di bibir Izzati. Dia gembira saat ini. Dia sangat-sangat suka dengan keadaan ini. Rizal mati. Redza juga. Kini dia ada Haikal. Haikal yang terlalu bodoh! Bahagia milik dia kini!
Nota Iffah: Tamat. Aku cuba garapkan cerita bunuh-bunuh seperti yang Ezad minta. Cuba psiko macam Reenapple dan cuba sweet seperti yang Nong Andy bayangkan. Tapi aku rasa gagal je semua ni. Haha~~~Ada part terpaksa aku buang, jadi jangan pelik komen yang ada pelik semacam!
Matanya masih tertumpu di jalan raya sunyi. Dia tekad membawa Izzati pergi. Namun, Izzati sebaliknya. Senyuman penuh makna terukir di bibir Izzati. Dia gembira saat ini. Dia sangat-sangat suka dengan keadaan ini. Rizal mati. Redza juga. Kini dia ada Haikal. Haikal yang terlalu bodoh! Bahagia milik dia kini!
Nota Iffah: Tamat. Aku cuba garapkan cerita bunuh-bunuh seperti yang Ezad minta. Cuba psiko macam Reenapple dan cuba sweet seperti yang Nong Andy bayangkan. Tapi aku rasa gagal je semua ni. Haha~~~Ada part terpaksa aku buang, jadi jangan pelik komen yang ada pelik semacam!
16 comments:
err.. jujurlah.. heheh.
sweet,aku tak rasa ni sweet, heheh. Ini psiko. Izzati jadi gila. Dan serius, aku happy bila dia bunuh redza.. hahaha. Aku bahagia. Tapi aku risau Haikal..
#cis.. kesian kat Haikal, suka perempuan gila. Tolong selamatkan Haikal aku.. hahah. (perasan betul)
Aku suka watak izzati ni gak haha.. yg nampak lemah tu tak semestinya lemah..
aku boleh bayangkan senyuman Izzati ketika Haikal bawa dia pergi. senyuman jahat yg tersirat hehehehe..
welldone.. aku sedang bayangkan seorang gadis yg sweet tapi pegang pisau berlumuran darah.. cool!
cinte org giler yg serabut..
jiwang2 lg best.
tlg jgn berubah makcik jiwang!
suke part kejar2 intim tu..cute.
cubaan yg berani
#terbayang penulis lari2 mcm tu kt dlm bilik nanti
Muahahahaha...aku suka cite ni!!!
Tp part mbunuh tu lg cun kalo kasi ngeri sikit,simbah asid ke,makan organ tubuh suami dia ke...kah kah kah....
Ok...ko mmg serba boleh...dlm kemanisan ada kengerian...=P
tapi, sbnrnya kan, watak izzati ni and keadaan macam izzati ni sbnrnya macam wujud jugak kan? :)
hehe.:D
nice..saya suka..:D mcm2 emosi ada..:D
ha.... best... cerpen kali ni ada gambar! :)
panjangnya cerpen...kah3..tak de watak aku ke?
saya kagum lah dengan cikgu Iffah ni.. idea untuk buat entri memang mencurah2... hebat..
saya teringin juga nak hasilkan cerpen.. tapi susunan ayat saya tak hebat lah.. berterabur... nak minta tunjuk ajar dari cikgu Iffah ni
kesian izzati..
ish2.. nak buat citer seram+kejam pulak ker? huhu..
alhamdulillah, baru ada masa aku nak habiskan cerpen ini... wah, kagum aku dengan jalan ceritanya... tapi kesian plak Izzati kan.. entah apa kesudahan hidupnya bersama haikal..
cikgu Iffah, nanti ada sambungannya infom saya yaa... (",)
izzati kau cukup indah,terlalu indah tapi sygnya kau adalah psiko..takut mak oi,lariii
gila berdarah time bace nih..
Jadi CSI jap aku..nak siasat ...
:)
~menarik cerpen nie..lain dari yang lain..buatla sambungan lagi :)
erkkk kesian izzati gila.. jgn dibunuhnya haikal jugak sudah.. beg besar? ada redza ke kt dlm tue..ehh akak pulak yg serabut.. hahahaha :p
Post a Comment