CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Ku hanya ingin mencintai

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Safiya bangun dan terus mandi. Letih sangat badannya terasa. Semalam entah pukul berapa baru boleh dia melelapkan mata. Kusut memikirkan masalah keluarganya yang memaksa dia kahwin. Kahwin bukan masalahnya. Masalahnya, dia tak punya calon. Dia tak tahu kapankah dia akan jumpa calon yang mampu menggetar rasa di hatinya. Itu tak pernah terjadi. Jadi dia rimas dengan masalah itu.

Kalau boleh dia mahu lari jauh. Lari dari semua masalah yang membelenggu. Dia tahu lari dari masalah takkan dapat selesaikan apa-apa. Tapi dia mahu tenang. Itu misinya. Nasi lemak sebungkus dijamah. Terasa pasir. Sukar untuk dia cerna setiap butir peluh petani itu. Lantas dia menyudahkan suapan terakhir dan menutup semula bungkusan itu.

“Oit kenapa tak habis tu?” Tasnim mengerutkan keningnya. Gelengan saja yang mampu Safiya berikan.
“Piah oi, sejak bila kau reti membazir? Selalu kau yang berleter suruh aku makan habis. Nasi tu nangislah, apalah,” Tasnim memulangkan paku buah keras. Dia tak sedar sahabatnya sedikitpun tak mendengar tiap butir bicaranya.
“Piah!” Nada dikuatkan.
“Hah?” Safiah berpaling laju. Fikirannya serabut. Jiwanya rasa kosong. Ditenung wajah sahabatnya penuh tanda tanya.
“Kau kenapa?” Dia mengambil tempat. Safiya mengeluh.
“Tak ada apalah. Aku tengah fikir benda lain. Sorrylah, aku masuk dulu okey?” Dia membuka langkah. Tasnim yang masih tertanya-tanya dibiarkan di belakang. Dia benar-benar stress!

***

Pemandangan itu terlalu indah. Dia asyik sekali memandangnya. Hinggakan dia lupa yang mana realiti yang mana fantasi. Dedaunan yang gugur begitu menarik di matanya. 

“Kalaulah aku mampu menahan daun itu dari jatuh…” Bicaranya sendiri.
“Hidup ni jangan dibiasakan dengan kalau,” Suara garau menyapa gegendang telinga Safiya. Namun, tak pula dia berpaling. Dia membiarkan saja lelaki itu dengan kata-kata itu. Dia akui dalam diam. Betul apa yang dia sampaikan. Cuma Safiya masih terpesona dengan keindahan bumi korea. Ya, dia di situ. Dua hari dia menghabiskan duit ke sana. Bukan mimpi lagi. Tapi realiti.

“Awak, kenapa awak selalu sangat lepak sini?” Pertanyaan itu mengundang kemusykilan di hatI Safiya. 
“Mana awak tahu?” Dia mula risau dengan kehadiran ajnabi di sebelahnya. Dijarakkan sedikit jarak antara mereka.

“Dari semalam awak berdiri kat sini. Mula saya ingat awak nak terjun tasik ni,” Safiya ketawa.
“Merepek!” Lelaki itu ketawa juga.
“Dahlah, jangan melepak sini. Korea banyak lagi tempat best. Kalau nak saya boleh tunjukkan?” Pelawa lelaki itu. Safiya mengerutkan keningnya.

“Serius, saya dah lama di sini. Semalam saya melukis pemandangan. Tiba-tiba nampak awak berdiri. Maaf saya terlukis awak sekali,” Safiya ketawa. ‘Tak pasal aku jadi model!’ getus hatinya.

“Nak tengok? Esok saya bawakan. Oh ya, berapa lama kat sini?” Lelaki itu benar-benar menyenangkannya. Entah mengapa Safiya tak pula terganggu dengan orang asing di bumi asing.
“Lagi dua hari balik Malaysia balik. Awak buat apa kat sini?” Ringan mulutnya bertanya.
“Saya? Nampaknya awak berminat nak tahu pasal saya. Saya Azham. Lama dah duduk sini,” Safiya sesekali membetulkan tudungnya yang ditiup angin.

“Oh, dengan family?” Azham menggeleng.
“Tak. Sorang. Saya dulu macam awak,” Safiya membuat riak muka pelik. Pelbagai persoalan yang muncul dibenaknya.

“Tak, maksud saya, masa saya sampai ke sini macam awak. Termenung. Saya lari dari hakikat. Sampai sekarang begitu juga,” Safiya terkejut.
“Mana awak tahu?” 
“Saya macam awak sekarang. Banyak menung. Masalah yang saya tinggalkan di bumi sana masih berlegar-legar. Sampai sekarang masalah saya tak selesai,” Ketawanya kecil.

“Dah tahu tak selesai, kenapa tak balik Malaysia?” Safiya pula cuba mengorek rahsia di dalam hati lelaki itu. Entah mengapa ramah dia melayan. Sedikitpun tiada rasa takut dengan lelaki itu. Rasa selamat adalah.

“Saya tunggu suri hati saya bawa saya balik. Tinggalkan kenangan dulu, bina masa depan. Sebab tu saya lebih suka duduk di tempat orang. Sebab tiada kenangan yang menyakitkan di sini. Awak pun rasa begitukan?” Azham membuang pandang ke air yang tenang. Berbeza pula dengan hatinya yang berkocak hebat. Ya, godaan rasa ingin menyintai kembali. Kali ini dengan gadis sebelahnya.

“Dah jumpa suri awak?” Safiya simpati.
“Dah…tapi…” 
“Tapi apa?” Rasa ingin tahunya membuak-buak.
“Tapi sudike awak jadi suri saya tu?” Terpana. Safiya memandang lelaki itu. Renungan mengharap pengertian. Namun, hanya senyuman yang dia dapat. Dan lama kelamaan dia pun senyum juga. Cinta mula tumbuh meliar dalam hatinya. Siapa Azham dan kenapa Azham? Dia tak dapat jawapan. Yang pasti dia telah jatuh cinta!

Nota Iffah: Aku sangat sibuk membuat jasa pada sekolah. Jadi sangat jarang online. Terima kasih pada yang setia tunggu aku. Rindu aku. Ini cerpen terakhir aku karang buat masa ni untuk blog S7W hari tu. Belum ada kesempatan nak publish kat blog kesayangan. Ini baru nak republish. So, mana yang tak baca lagi. Silakan baca. Jangan minta sambungan kerana aku tak nak sambung. Busy busy busy!!!
Nota Iffah 2: Ikan Kaloi, pernah jumpa orang sweet talker tak?

9 comments:

Eera Shera said...

alo suitnye azham. boleh tgkp cintan ni. manis kata2nya :)

Nyamuk Terbang said...

sweetnya lma dia prhati safiya..trus dia ckp isi hti dia

p/s: jmput join bloglist sy

Unknown said...

best!2... Um, korea.. Tempat dia belajar sekarang...

Anonymous said...

BUKan SETAkat SWEet TALker,BiTTEr TALker PUn DAh JUmpa :)

WALAUapapun DALam HiDUp PERLu SENTiasa BERWaspada.

Unknown said...

wow!! awak ada bakat karang cerpen la.. hantar la kat mana2 awak.. majalah ke.. mana tau terpilih..

najiehah said...

ala...
sambung la...
best ni..

Nong Andy said...

dah baca di S7W dan.. memang puas hati.. :D

x payah smbung pun xpe sebab dah happy ending :D

aizamia3 said...

menarik.. ;)

Kira Sakura said...

pendek tapi sweet auw auw

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers