Amboi, ayat bukan main lagi. Sejak aku tahu yang guris bermaksud gurisan dalam seni. Jadi aku gunalah gores. Sebenarnya kisah ni dah lama. Tapi aku tetap terasa hati. Sebab ayat di bawah.
"Oh tangan ni tak bolehlah nak perah santan ye?" Seorang makcik menegur. Aku angguk dan gelak saja. Memang kenyataan kan? Lepas tu datang nenek tua. Dia belek tangan aku dan cakap, "Lepas ni nak cari laki kenalah yang betul-betul. Ni tangan kanan nak buat kerja rumah apapun tak dapat. Susah laki nak terima," aku senyum tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu.
Sakit sangat. Rasa nak menangis dah masa tu. Aku punya tangan boleh dirawat lagi kot. Selama ni aku masak jugak walaupun pisau susah nak pegang. Aku boleh je urus diri aku dengan tangan tak sempurna ni. Tak pernah nak susahkan dia. Kenapa dia pulak nak kata macam tu?
Aku tak kisah orang kata aku cacat. Tapi aku sangat kisah bila orang kata macam aku loser. Menyusahkan orang. Tak boleh buat kerja dan harapkan belas orang. Aku sangat-sangat tak suka orang layan aku macam aku sakit. Sakit lagi hati bila orang cakap macam tu. Cacat tu salah ke? Aku ke yang mintak tangan aku jadi macam ni? Kalau susah lelaki nak terimapun, aku tak naklah terhegeh-hegeh nak kat laki tu. Aku boleh jaga diri!
Nota Iffah: Aku emosi sangat! Ikan Kaloi, saya tak suka bagi orang harapan dan saya berangan lebih=)
- Posted using BlogPress from my iPad
CORETAN TERBARU NADH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERINGATAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.
1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.
2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
18 comments:
yaa.. aku faham perasaan terluka itu. Sakit yang tak digambarkan.. be strong eh. Satu hari nanti ia akan pulih .. =)
#asal kau sunyi je sekarang ni.. ceciter.. Bz wat tesis eh?? =D
alohhh mulut owang...kan...pekakkan je telinga takpon cobit mulut die! eee
buktikan kt nenek tua tu yg iffah boleh buat semua... jodoh tak kire sape pun kita... be strong k dear!
di dalam kekurangan akan wujudnya kelebihan.dan di setiap kelebihan.pasti akan adanya kekurangan.
tak ada 1 manusia pun dalam dunia ini serba sempurna.jika semua orang sempurna,maka tidak perlulah antara mereka wujud rasa "melengkapi" "kerjasama" "tolenransi" "simpati" "percaya".
kau tahu,tangan dan kaki kiri aku alami masalah sepanjang hayat selepas terlibat dlm kemalangan beberapa tahun lalu? secara zahirnya kelihatan sempurna,tapi hakikatnya pergerakkan sudah semakin lemah dan terjejas.
aku masih cuba kuatkan semangat biarpun ada yang kata aku seperti manusia cacat.tapi aku tak kisah,asal saja aku tidak bikin susah pada org itu sudah mencukupi.dan paling penting,aku gunakan anggota badan aku yang kurang sempurna ini utk terus bantu keluarga aku tanpa bantuan sesiapa pun.
kau hanya perlu percaya pada diri kau sendiri,itu sudah cukup.kerana musuh utama yang akan buatkan kau lemah dan terus jatuh,adalah diri kau sendiri. =)
lah?
kalau tak boleh nak perah santan, blender je la. masih kelapa boleh keluarkan santan.
# i hate malay yang tak pikir dah cakap.
awk! jangan pedulikan apa orang nak cakap!! biarkan mulut2 puaka yang berbau bontot gajah tu bercakap macam2.. pekakkan je telinga.. mulut manusia kita memang tak boleh nak tutup
ADa ORAng TU,TAK ADa TANgan LANGsung,TApi MASih BOLeh TERuskan KEHidupan.KADang2 HiDUp MEReka LEBih BAik DAri ORAng YAng ADa TANgan.
P/s : SAya PUn TAk SUKa BAgi ORAng HARApan.SELesa BAGi GALakan.CHAiyok! :)
org tua mmg mulut mcm tu tp sbenarnya dorang xda niat pun nak kata mcm tu. erm, sabar eh akak ! msti ada hikmah disetiap kejadian .
paling penting sekali iffah kena kuatkan semangat...
yes i knw kamu kuat!
ifa, deno faham perassan ifa.. deno pernah macam ifa.. apa2 pun, percaya pada jodoh :)
camne tangan ko pun aku takleh imagine so nak komen pun taktau. Nape tak cakap je kat makcik tu "TUHAN jadikan saya camni makcik, nak wat cane?" confirm speechless
saya faham perasaan kmu, sya yg gemuk ni selalu kena perli *kesitu pulak*
#sabar yah :')
ckp kat mak cik tu, lelaki sekarang tak kisah bini tak pandai masak, asal suka membebel sudehhh haha
biarkan diorg Iffah. akak tau mmg perit nk dgar mlut org tue.. akak tau adik akak blh berdiri jaga diri sendiri, pedulikan diorg.. yg penting akak sntiasa ada blkg iffah
masam manis kehidupan.. kita tak dapat elak. sebab dlm hidup ni bukan ada yang manis aja. yang pahit dan perit pun byk... moga2 ia dpt menambahkan lagi 'kekuatan' mental iffah.. insyallah.
*A.. iffah memang bz ye?
assalamualaikum tuan tanah...tiba2 rasa terpanggil nak komen entry ni...
bukan apa saya pun ada dalam situaasi gini...memang kadang2 kita rasa bengang bila orang anggap kita loser.. mulut orang kalau dah penat berenti la nanti...yang penting sabar dan jangan cepat sentap ye...lama2 nanti dah biasa dengan stigma orang ni apa pun tak heran...
be strong eh...
p/s : panjang mye komen boleh jadi satu entri...hehehe
sy faham kak sbb tangan sy pun tak kuat mane org salu ckp badan je besar tp apap un xblh buat,
sy hanya mampu pekakkan telinga je.
kenapa mesti ada ayat2 yang nak 'down'kan perasaan orang.. sekurang-kurangnya kita tak susahkan mereka yang berkata begitu tapi itulah.. mengapa..
psstt: sabar banyak2 ye.. bukan mereka yang uruskan hidup kita..
Post a Comment