ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gagal sekali tak bermakna gagal buat selamanya. Tapi kalau kita mencuba dan berterusan gagal? Pasti sedih bukan? Kita dah cuba sedaya upaya untuk menjayakan diri. Namun, tetap takdir menentukan kita gagal. Aku juga pernah alami. Sampai satu masa aku nak putus asa. Aku benci! Aku maki orang yang membuatkan aku gagal.
Ujian JPJ misalnya. Hari pertama aku pergi. Ujian bukit, parking dan tiga penjuru. Lama tunggu. Sekali bila giliran aku, aku panik dan gagal serta merta bahagian bukit. Aku kecewa di saat orang bergembira. Aku pergi ujian jalanraya. Gagal juga sebab mati enjin dan berada di simpang terlalu belakang sampai tak nampak kereta lalu lalang. Uncle JPJ terus suruh aku berhentikan kereta. Kecewa sangat!
Tak lama lepas tu aku ambil lagi ujian. Kali ni gagal dua-dua juga. Sebab aku lawan cakap JPJ tu. Aku nak jugak jalan yang ditetapkan. Dia suruh U-turn, tapi aku teruskan bawa kereta. Sekali aku entah macam mana hampir masuk longkang. Encik JPJ terus paksa aku turun. Lepas tu aku gagal masa ujian bukit juga. Bayangkan perasaan aku? Dua kali gagal. Dua-dua bahagian pulak tu.
Aku kecewa. Aku balik jalan kaki dari Cheras ke Kajang. Sambil jalan sendiri di lebuhraya Cheras-Kajang aku menangis. Aku menangis bagai nak rak. Sebulan lepas kegagalan aku berkali-kali barulah aku bangkit dan meneruskan ujian. Akhirnya, aku lulus kedua-dua bahagian. Yang menariknya, aku diuji oleh Encik JPJ yang sama yang aku gaduh dulu. Kecil sungguh dunia ni. Allah beri aku gagal bukan sebarang.
Sampai sekarang aku tersenyum mengingatkan kisah kegagalan aku. Sampai aku ada Maria dan akhir hayat Maria diganti pula dengan Maya. Aku masih bersyukur kerana tanpa pengalaman gagal berkali-kali takkan mungkin aku hargai lesen memandu yang aku ada sekarang. Gagal berkali-kali tak bermakna kau takkan berjaya. Cuma ada hikmahnya kenapa kau kena lalui kegagalan sebelum mengecap kejayaan. Aku hargai kejayaan kerana kegagalan itu. Percayalah pasti ada pelangi selepas hujan =)
Nota Iffah: Ikan Kaloi, awak pemes sekarang. Semua berminat nak tahu, apatah lagi saya =)
Nota Iffah: Ikan Kaloi, awak pemes sekarang. Semua berminat nak tahu, apatah lagi saya =)
19 comments:
takpe cuba lagi :)
hahahahhaa..berani nya awak tak dengar cakap JPJ tu..hehehe
nasib akak lebih baik la.. 3 kali nk langgar devide tp lulus hihihi
huhuhu memang pengalaman sungguh nie...
assalamualaikum iffah...gagal sekali dua tak bermakna gagal selama2nyakan...:)
a... byk betul. bila kejayaan itu sgt sukar di capai maka kita akan lebih menghargai ia.
pergh
sgt kagum dgn kak ngah :D
sebenanye
kegagalan tu buat kite lbh berani kan?
chayok3 kak ngah
bawa opah naik maya lagi
hehehehe :D
kalau kita tak putus asa cuba lagi, tak kan DIA tak bagi.... cuma mungkin DIA bagi dlm bentuk lain....
orang JPJ patut dipersalahkan..kadang2 sengaja dia buat macam tu..kah3
Hehe. Tersenyum saya membaca kisa ifa ni. Ya betul, kerana kegagalan lah membuatkan kita menghargai sesuatu yg akhrnya kta dpt. Asalkan kita tanam satu prinsip, jangan pernah kenal erti bputus asa
Uwaaaa...sob sob sob...
NANgis MACam Tu Ke? :p
p/s : YAng PEMes CiK iFFAH K.iKAN KALoi MENYibuk & BUat ORAng PENing JE :)
hehe. garangye die.. takut2.. betul tu.. segalnya ada hikmah..=D
jom singgah sekejap..=D
http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/still-jahat-walaupun-dah-solat.html
salam
saya kali ke 3 baru lulus ujian JPJ ni, tp lepas 12 tahun ada lesen , masih belum berani bawa kereta..haha
yup! sangat setuju dengan ifa... :)
sebab itu org kata, kita perlukan hujan untuk melihat pelangi..^_^
yg sy ni lagi pelik. takut nak amek lesen. mcm mane?
Hati saya tergerak utk komen kat blog akak ni.Rasanya pengalaman kita hampir sama.Saya dh 2 kali tak lulus test jpj.Dua2 plak tu.Rasa frust tu hanya Allah s.w.t je yang tahu.Saya rasa mungkin ni dugaan yang diberikan untuk saya sebab selama ni boleh dikatakan saya jarang gagal.Walaupun camne sekali pun saya kena cuba jugak walaupun berkali-kali.
salam kak..saya pon sama..kegagalan tu buat saya frust dan hampir berputus asa.saya nangis je mengenang nasib diri ni..selama setahun saya cuba bina kekuatan.. 18/12 ni saya test jpj.doa kan saya ye..
Assalam.. Saya pun..rasa frust sgt sbb failed test jlnraya wlaupun baru 1st time.. enjin mati smpai 8x. Tp mr jpj tu kiranya baik la,sbb bg chance smpai 8x. Tp dalam litar sy lulus smua. sedihh sgt..
Post a Comment