ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Minggu lepas pensyarah aku kata melayu ni unik. Sebab lain yang dikata lain yang di hati. Lain yang dirasa lain pula yang diluah. Macam hipokrit. Tapi sebenarnya dia hanya ingin menjaga hati orang yang mendengar. Dia kata lagi, kalau orang putih suka cakap terus terang. Tak ada kiasan. Tak ada simpang siur. Kalau dia tak nak, dia akan kata NO! Dengan tegas dan yakin. Lain dengan melayu.
Situasi 1:
"Makanlah ni. Jangan malu-malu. Kuih bujang je ni," Pelawa A. Si B malu-malu. Akhirnya, Si C yang melantak. Dia pegang prinsip kalau malu tak dapat. Makan Si B aka melayu telan air liur je.
Situasi 2:
"Sedap tak kau agak aku punya nasi minyak ni?" A bertanya. B angguk. "Sedap! Macam mana resepi buatnya?" Dalam hati B menyumpah kata tak sedap. 'Mak aku masak lagi sedap!'
Okey, korang tambahlah sendiri. Sekarang korang setuju bukan yang bangsa Melayu ni unik? Ada baiknya, ada juga buruknya. Mana yang tak elok jadikanlah sempadan. Yang baik kita ikut jadi teladan. Manusia tak sempurna. Begitu juga bangsa itu sendiri. Tapi aku masih bangga dengan melayu. Sebab aku orang melayu.
Nota Iffah: Agak pelik bila nampak jari berinai. Ni gara-gara kawan baiklah ni. Oh ya, jangan cemburukan ikan kaloi tu. Itu anak ikan baru aku haha =P *gurau
22 comments:
melayu layu tanpa islam =)
Melayu unik sebab terlalu di kongkong oleh sopan dan santun.
huuu.. setuju. setuju.. tapi kadag3 kalau terlampau n jaga hati sehingga orag ti tak boleh fikir yg mana baik dan buruk.. aku rasa tak boleh juga.. =)
sapa yg cemburu?
-makcik jiwang-
menjaga hati tu..tapi kadang2 bila dah melampau sangat kena la tegur.. dengan cara berhemah la.. kalau kita tak tegur sape lagi..hehe
KEUnikan BANGsa MELAYU TAk DAPat DiNAFikan LAgi.
TAPi DEk PENYakit MUDah LUPa,BANGsa MELAYU JUga YANg MENGhakis KEUnikan BANGsa iTU SENdiri.
P/s : GURau JE? ALaa KALau BETuL PUn APa SALahnya :p
(KESian DEKat ANAk iKAn YAng LAMa)
haha ye , itulah melayu . UNIK amat .
huhu tu la hakikatnya..satu lagi asik nak menang je..takleh org lebih sikit..
er.. iya ke melayu macam tu? tu agaknya melayu yg duduk dgn blue Hipo kut. haha.. melayu ni sepatutnya sopan dan jaga adat ketimuran. berpura-pura n baik di depan tapi dlm hati cakap lain tu rasanya bukan melayu melainkan kembar siam blue hipo haha.. rasanyalah. Orang melayu ni bahasanya berkias-kias. Macam.. buat baik berpada-pada haha.. er. apa pun itu cuma pendapat peribadi.
macam kata pepatah kerana mulut badan binasa Ops!! mulut xde insuran aku.. haha.
*Iffah, bila la ikan kaloi tu nak bertukar jadi anak raja? Ikan misteri tu memang buat hati tertanya-tanya. Tapi katanya biarlah rahsia ekekeke.. ( oh.. ikan misteri. kalau nak jadi kenyataan.. kenalah minta sihir jadi manusia ekekeke)
huahaha!
mulut kata lain, hati kata lain..heh
hahaha. yang buruknye, suka mengata belakang2. tu paling tak tahan...
yup! satu lagi "melayu mudah lupa"
rasanya Melayu sekarang lebih 'berterus-terang'...
terutamanya dengan kawan-kawan sendiri, kutuk-mengutuk tu perkara biasa...hahaha
perghhhhh ada yg dengki dgn kaloi tue ke? "makcik jiwang" tue tetiba kuar munculkan diri.. kihkihkihkih
melayu mmg unik, byk adat yg terbina demi nak jaga hati org lain. tp dlm x sedar ada jugak adat yg melebihi syariat yg tue kena usaha elakkn... ;)
yup, melayu unik in that way... tp kekadang selfish tu sedikit perlu...
jujur dan berterus-terang, itu lebih baik...tapi dalam masa yang sama jagalah hati orang lain... :)
Melayu kan penuh adab sopan
ermmm.. majoriti melayu mcm tu..
sbb adab mereka mmg begitu...
terlanjur kata lebih sukar. biar dipendam kata utk keharmonian katanya,
melayu ni memang unik.. sebab malayu je yang layan citer omputeh, hindustan, cina, korea, jepun, filphina, thailand, sepanyol, kartun.. and segalanya lah.. betul dak?? hahaha
sekarang rasanya banyak perubahan di dalam bangsa melayu ni.. rasanya terlalu banyak beza..
bukan takat melayu je.. manusia tu sendiri dah memang unik.. baru r interesting hidup ^^
kdg2 berselindung ni byk kesannya. hmm.
Post a Comment