ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebelum mereview novel ni aku nak mengaku yang aku memang mudah terpengaruh. Semalam masa jalan-jalan kat Alamanda aku terbeli buku. Mula nak beli dua. Tamak. Tapi tak jadi, yang "Maaf jika ku tak sempurna"dengan novel "Cukup sekadar dirimu" pun tak baca lagi. Jadi apa yang aku beli? Aku beli novel Suri Ryana gara-gara entry akak blogger di SINI
IKLAN: Sudikah awak menjadi isteri sepenuh masa saya?
Nampak menarik tajuknya bukan? Haha jalan cerita pasal kahwin paksa. Macam biasa agak klise jalan ceritanya. Tapi itu yang orang nak baca. Memang trend sekarang. Walaupun agak klise. Cara olahan dan permainan kata lain sama sekali.
Sinopsis: Nazrin Shah dan Medina Izwani adik beradik angkat. Mereka tak sebulu sebab kenangan silam abang angkatnya. Cinta terhalang sebab Izwani. Tiba-tiba kena paksa kahwin. Lama diorang berlakon sampailah nenek diorang tahu. Apa jadi lepas tu? Baca sendiri =)
Pada pendapat aku, mula aku tak minat dah nak baca sebab penggunaan penceritaan sudut pertama iaitu guna aku. Jadi sepanjang cerita akan ada Medina Izwani semata-mata. Susah aku nak fahami watak yang lain terutama DR Nazrin Shah yang handsome tu.
Yang kedua, jalan cerita agak melompat sebab cepat sangat masa berlalu. Kalau cerita pasal memula kahwin lebih mendalam lebih syok. Nak juga tahu layanan suami yang benci isterinya pada mulanya kan?
Apapun cerita ini sweet. Aku kasi 4 bintang. Aku berjaya habiskan dalam masa 3 jam semalam. Sebab tak tebal sangat. Jalan cerita pun tak meleret. Apapun kahwin awal itu best! #ehhhh
14 comments:
sumpah bila baca review novel ni, rasa nak pergi beli sekarang jugak :)
akan beli kot...haha..
banyak novel belum habis baca lagi.. beli je..heee
dh beli novel ni, tp tersadai kat rak je, lum sempat nk baca,,,,
rasa mcm baek akak bce cerpen iffah, melalui apa yg iffah cite tue la..hihihi
macam best jew..nk beli laa nti :D
ahhhhh...nak nikah awallll p tadek duit...adoiyai...hehe
dapat novel ni tapi masih tak baca... tajuk dia agak mengerikan bagi saya...
Ha...agak 'rushing; sikit kan, citer dia...? Oh, thank u sayang, pomot entry akak... :)
err,last baca novel tahun 2001..habiskan masa tunggu result spm..skrg lebih prefer penulisan indi..~ ^^
bunyi cam best.. tapi aku daa lama tak beli novel. T aku cuba beli. heheh
ngee ni yg menaikkan nafsu nak beli novel lg!
tgh hari td baru beli 3, ni dah tergoda pulak. hehe.
entah bila nak ada minat baca novel,
kalau baca mesti tak bis sepenuhnya :(
er..er.. er... bila aku nak beli novel ni ... hurm..
jom baca novel free.. tpi masih banyak kekurangannya.. :)
Post a Comment