CORETAN TERBARU NADH

Selamat Pengantin Baru

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kak Ikin dan suami (Gambar dari FB beliau)
Dah pergi kenduri semalam baru nak ucap. Maaf kak. Selama ni bahasakan dia kau aku je. Jumpa terus jadi akak. Yelah dah jadi isteri orang kan. Selamat pengantin baru kepada akak Ikin dan suaminya. Nampak bahagia. Secocok orang kata.

Temanya santai di tepi pantai. Sempat aku melepak tepi pantai lepas makan. Oh sayang sekali gambar berada di tangan opah dan atok. Kak Ikin ni blogger. Kami tak pernah jumpa pun. First time jumpa dah paksa ambil gambar di pelamin. Ada kami kisah?

Yang penting dia friendly. Kuala Selangor nun di sana majlisnya. Tapi member punya pasal. Pergi juga. Bila lagi nak jumpa kan?  Aku sangat suka berada di tepi pantai. Angin meniup-niup. Terasa nak buat cerpen. Tapi nantilah. Belum masanya. Yang penting sangat best kenduri di tepi pantai. Sekian.

Nota Iffah: Opah thanks untuk hari semalam. Atok, calon suami yang baik sebab sanggup hantarkan kak ngah (aku) sampai ke KAJANG semula. Macam perangai jiran aku~~~korang cari suami macam diorang okey?

13 comments:

Hafizin Jamil said...

haha..aku tak nak pergi kot kalau kawin nanti..haha

Faaein Talip Roy said...

wah.. tahniah buat pengantin.. semoga berbahagia hingga ke syurga..

iffah bila pula? hehe.. ;P

Admin said...

semoga bahagia sampai syurga (:

Ku Azhar said...

congratz!!! :)

Unknown said...

bangge jd atok tuh ea...

nak cari macam atok jugak lah... :)

pis -pis atok ade adik lelaki or abang x iffah ?? hehehehhehe

Zehan Ilyana said...

wah...sekarang ni tgh musim kahwin ek..hehe..:)

ReramaBiru said...

~cantik..bestnya dapat makan kenduri..hehe :)

ch000tz said...

moga bahagia sampai keakhir hayat hendaknya..:)

Zul & Azizi said...

Assalamualaikum Iffa,

sekarang musim cuti sekolah, biasalah kebanyakkan mereka ambil peluang untuk majlis perkahwinan mereka..Anyway selamat penganti baru buat Ikin & Suaminya...

BTW, kami singgah baca & jadi follower Iffa, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye...TW... :-0

www.mylovely-cats.blogspot.com

Kira Sakura said...

ok akak tgu kad undangan dari iffah lak ;)

maszull said...

assalamualaikum iffah...wah seronoknya dpt pi kenduri kawin apa2 pun tahniah pda pasangan pengantin baru tu ye...:)

Dayang Deno said...

semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.. :)

Asyikin said...

Thank you sayang for coming kay ! :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers