CORETAN TERBARU NADH

Tua ke muda?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku terpanggil lagi nak buat entry setelah makan nasi minyak tadi. Kan tengah musim kahwin. Ramai yang suka menyatakan pendapat sendiri. Aku nak kumpul pendapat diorang jadi satu entry. Kahwin muda atau kahwin tua? Masalah umur ni kadangkala rumit nak dibahaskan.

Kawan aku kata: Eloklah kahwin dengan orang jauh lebih tua. Dia matang. Jadi, senang nak uruskan rumahtangga. Nak selesaikan masalah pun jadi mudah. Cuba kalau yang muda, nak-nak dua-dua muda. Boleh cerai terus. Sebab darah muda. Aku? Sabar.

Kawan aku seorang lagi kata: Jangan kahwin orang tua. Tua dua tiga tahun okeylah. Kalau 10 tahun dan ke atas? Eee nanti dah tua, dia dah tak larat nak melayan kau. Hidup kau tak enjoy. Kau kena jaga dia masa sakit segala. Masa tu dia dah tak bernafsu. Siapa nak layan kau? Kau jadi bibik jelah.

Aku kata: Umur bukan penghalang. Aku akui orang lagi tua memang banyak pengalaman dan matang. Buktinya? Pengalaman sendiri. Harap dia baca. *tetiba. Bagi aku matang tak kira usia. Kalau nak orang matang, jangan tengok umur. Tak semestinya berumur 25 dan ke atas matang. Jangan ukur kematangan mereka.

Aku kata lagi, sakit, jodoh, ajal semua Allah tentukan. Siapa nak suami sendiri sakit? Tapi tak mustahil yang muda sakit. Accident misalnya. Tetiba lumpuh. Kan? Tetiba nak kahwin dengan orang lain sebab suami lumpuh? Adakah sebab itu korang kahwin dengan lelaki itu? Takkan? Sekali cinta biarlah sampai ke syurga. Jangan kira sangat pasal usia. Kahwin je dengan jodoh kita dan redha.Tamat cerita~~~

Nota Iffah: Seharian aku menghilang, ada yang rindu?

18 comments:

Ayuni said...

hm, tua atau muda bukan persoalan tp hati...kalau tua tp x serasi, xbleh jugak tp muda x serasi pun boring jugak, serasi n memhami yg penting tp klau Allah dh bg nk wat camne...

Unknown said...

aku serah pada jodoh. tapi aku usaha nak cari lagi muda dan bergetah.hikhik

Sya said...

klu dh jodoh kita dgn org yg lebih tua drpd kita, itu semua tlh ditentukn oleh Allah ;)

K O R I E said...

kalau boleh kan kak semua org nak jodoh yang perfect segalanya.

tp, mana ada yg sempurna dlm dunia ni. mengharap sesuatu yg xkan dapat kdg2 buat sseorang tu tersalah pilih.

takut lah nak kahwin.

Nong Andy said...

haha.. kita memang nak yang sepadan saja. Itu kemahuan kita. Dan istilah sepadan tu tak sama dengan setiap orang. ada yang anggap sebaya itu sepadan, ada yang anggap beza 2-3 tahun tu sepadan ada juga yg anggap lelaki kena 5-7 tahun lebih tua tu sepadan. tapi apa pun istilah sepadan setiap orang yang pastinya jodoh di tangan tuhan. ha.. kau bercintalah dengan lelaki yg mcm mana sepadan pun jarak usianya dengan kamu, kalau Dia kata itu bukan jodoh kamu.. dan Dia beri kamu jodoh dengan lelaki yg beza 20 tahun dari kamu.. ? ha.. itulah namanya jodoh di tangan tuhan :)

*Aku kira lelaki yg 2-4 tahun lebih tua dari perempuan adalah sepadan. Tapi Dia tak fikir macam tu utk aku :p jadi aku terima jelah jodohku :)

maszull said...

assalamualaikum iffah ...ajal,maut,jodoh pertemuan itu semua telah ditentukan oleh Allah...

oleh itu bila jodoh dah sampai umur atau usia tak akan menjadi persoalannya ...

walaupun jodoh kita itu sudah berusia kenalah redha dengan ketentuan dr NYA..

kekadang ada hikmah sebalik semuanya oleh itu muda atau tua x menjadi persoalan dan terimalah jodoh kita seadanya..

Unknown said...

yup2, setuju sgt.. kta tak leh predict apa yang kta nak. Allah dah planned untuk kta siap2. siapapun jodoh kta, Allah tau yang terbaik. :) InsyaAllah.

aizamia3 said...

yang penting keserasian dan saling memahami.. kalau takde kesefahaman pun tak guna gak..

MalizaMah said...

a'ah .. skrg ni mmg musim org kahwin. tmpat saya belajar. berapa org kawin. even belum hbs belajar.......
so mmg musim kahwin ni.

Kira Sakura said...

ada je dah tua tp x matang.. acena tue? hihihi

lieynanilaz said...

umur bukan ukuran...yg penting sedia terima pasangan seadanya...:)

Hafizin Jamil said...

cari yang tua la..senang untuk ko.aha

baru perasan tak leh right click..keke

reenapple said...

Aku setuju yg kau punya. MAtang bukan berdasarkan usia tahu. Ia berdasarkan pemikiran. pasal tua dan muda, aku rasa itu jodh masing-masing. Yg sebaya pun ada juga matang.. =)

#aku nk cari yg sebaya, tapi matang dan sedap mata memandang.. hehehe

Unknown said...

tapi pengalaman kawan aku ..bercinta dgn org tua , tapi perangai xmatang lagsung...

hmm..umur tu tak jadi penghalang kalau da suka , sayang ..jaji serius nak jadikan kita isteri bkn gf bertahun-tahun *sigh*

Cik Pulau said...

ai kalau boleh nak yang beza stahun dua.. kalau xboleh.. sama umur pn xpe..
kalau xboleh gak. mana2 lah jodoh yang ditetapkan Allah...
macam nak kawen sekarang jekk.. errr..
gataiiii..

Anonymous said...

MASing2 ADa HAk MEMiLih.
NAMUn KEBahgiaan RUMAHtangga BUKan BERgantung PAda UMUr SEMata2.

Dayang Deno said...

erk... semuanya dah allah tentukan.. kita hanya perlu terima :)

kay_are said...

kalau ikut aku, aku nak yang sebaya or muda 1,2 tahun je.. so sebab fikiran pun lebih kurang same so lagi serasi kot.. rase camtu r..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers