CORETAN TERBARU NADH

Ya Allah! Mohon mereka tabah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku baru terbaca satu blog ni. Bukan apa, aku cuma teringat kisah 2008 saat aku pun ditimpa musibah yang sama. Dugaan Allah kita tak boleh jangka kan? Aku sebak sepanjang baca blog seorang suami untuk isterinya yang sedang sakit terlantar. Mulia sungguh suami ini kan? Sanggup jaga isterinya yang sakit. Arghhh bagi aku nangis kejap T_T.

Dulu masa Kak Long sakit macam tu rupanya. Terlantar. Bercakap pun tak boleh. Minum ikut tiub. Minum pun susu je. Lama Kak Long terlantar kat ICU Kajang tu. 3 bulan kami ulang alik ke hospital. Tambah pula beberapa bulan kat wad biasa. Kami ramai. Boleh jaga sorang kakak yang tak berupaya. Ibu berhabis duit beli mesin-mesin canggih untuk bawa Kak Long balik rumah. Biar kami je jaga sendiri. Tapi siapa tahu kuasa Allah, sebulan lepas Kak Long balik rumah, dia sihat kembali. Biarpun tak macam dia yang dulu. Tapi dia boleh uruskan diri. Itu dah cukup buat kami sekeluarga bersyukur.

Aku cuma harap supaya Kak Gee dapat kembali pulih seperti Kak Long aku. Supaya dapat menghiburkan suaminya Encik Abil semula. Aku harap sangat-sangat T_T. Serius sangat sedih baca. Orang yang tengok pun dah sebak, inikan pula orang yang mengalaminya. Kuasa Allah tak dapat kita jangka. Sekelip mata jadi berubah tak bermaya. Aku tahu hakikat itu kerana aku juga mengalaminya.

Sumbangan untuk suami isteri ini boleh disalurkan melalui;

Nama : Abil Fikri Ahmad

Bank: CIMB Bank

Account No: 0506-0040577-52-1

H/P No : 016-2634258

Klik sini untuk blog Warkah Buat Isteri. Klik sini untuk Fanpage mereka =)
Aku cuma harap, Encik Abil tak putus harapan dengan Allah. Biarlah bertahun pun anda tunggu. Sebab kuasa Allah memang luar biasa. Yang sakit boleh sihat, yang sihat tak mustahil akan sakit. Cuma jangan pernah berhenti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan isteri Encik. Tak mustahil isteri Encik akan sihat seperti sediakala. Sama macam kakak saya!

27 comments:

Eta said...

semoga kak long dan family awak dikurniakan kesihatan yang sempurna dan begitu juga bagi k gee, semoga dia dipanjangkan usia untuk meniti hari2 bahagia bersama suaminya..Amin...

Efa Nur said...

sedihnya..
setiap yg berlaku pasti ada hikmah..
semoga isteri encik abil cepat sembuh...aminn

msredcheesecake said...

Muga bila kita diduga, biarlah ada ketabahan dalam diri kita dan percaya pada DIA....

Unknown said...

semoga kak gee akan segera sembuh untuk suami dan keluarganya.. inilah seorang suami yang bertanggungjawab..

p/s : ada ler utk perempuan. tak baca habis la ni ye

Unknown said...

smoga cepat sembuh hendaknya.. tabah! :)

Ce'gu JAERA said...

semoga segalanya d permudahkan Insya Allah.... harap mereka tabah dengan ujian

Unknown said...

allah sayang orang yang amek kisah :)

Unknown said...

semoga cepat sihat, sedih baca.

anamizu said...

semoga Kak Gee cpt sembuh.. moge2 iffah sekluarga terus tabah.. besar hikmahnya..InsyaAllah..




luv,
cik ana

Unknown said...

semoga kak Gee cepat sembuh ye

نورعيم said...

Allahu Allah! betu3 sebak kaca kisah ni.

semoga kedua2 nyha tabah menghadapi ujian ini.

CintaZulaikha said...

semoga kak gee cpat sembuh insyaAllah

Cik Pulau said...

semoga kak gee tabah hadapi semua ni,...
insyaAllah..tiada yang mustahil bagi Allah,.

aindzaya said...

ain ta mmpu nak derma ape2 ain pun masih study..subhanallah..masih lagi ada suami mithali yg berhati muli kini yer...semoga kak gee cepat sembuh :)

Asrul "iLham" Sany said...

seorang suami yang baik...

Asrul "iLham" Sany said...

frosting die senang je...

butter + gula ising pastu pukul sampai lembut = ni untuk frosting asas la.

kalau nak ada perisa leh tambah apa2 je... cheese, vanilla, etc :D

aizamia3 said...

perhatian dari keluarga amat penting agar beliau kuat dalam mengharungi dugaan.. moga beliau cepat sembuh hendakNYA..

Aien Not Alien said...

harus selalu tabah dan sabar...semoga kak gee kembali pulih.

Zehan Ilyana said...

=(
sedihnya.=(

reenapple said...

semoga mereka tabah.. =)

.........cP~ said...

Salam.

Haritu pun kat wad ada suami yang jaga isteri yang dah sakit lama. Terharu jugak la. Wad penyakit perempuan, faham2 je lah. Selalu lelaki ni kalau isteri ada masalah dengan peranakan ni, jadi alasan nak cari lain.

Abil Fikri Ahmad said...

Salam..saya ingin ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan n promoting blog saya tu..terima kasih. N pada ur members pun TQ,TQ very2 much..Semoga kita semua di berkati ALLAH dan di sayangi RasulNya.

maszull said...

assalamualaikum iffah...semoga kak gee kembali pulih seperti biasa insyaAllah...:)

Kira Sakura said...

semoga mereka tabah.. ujian mendekatkan kita pada Ilahi.. hnye org yg merasa je yg akan tau...hurm

Dayang Deno said...

sedih...:( deno doakan mereka tabah...

Unknown said...

weldone Abil...salute!!

Unknown said...

Kejadian Tuhan mmg unik...mengapa Tuhan berikan kita sakit. ....salah satu sebabnya adalah kerana ini adalah respon badan kita terhadap persekitaran...perasan tak..apabila kita sakit ramai yg akan perihatin,caring dan sayangan kita...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers