ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti biasa dia pergi menongkah arus lebuhraya kerana mahu
pulang ke kampung halaman. Bukan dia suka jalan itu. Malah ada kesan hitam
terpalit di sana. Sebab itulah sebolehnya dia mahu segera melepasi zon rasa tak
selamatnya itu.
Lagu berkumandang. Lagu raya! Dia bosan mendengar lagu
tersebut dimainkan saat bulan puasa masih lagi hangat bahangnya. Punat radio
ditekan. Hujan turun secara tiba-tiba mencurah ke bumi. Dia perlahankan
kenderaan. Bimbang jalan licin. Sampai satu saat dia terpandang belakang.
Lebat! |
Kereta itu berpusing tiga kali di tengah highway yang
terbentang luas. Dia gigil tiba-tiba. Matanya tak lepas memandang kereta Iswara
Aeroback dari kejauhan. Dia bimbang sekali kereta itu akan dilanggar. Dalam hatinya
tak henti berdoa agar kereta itu terselamat dari mana-mana rempuhan. Mujur lengang
ketika itu.
“Ya, Allah. Bantulah mereka walau sesiapapun mereka. Aku tak
mahu mereka dilanggar…” Dengan sebak dia meneruskan perjalanan pulang. Dia pula
yang trauma. Perlahan saja keretanya meluncur tatkala hujan masih membasahi
bumi.
Kini dia lebih berhati-hati di jalan raya. Dia dilema sama ada laju buat dia cepat sampai. Atau lambat
tapi dia mungkin terlelap di jalan. Akhirnya, dia pulang dengan trauma yang
masih segar dalam ingatan. Trauma yang positif!
10 comments:
trauma eksiden paling menakutkn.
moga kuat dik!!!!
berhati- hati balik kg ye..:)
pesanan penaja.. hati-hati di jalan raya k.
ifa hat-hati selalu ya
berhati-hatilah di jalan raya.. semoga selamat sampai ke destinasi...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/tips-mudah-jaga-kesihatan-01.html
aku rasa ini tentang seseorang bukan?
trauma ni menakutkan.. bahaya..
nasib baik trauma positif..
Pandai pun citer base on true story :p
:D
memang kne barhati hati semase dijalan raye.. takpe biar lambat asal selamat kan
Post a Comment