CORETAN TERBARU NADH

Review: Projek memikat suami

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Novel terbaru aku baca setakat ni. Aku nak review pun serba salah. Tajuk pun dah macam gempak dan best. Dalam novel memang best. Siap gelak sorang-sorang. Sampai roommate aku sama-sama nak tahu apa jadi. Dia bukan suka pun baca novel.
Satu percubaan yang berani untuk menulis novel ni
Sedikit fakta ringkas untuk novel ni;
1.Kisah kahwin pilihan keluarga.
2. Hero yang sempurna serba serbi. Kaya, Kelulusan hebat, Bekerjaya, Anak orang kaya, Handsome tapi... (Agak melampau sempurnanya)
3. Heroin (Nakal dan gatal)
4. Tips-tips rumahtangga yang agak keterlaluan untuk dibaca 18 tahun ke bawah.
5. Ada jugak tips lain macam taat pada suami, jaga perut suami, sabar, jangan ikut emosi.
5. Berunsur lawak dan tak henti gelak.
6. Part sedih tak berjaya membuat hati aku turut sedih.

Kesimpulan, aku rasa kalau isteri-isteri bolehlah baca. Tapi kalau orang macam aku yang belum kahwin ni memang naik segan. Sebab macam keterlaluan pulak babak-babak suami isteri. Menggoda, digoda, cium dan sewaktu dengannya.

Lari dari review sebentar~~~
Lepas aku baca, aku rasa aku jadi seorang pemikir. Apa yang aku nak soalkan kepada orang yang dah berkahwin adakah kahwin perlukan seks semata-mata? 70% tips yang ada dalam novel ni tentang seks. Aku sendiri jadi keliru apa yang penulis nak sampaikan. Takkan semata-mata nak pujuk suami dengan godaan? Aku tak puas hati. Korang ada pandangan lain? Sebab aku bukannya ada pengalaman. Kalau nak tahu betul ke tak aku review, sila beli buku ini dan nilai sendiri. Aku cuma utarakan apa yang aku rasa. Maaf kepada penulis sebab aku budak muda yang tak kahwin lagi hehe =)

Terima kasih Kak Dang, dia membuka mata aku sedikit tentang novel ni di ruangan komen. Mungkin sebab aku belum kahwin kot kan? Pendapat orang lain-lain. Jadi aku terima je. Korang?

24 comments:

reenapple said...

sepertinya novel ini agak nakal.. muahahaha.

Betul juga apa yg kau utarakan.. aku pun tertanya-tanya apa kahwin sebenarnya. Nak dapatkan seks secara halal atau ada lagi tujuan lain?? Muehehehe,...

Naniey TJ said...

agak keterbukaan isu ko ni.... hahahaa... tp blh x aku nak jawab...

dlm p'kahwinan isu seks bukanlah yg paling utama... apa yg diperlukan oleh psngn suami dan isteri adalah perasaan saling memahami, sntiasa berasa diperlukan... n tmpt utk b'kongsi masalah....

mgkin pnulis ini mlht p'khwinan dr segi tutttt kot..... mmndgkn sy sme2 single ngn apeeph.. nk tnya org da kawin btl ke prsepsi sy ni???

Kira Sakura said...

pinjam novel tue kat iffah jela nt akak baca yang dipinjam tue hahahaha

Anonymous said...

akak dah baca novel ni. what i get from this novel is:

1.isteri kena taat pada suami, that is the main point, not sex! may be are too focus on that part so that u got it that way. kan ada part yg husna ni sabar je layan suami walau macammanapun zahrain sakit kan hati dia.

2.husna try hard to cook dish that he like. moral: kena tahu suami suka makan apa dan kena la pandai pikat perut suami melalui masakan.

3.perempuan jgn suka merajuk because nnt lagi buatkan suami cari lain. very true and important point, though.

4.i dont think novel ni keterlaluan sbb part kissing lips, ada satu part aje. waktu zahrain confess.

5.fitrah lelaki mmg suka tengok perempuan seksi. jadi, tak salah kalau isteri pakai seksi2 di rumah utk suami. besides, kat egypt ni, u will be surprise bila tgk how perempuan arab yang berpurdah, dressing di rumah. :) so, i think, penulis nak ketengahkan bahawa isteri kena la berhias kat rumah supaya suami tak la bosan.

tapi mmg akak akui ada certain part yg agak advance. but still, tak melanggar syariat pun. maybe its new to our muslim malay culture tapi budaya ni dah lama ada kat negara islam di timur tengah.

so, after all, i think, the gaya bahasa and expression is very good. jalan cerita menarik, lain dari cliche2 yg ada. thumbs up to penulis.

this is what i though. just wanna share..:)

-kak dang

Asrul "iLham" Sany said...

sex itu perlu... tapi ada perkara2 lain yang lebih diperlukan seperti perhatian, senyuman, makanan sedap etc hahaa

maszull said...

assalamualaikum iffah....novel baru ke iffah mcm best jer sinopsis nyer tu...:)

Cikgu Ma said...

dah keluar ke kat market ke? berminat la...

Azura Mendezz said...

Perkahwinan bukan sekadar seks semata2 dik..
semuanya merangkumi..seks hanya sekadar melengkapi..itu je..
lain la kalo baru2 kawen..hihihi!! =P

nur said...

belum baca lagi

is said...

dh tau kluar ke nvl ni??? brae hrga??

Mesti klik sini said...

wah, macam best je buku ni, hihi :P

Cik Pulau said...

tak baca lagi.. novel yg ai beli ni pun ada 3 biji lagi tak baca..
tapi macam nak masukkan novel ni dalam list untuk next month. hahaha

Unknown said...

segan jugaklah sy nk bce... hahaha...

Anonymous said...

kahwin, seks? memang itu antara tujuannye ape? menghalalkan yang haram

Ce'gu JAERA said...

hehehehe.. orang bujang macam kita la yang patut baca.. dapat belajar sesuatu yang baru demi masa depan.. ekekekeke..

salam ceria cikgu Iffah.. lama tak menyakat2 d sini.. ehehe. salam aidilfitri ya

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

klu wat drama b'siri musti best kot..! ;)

Nong Andy said...

hurm... rasa nak beli lah. haha.. aku tak kisah part kiss ke make love ke.. aku kan dah kawin ekekekeke... lagipun bahan bacaan aku kan twilight yg kompom citer omputih yg tuuut! hehe..

Cerita Hanina said...

Salam dear, tqvm kerana meluangkan masa untuk review PMS :) Saya gembira sangat bila awak kata awak jadi pemikir selepas baca PMS. Saya cuba buat PMS ini 2 layer. 1 layer untuk mereka yg nakkan humor, romance etc. Satu layer lagi bagi mereka yang nak berfikir. Saya menulis PMS sebab saya tidak bersetuju dgn banyak novel2 kahwin paksa yang heroinnya menolak untuk menjalankan tanggung jawab seorang isteri. Pembaca novel selalunya wanita2 muda, nanti mereka fikir eh seks itu boleh diambil mudah. Bila bercakap ttg seks sebagai satu tanggungjawab pun tak kena juga, sebab kalau dilihat dari sudut tu hilanglah kemanisan hubungan suami isteri, maka dalam PMS saya gambarkan seks sebagaia sesuatu yang boleh jadi playful juga. Apa2 pun ini cubaan pertama yang yg masih teraba-raba dlm dunia penulisa. TQVM sekali lagi ya!-Hanina Abdullah

mayangbakingmadness said...

dari segi perkahwinan... amat perlu sex tu adik.... (jgn pandang remeh) penah dengar tak cari isteri yang diluar macam usatazah tapi di rumah macam supermodel... nanti adik kawin adik akan tau... sbb sex yg selalu di pandang remeh le kekadang terjadinyer byk penceraian..... (biasanyer lelaki amat particular berkenaan sex ini...)

Anonymous said...

Penting...tu sebabnya orang tua2 pernah berpesan, nak jaga laki kena jaga 2 benda..pertama; perut..(makanan minumlah), kedua; bilik tidur (hubungan kelaminlah)...

Iaruz said...

Seks is one of the part yg perlu dalam perkahwinan..tetapi tidak penting.Yang paling penting ialah trust and communication...

ainulrida said...

Saya setuju dgn apa yg kak dang katakan dan sebagai pembaca kita kena tahu apa yg tersirat yg cuba disampaikan oleh penulis. Adik juga seorg penulis, sepatutnya lebih peka dgn apa yg penulis lain cuba sampaikan. Bagi saya ada byk pengajaran dlm novel ni. Satu yg paling ketara adalah cara Nawwal handle masalah yg melanda rumahtangga dia dgn suami. Hubungan suami isteri tu tak byk manapun, masih terkawal. Yg penting cara-cara dia menangani dan mendepani kerenah suami, kakak ipar, gf suami serta mertua. Boleh dilihat juga hubungan kekeluargaan serta betapa rapatnya Nawwal dan adik beradik dia yg lain. Hidup berkeluarga yg sgt rapat & saling tolong menolong.

Kita selalu baca bila ada pasangan suami isteri mempunyai masalah, adik beradik bukan nak tolong perbaiki hubungan tetapi menjahanamkan lagi hubungan tu. Walaupun kakak-kakak dan abang Nawwal tahu apa yg Zahrain dah buat tapi mereka tak suruh pun Nawwal tinggalkan suami dia.

Nawwal sentiasa seksi di rumah, untuk tatapan suami sahaja dan bukannya di luar. Itu yg penting, bukan tak boleh nak seksi tapi untk yg halal sahaja lah. Bukan mcm sekarang, even yg bertudung pun berjubah bagai tapi jubah yang betul-betul melekat kat badan.

Saya pernah bincangkan isu hubungan suami isteri dgn suami. Masa attend kenduri kat kampung satu hari, kami berjumpa dgn kaum keluarga yg mempunyai 9 org anak & the wife sedang pregnant anak ke 10. Ramai kan? Saya sendiri ada anak 5. Saya kata kalaulah saya bersalin secara normal adakah anak kami juga akan lebih dari 5 (4 kali pembedahan)?Suami kata hubungan suami isteri tu fitrah manusia. Bila suami minta, takkan lah tak nak layan. Itu perencah rumahtangga katanya.

Betul kata kak dang, gaya bahasa sgt sempoi dan lain dr yg lain. read with an open mind.

Tehah I. said...

Assalamualaikum!
Memang takk dinafikan novel ni lain daripada yg lain. At first, saya memang condemn sungguh2 padahal baru sampai bab ke 8 kot pastu terus tak baca. But then, saya terfikir kalau dah starting dia mcm tu ending mcm mana plak?

Lepas dah habis baca novel ni, memang saya ada berfikir sejenak. Novel ni lain macam sikit. More towards a teladan rather than a love-dove story.

This is what I got from this novel:-

1. Bahagiakan mak ayah. Antara caranya ialah menunaikan permintaan mereka. In this case termasuklah berkahwin dengan stranger(yang tak dikenali)!

2. Berkahwin bukan untuk bercerai. W/pun novel ni temanya kahwin paksa tapi frasa 'cerai' atau yg seangkatan dengannya tak banyak diutarakan. Nawwal sendiri nak go on with her marriage. She did her best untuk cairkan mamat ais ketul beku tu. Last-last cair jugaaaaak!

3. Perempuan kena kawal emosi bila berdepan masalah dengan spouse. Tak bleh mengamuk, marah2, merajuk, meraung, menangis dan sebagainya. No, that is very cannot! Sebaliknya, perempuan kena pandai main psycho. Nawwal pon ada main psycho jugak dengan laki dia dan mak mertua dia. Tapi kebanyakannya dengan Zahrain la. Ada sekali tu Nawwal marah dengan Zahrain di majlis amal. Tapi disebabkan Zahrain slow sgt dlm bab pujuk-memujuk, Nawwal plak yg 'serang' Zahrain. Class!

4. In-laws bagaikan keluarga sendiri, yakni berbaik dan sayangi mereka. Tak kira la sebelah lelaki atau sebelah perempuan. Dengan cara ni, InsyaAllah maka ramailah yg akan mendoakan kebahagiaan rumahtangga.

5. Suami mengahargai pengorbanan isteri. Nawwal rasa segan dengan Zahrain selepas dia dh conceive. Dia rasa dia dh tak sexy and she felt like a cow. Zahrain tak kisah malah makin sweet plak. Siap main kenyit2 mata.

Tu lah dia. Pada mulanya saya agak terkejut dengan novel ni sebab sgt straight-forward dlm bab2 memikat. Therefore, sy beranggapan bahawa penulisnya seorg nympho (sorry x100). Lepas habiskan novel ni, I found this novel very much fascinating. Touchdown!. BI plak, superb!. I had to hold a dictionary beside me whilst reading this novel. I must read this novel with an open-mind in order to digest the message. Well, I had to because I am under-aged. I'm 15 going to 16 btw. TQVM!

Anonymous said...

Salam..bagi pendapat saya perkahwinan adalah tempat kita berkongsi segala-galanya..susah dan senang,suka dan duka..x semestinya isteri jer yang kena banyak berkorban..untuk buat suami bahagia..tapi suami pulak jangan amik kesempatan keatas kebaikan isteri..tolong menolong dalam urusan rumah tangga ,menghargai isteri walaupun sekadar dgn ucapan sayang..menghormati perasaan isteri..baru isteri pun ada mood nak layan dgn baik...tak semestinya isteri jer nak puaskan hati suami...fikir-fikirkan lah...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers