Kepada:
Dari:
Awak
Assalamualaikum awak…
Hai, kenal saya tak? Kenal bukan?
Maaf saya tulis surat bukan nak mengganggu kerja awak. Apatah lagi menyakitkan
hati awak lagi. Saya cuma nak minta maaf. Yalah, selama ni saya selalu sakitkan
hati awak. Selalu marah awak. Selalu malas layan awak. Selalu buat awak kecewa.
Maaf.
Tapi awak, hidup ni bukan mudah. Nak
cakap tidak adalah payah. Saya terpaksa. Saya tak mahu beri janji yang takkan
mungkin saya tepati. Saya tak mahu serah hati kalau diri tak nak relai. Saya
tak mahu bonekakan awak yang setia menanti.
Awak… cinta itu indah tahu? Tapi
cinta lagi indah kalau awak sandarkan pada tuhan awak. Cinta manusia akan lebih
indah saat awak dan sang bidadari mencintai satu sama lain. Cinta itu akan
lebih indah jika ada yang memberi dan menerima. Saling cinta mencintai.
Fahamkan?
Jadi saya tulis ini untuk awak faham
apa yang saya nak sampaikan. Saya tak sampai hati nak cakap sendiri. Sebab saya
tahu sakitnya hati bila harapan punah. Sakitnya jiwa saat cinta tak terbalas.
Namun, percayalah sakit sekarang akan membawa seribu kebahagian untuk awak.
Maaf, saya terpaksa menolak awak jauh-jauh. Hati saya belum sedia untuk
sesiapa…
Dari:
Hati saya~~~
Setelah mengepost status jiwang bagai nak rak kat FB, aku buat keputusan untuk menjiwangkan diri kat blog. Lama dah aku tak tulis pasal cinta. Betul? Kali ni ada kelainan sebab aku tulis dalam bentuk surat. Terpengaruh dengan blog Posmen ke Syurga. Korang boleh copypaste dan hantar surat kat sesiapa yang nak korang sampaikan yang tersirat kat hati sebab tulisan lebih mudah dari lisan kadang-kadang~~~
16 comments:
perh jiwang karat kak tengahari neh -__- . sedap bunyinya. klu ada owner lagi bermakna ni
awak saya baca dah surat awak nie awak...
baeklah awak saya faham yang cinta tak boleh dipaksa tapi kasih boleh dipaksa kan awak hahahahaha :p
Awak... kenapa awak tolak cinta saya? Yaa... saya akan teruskan hidup awak. Semoga hati awak akan terbukak untuk dia yang lagi layak untuk awak sari saya.. ehehehe.
#cool lah weh.. =)
tersentuh ke hulu hatikue ~.~
finally i'm drop here..mat hari raya ^o^
penah gak buat cerita jiwang sensorang..last2 delete....hehe
hurm....sedih plak membacanya...mungkin tak ada jodoh barangkali? huhuhuhu
*renyuk2kan monitor*
ni bukan surat utk aku.. =P
harap awak tu tabah terima keputusan ini...
selamat hari raya iffah... maaf zahir batin...
assalamualaikum iffah...surat jiwang ni teringat mama zaman bercinta dulu guna surat jer...:)
sedih pula...
tak pandai nak mengarang hanya pandai membaca :)
iman nk kasi pada si dia tapi si dia xdop blog =(
booooooo... jiwangnya.... haha...
sesekali jiwang tak salah... jiwang ni la buat hati kita berseri2 tau.hehehe
perghhh.. jiwang eh..
hehehe.. betul.. kadang-kadang tulisan lagi mudah dari lisan..
setuju..
kalau nak cakap tu terkebil2,
last lost tak tahu nak cakap apa..
tulisan lagi senang (:
Saya Tak Sempurna - ahsfantasy24
er.. rasa nak delete satu surat utk ex kat dlm blog akakakaka..
Post a Comment