ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku lupa nak kongsi cerita aku dengan makcik-makcik kampung rewang sebab nak buat doa selamat. Doa selamat tu tujuan utamanya untuk memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, sebab nenek aku yang diculik dan dirompak telahpun selamat dijumpai 4 jam selepas kejadian. Memang aku masa tu tengah berjimba dalam kereta dengan PPP dan Miko. Mereka saksi dimana aku risau nak mati.
Dipendekkan cerita nenek aku diculik oleh dua orang tak tahu jantina, aku tak tanya. Dia muka orang baik-baik katanya nak bagi duit kebajikan untuk orang-orang tua. Jadi, orang tua yang mudah percaya orang ikutlah mereka. Lepas tu habis rantai dan gelang emas, duit dalam beg lesap dan nenek aku ditinggalkan di Masjid dekat dengan Maktab Islam Bangi tu. Kalau jalan kaki balik rumah memang peluh jugak. Jauh tak jauh sangat tapi mujur ada orang kenal nenek aku dan call anak-anak beliau. Prihatinnya awak. Tahniah!
Okey masuk kisah rewang pulak, aku paling menyampah masa rewang dengan makcik-makcik sebab diorang suka gosip. Ada je tak kena di mata seseorang. Yang ni mengumpat biras, ipar duai semualah. Mengumpat mak mertua pun ada. Dah tu sebab aku dan adik aku je anak dara yang maknya tak sampai lagi. Jadi dari sampai asyik kena buli. Suruh sapu taik cicak, mop lantai, basuh ayam, buat air ikut selera dia. Blah, blah, blah. Dah tu macam-macam dia cakap, ayam kampung buat sup sedap. Itu ini. Akhirnya? Dia tak buat apapun. Mulut je bising. Rimas aku!
Doa selamat pulak, jemput orang masjid. 5 orang je datang dan yang lain datang makan je. Memang macam tak prepare majlis tu. Anak beranak cucu cicit ramai kot. Tak payah pening jemput orang luar sebenarnya. Apa guna orang lelaki yang ramai tu? Nak bagi makan kat orang pun lima je? Itupun masa masak ada pergaduhan berlaku antara laki bini. Sebab nak masak bahan tersedia, api dah bukak. Orangnya masih layan gosip dan borak-borak kosong. Angin satu badanlah dedua. Sabar jelah tengok drama sebabak itu.
Akhirnya, topik hangat masa kini. Bila nak kahwin? Orang tu ada lagi tak? Setia menunggu ke? Bila aku senyum kata tak adalah. Dia kata, takkan tak ada. Blah, blah, blah. Oit takkan hidup ni pasal kahwin je? Mentang anak dia nak kahwin bulan depan. Anak awak 24, saya 23. Lain okey. Ibu ayah tak risau, orang lain yang lebih-lebih. Aish =..=' Itu je cerita aku untuk rentetan kisah dari 15 Disember hingga 25 Disember lepas.
20 comments:
aku pun kurang gemar dengan orang yang mengumpat macam tu.
orang pernah fikir tak kalau diorang sendiri yang diumpat?
normal la 2 bile rmai2 msti ade yg tnye bila nk kawen..
rimas ngn soalan 2..
haha
manusia kepohchi mmg b'sepah! klu nk jumpe, sonang je.. terjah la mane kenduri-kendara esp yg rewang2 nih, confirm ade! hu3..
5 dalam 1 la kiranya ni..mujur jugak kes culik n rompak tu xde sebarang insiden buruk..yg penting nenek selamat..
alhamdulillah nenek iffah selamat...ish teruk betul kan yang merompak tu/
biasa la tu iffah bila kaum ibu berjumpa..ada je gossip mereka..sabar la ye.awak baru 23 akak ni dah 32 dik..heheh lagi la kena tahan telinga bila adik beradik kumpul ramai2..kadang2 tak tahan masuk bilik nangis
biasa dh fenomena mcm tu kak..baru2 ni buat mjlis cikur jmbul..yg tua2 je dtg..tu pun org surau..org muda..hmm..ntahlah
dasyat ah, nenek akak kena culik? tkot r, nasib xjdi pape kan cuma barang kemas kena curi. erk, dunia sekarang org tua pon jd mangsa, adoiyai.
huhu, psl rewang,akak org pure johor eh? emm, itulah isu utama untuk anak dara yg da kerja bagai tp xkawen2 lgi. kita yang bru nak kerja ni pon asyik ditanya jea. rimas xpayah ckp.kalau ada jodoh adalah nanti kan
kawen, kawen, kawen,,
owh ni blog kau! dah lama kowt aku tau!
hehehehe
er.. aku masa umur 23-24 takde org kecoh tanya bila nak kawin.. nampak sgt muka belum boleh kawin kot kekekeke.. Iffah, agaknya derang saja je tu nak carik topik dgn ko :D
pernah di asak dengan pertanyaan spt itu..then bile da kwen skrg nie dok sibuk lak pasal bile nak ade anak..
pertanyaan yang wajib ler bg orang 2 skrg nie
kesiannya mak cik yang kena rompak tu..memang tak patutlah dorang buat makck tu macam tu
erk nenek ko kena kidnap tu betul ke iffa?? agstaga... ish bahaya tu == napala derang ni tak de kerja lain nak buat selain nak makan duit hasil rompakan ... harap nenek ko tak apa iffah.. pergh.. aku dan miko mati2 ingat panggilan prank :p
assalamualaikum iffah...kena bersabar yer...;)
5 cite dalam satu entri.. unik!
cite satu ngan dua berkait kan.. ape pun bagus r selamat nenek ko tu ye.. kalau tak, tak tau r.. yang call tu laki ke pompuan, kalau laki ade chance r ko.. baik orang tu.. =P
setuju, memang kalau golongan makcik2 kumpul gosip je r aktiviti confirm ade, aku jarang r join tapi suke curi dengar.. doa selamat tu macam pelik 5 orang je? pasal kawin.. aku no komen je r =P
Alhamdulillah...nenek Iffah selamat. Nenek akak tinggal sorang juga, tu pasal lah dia selalu risau kalau tak ada orang temankan dia. Owh, time rewang, mmg ada jer yg nak sakitkan hati kita kan sbb konon kita anak2 dan takkan melawan. That's y akak dah start melawan dan laserkan diorang since 10 yrs ago. Baruuu senyap sikit.
mujur selamat je hah nenek ko tuh.. kalau tak.. hmmm.
biasalah kenduri-kendara ni kecoh semacam belum lagi yang sibuk hal2 org lain kan
panjangnya bebel nkoo ipahhh...
ala, muda lagi pun 23 tahun.. mmg tak setuju kalau org nak citer pasal kawen je.. banyak lagi benda lain yg boleh dijadikan cerita.
Alhamdulillah,, nenek iffah slamat:)
org yg tak berdaya punn nak culik.
farah rasa umo 23 tu ok lagi la kalau tak kawen lagi. sebok je kan makcik2 tu nak tny. :)
maaf dik akak tatau pasal insiden tue. huuu bersalahnya rasa bila akak takde time iffah susah hati tue ;(
pape pun alhamdulilah semuanya selamat. biasanya lah kn mcm pepatah mlut tempayan snang ditutup mlut org mmg payah.
Post a Comment