CORETAN TERBARU NADH

Sesat di Kajang kerana BLOGGER INI!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi ayat tak tahan. Okey aku cerita terus jelah. Aku sebenarnya nak pergi kenduri kahwin kawan aku sekolah lama kat KL. Tapi sampai pukul 11 pagi tadi tak ada confirmation. Apalagi, aku kontek adik blogger ni kata jom jumpa. Akak free. Maka akupun lekaslah pergi jemput dia. Kat satu taman yang aku tak pernah sedar kewujudannya. Setelah sesat sejam baru jumpa.

Aku kata kat adik aku, buat malu je jadi orang Kajang tapi tak tahu. Memang serius aku rasa teruk sangat pengetahuan jalan Kajang. Sekolah Menengah Teknik Kajang pun kena berhenti tanya orang. Serius malu. Mohon jangan contohi aku. Loser kan? Tak apalah aku belajar lalu jalan yang aku sendiri tak tahu. Yang aku tak pernah jejak. Learn from mistake right?

Aku pun jumpalah NORAIM ISMAIL. Adik blogger aku. Dia memang duduk kelantan je. Ini pun kebetulan dia konvo kat Shah Alam semalam. Tak sempat wish tahniah. Maaf Aim! Kami pun pergi Jusco Cheras Selatan. Mula jalan bayar bil semua. Adik aku dah gelisah. Sebab dia nak tengok wayang. Aim dahlah tak tengok wayang. Adik aku nak TWILIGHT BREAKING DAWN part 2. Seksa mata dengan scene dia. Maaf sekali lagi Aim.

Lepas tengok, aku boleh kasi 4 bintang. Memang permulaan agak lembab, tapi part kemuncak aku suka. Serius tak sangka. Dan tamat dengan kissing scene lagi. Sabar jelah. Lepas tu kami makan fast food dan hantar Aim balik semula. Sempat snap picture untuk kasi cemburu itu pengantin basi. Kak Kiera, sila jeles. Haha seronok jumpa dia. Agak pemalu aku rasa. Lepas ni siapa nak jumpa aku? Tettt...

14 comments:

aku HaniAsyira said...

wah2.. jalan kemain lagi dia kan..

Unknown said...

lain kali mohon pinjam gps kat mk k-bai

boni kacak said...

macam mana boleh sesat kat tempat sendiri ni??hahahahahaha

saya pulak tak brapa gemar layan twillight ni dengan sesiapa sebab banyak sangat adegan2 tak senonoh.. saya suka layan sorang2.. bayangkan kalau tengah layan dengan bapak saya, tiba2 ada adegan tu.tak keruan dibuatnya..hahahaha

Dayang Deno said...

bila agaknya bleh jumpa ifa... baru2 ni da dapat jumpa kak lydia... ifa, baik betul kak lydia tu... terharu sgt masa jumpa kak lydia baru2 ni... dia tersangatlah baik hati... :')

Asrul "iLham" Sany said...

Akak ni sebenarnya umur berapa ek?

Aien Not Alien said...

belajar kenal jalan dari kesesatan. hehe. sesat jalan biasa la.. :D

Unknown said...

wah leh sesat? uhuhu.eh puteri nk jmp awak jugak la.mesti awak ni jenis pemalu kan? huhu

afzalsukasuki said...

tu la lenkali kalau nak ke kajang kontek2 la i.kalau xde credit..tulis surat pon boley.

selit bawah pintu

Admin said...

dok Kelantan best,
kalauboleh, memang tak nak keluar :D

Kira Sakura said...

ok mencik!!!

cepat lah pm akak gmbr korang tue kang sedih lak xdapat jeleskan akak hurmm hurmmmm

Anonymous said...

sesat benda biase. lame-lame pandai la nnt :)

نورعيم said...

sape pemalu tu kak? sy ke akak? hihi.

nk jumpaa akak lg nnti!

kay_are said...

sesat dekat tempat sendiri memang aku cuma boleh err je.. keje korang 3 orang memang menjeleskan satu same lain eh? =P

Nong Andy said...

a... baru nak minta ko jadi tour guide untuk next trip ke sana hehehehe... rupanya dia pun masih nak kena guide heheheh

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers