CORETAN TERBARU NADH

Bila blog berDOT COM

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Huh entry ni bukan nak cerita blog aku nak tukar domain ke apa. Cuma pandangan peribadi seorang manusia. Jangan kaitkan aku dengan sesiapa. Aku adalah aku. Tak sokong mana-mana pihak pun. Aku tak berdomain sendiri. Jadi tak bermakna aku nak sokong geng yang tak berdomain sendiri.

Dot Com. Macam gah je kan? Korang mesti rasa taksub tengok blog yang berdot com. Tanpa ada blogspot. Dulu aku macam tulah. Aku berangan nak tukar domain sebab terpengaruh tengok orang berdot com. Bagi aku bila ada dot com nampak macam otai. Popular.

Tapi itu dulu. Sekarang berapa ramai komuniti blogger yang berdomain sendiri. Even baru berblog sebulan dua. Sekarang tak nampak mana otainya bila berdot com. Tapi ada pemikiran lain membuat aku terfikir. Gah sangat ke orang berdomain sendiri ni?

Aku geleng. Tak pun. Dulu ya, sekarang jawapan aku sama je level. Baik blogspot, dot com tapi bawah naungan blogger atau berdot com tapi naungan WordPress. Ya ada yang kata orang yang guna WordPress lebih berilmiah penulisannya. Tatabahasa tak ada kesalahan.

Tu aku no komen. Tapi bagi aku semua blogger. Baik baru atau lama. Baik yang suka mengkritik atau yang suka bermain SEO. Semua sama dalam agama. Jadi tak ada isu yang kata bila berdomain sendiri lebih gah. Macam bangga diri. Oh bangga ke bila berdomain sendiri?

Aku tak berdomain sendiri tapi rata-rata blogger yang aku mulai rapat dan selalu membaca blognya tak bangga pun. Mereka manusia biasa. Sama macam aku. Cuma cara penulisan dan pengisian blog berbeza. Jadi kenapa nak timbul isu guna blogspot sebab merendah diri.

Merendah diri tak payah tengok pada domainlah cik adik, cik abang. Tengok pada tulisan. Tengok pada isi yang nak disampaikan. Kalau dia berdomain sendiri dan selalu cerita pasal kelebihan diri memanglah tu berlagak namanya. 

Bagi aku ada domain sendiri ke tak ada sama je. Kita semua blogger. Kau berblogspot tapi kau asyik kondem orang. Adakah kau tergolong dalam orang merendah diri? Tak kan? Jadi para blogger, tolong jangan jumudkan pemikiran anda dengan isu lapuk ni.

Jumud tahu? Sempitkan pemikiran kat satu skop je. Banyak blogwalking. Cari ilmu. Bukan cari trafik je. Kita ni sedang belajar. Belajar mengenali dunia. Dunia blog juga adalah sebahagian dari kehidupan yang mengajar. Jadi belajarlah. Sebab setiap masa kita belajar dan belajar hingga ke liang lahad. Masa tak dapat nak belajar dah.

Ps: Kadang aku rasa terlebih berilmiah pulak bila menaip sebegini.=P

6 comments:

Siti Safiyyah said...

dulu pon terfikir camtu. lepas tu timbul pulak isu blogger dotcom takmo komen kat blog blogspot. hmm setelah melaluinya sendiri, dua2 pon takde beza sangat pon. bagi ss, domain ni nampaklah macam kita serius dalam blogging. eh tak cakap yg blogspot tak serius tau! hanya pendapat ss. ^___^ kita kawan kan kan? :D

mas saari said...

entahlah...tapi mungkin ada segelintir yang beranggapan begitu kot?

nurulhidayah said...

betul tuh, yang d domain ni pun lebih kurang cm bs.visit my blog keyh.

fRaMe+LenSeS said...

dot com tu apa? cekelat ka jiran? blogspot tu apa? megi ka? lalalalalaalala~~

hisham said...

hehee... aku tertarik dengan ayat nko blog nih belajar... blogwalking untuk belajar... aku sokong tuh, blogwalking adalah cara paling murah tuk dapatkan ilmu.. tentang apa sahaja...

Fifah said...

btol.epal pn skong part yg kata berblogwlking utk blaja.mcm hisham ckp..cre plg murah nk blaja.mcm2 info kte leh dpt dr blog ni sbenanyer.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers