CORETAN TERBARU NADH

Ibu, kenapa kena puasa?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kisah ibu dan anaknya 15 tahun lepas.

Ipah: Ibu, ibu penatlah puasa ni.

Ibu: Ala baru pukul 10 pagi. Dah penat?

Ipah: Mestilah, ipah haus. Nak minum air.

Ibu: Lah, puasa mana boleh minum air sayang.

Ipah: Kalau tak puasa boleh tak ibu?

Ibu: Tak boleh. Ipahkan nak masuk syurga.

Ipah: Kena puasa dulu ke baru dapat masuk syurga?

Ibu: Aah puasa kan rukun Islam. Jadi Ipah kena buat jugak kalau nak masuk syurga.

Ipah: Tapi kenapa kena puasa ibu?

Ibu: Sebab nak rehatkan perut Ipah tu. Yalah tak henti-henti makan. Kesian perut asyik kerja je. Ipah pun mesti penatkan asyik berjalan je?

Ipah: Aah penat. Oh kesian perut Ipah. Mesti dia penat kan bu?

Ibu: Betul sayang. Lagi satu Allah nak kita kumpul pahala. Banyak pahala berpuasa ni.

Ipah: Okeylah ibu. Ipah nak kumpul pahala. Boleh masuk syurga.

Kesimpulan, kalau nak mendidik anak biarlah dari rebungnya. Kita tak perlu nak terangkan sampai kena kaji hadis untuk anak-anak. Cukuplah sekadar dia memahami kenapa perlu buat itu ini. Sebab tahap pemikiran mereka berbeza dari kita. Kalau beriya terang tapi bebudak tu tak faham kenapa kena buat itu ini susah jugak. =)

6 comments:

Unknown said...

melentur buluh biarlah dari rebungnya.ajar anak puasa sejak kecil.senang nanti bila dah besar

Hafizin Jamil said...

dah boleh jadi mak dah ipah ni..aha

K said...

dah boleh kawen ni, pastu jadi mak. keh3

p/s : mama, lalala~ :P

maszull said...

slm...betul tu melentur buluh biarlah dr rebung lagi senang bila dah besar nanti...

alhamdullilah semoga menjadi anak yg solehah yer..:)

Unknown said...

hj..ipah mmg dah lama dah leh jadi ibu

Umar Faruq said...

ehehe... betul tu.. kalau nak mengajar budak2 x same dgr mengajar orang yang dah dewasa.. nak mengajar pun perlu jugak faham tahap pemikiran org tu.. hehehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers