CORETAN TERBARU NADH

Cinta penuh dengan kejutan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya aku nak ulas cerpen Hadirnya Pelangi nukilan sendiri. Ramai komen sebab ending tak seperti yang mereka jangka. Ya, memang aku sengaja mainkan perasaan korang macam tu. Cinta tak boleh dijangka. Kadang begini kadang begitu. Selalu penuh dengan tanda tanya. Kan? Kejutan demi kejutan kita akan terima.

Begitu juga dengan kehidupan. Kita boleh jangka tapi sama ada jangkaan kita tepat atau tidak bukan kita tentukan. Jadi berwaspada. Jangan terlalu mengharap. Cinta penuh debaran. Penuh dengan penantian. Kalau cinta benar-benar ikhlas tentulah berakhir ke alam perkahwinan dengan izin Allah.

Bersahabat tak semestinya bercinta. Ingat, ada je persahabatan tak bertukar dengan cinta. Ada juga bersahabat akhirnya bercinta dan gagal. Akhirnya, kedua-dua menjauhkan diri. Putusnya cinta putus jugalah ikatan persahabatan.

Cinta sesama saudara itu perlu. Cuma cinta untuk suami atau isteri sangat lain. Jadi tanya sama hati adakah cinta sebagai sahabat bisa menjadi cinta buat suami isteri? Memang wujud pun. Cuma kelainannya di sini, cinta sebagai sahabat tak bertukar kepada cinta yang lain. Itu fakta yang korang kena terima. Hidup tak seperti yang kita harapkan kadang-kadang. Begitu juga dunia cerpen dan novel.

11 comments:

Unknown said...

jalan cerita dalam cerpen atau novel terlalu indah sangat...

Nong Andy said...

hehehe..

dlm cerpen/novel boleh tulis yg indah2.. Tapi cerpen hadirnya pelangi tu ada kisah dlm dunia nyata--> cerai/dera.

Kawin dengan Sahabat? bahaya.. nanti cinta bertukar sengketa hehe!

Shiema Sufian said...

Shiema setuju 'Hidup Tak Seperti yang kita harapkan' Cinta dalam persahabatan itu jauh lebih indah (:

Unknown said...

bff can also be teman sepanjang hayat ;)

saya cello191 said...

hidup penuh kejutan..

get ready for the worst..^^

reenapple said...

happy ending dalam cerpen/novel dengan happy ending di dunia realityy tak sama.. =)

Kira Sakura said...

kdang2 cinta tue kita x sedar ada dlm diri kita... kejutan jugak tue kan ;)

Diana @ BKKC said...

akak lom sempat lg baca.. Pepon, cinta itu istimewa..hati kita terlalu unik. Boleh jatuh sayang dan cinta pada sesiapa.. Tp bukan pada semua

NIA SI DRUMSTICK said...

mencintai xbeerti memiliki.
ahh..sedeh nye..huhu

maszull said...

assalamualaikum iffah...istimewanya cite dlm novel x akan dpt sama ngan cite di di alam realiti kalau sama mmg bestnya....:)

aamalinaazman said...

weeeee
semoga cinta kita berdua berkekalan ye kak ngah
hihihi :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers