CORETAN TERBARU NADH

Cinta tak kenal siapa?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dah pernah buat entry macam ni. Tapi aku nak kupaskan isu ni supaya menjadi lebih besar. Supaya masing-masing dapat buka mata hati dan minda. Kita jangan ingat cinta indah semata-mata. Kadang kena fikir dari perspektif lain juga.

Hati dan perasaan memang susah nak kawal. Lagi-lagi bila bersangkut paut dengan cinta. Panahan mata menggoda. Dari kerana mata yang mempunyai kuasaaa...Oh aku tergoda...aku tergoda terkecewa...Tengok lagu pun dah menjelaskan mata dan hati sangat berkait rapat. Kawal hati dengan iman. Jangan biarkan ia dikawal dengan nafsu.

Cinta memang tak kenal siapa. Tapi kita ada akal. Boleh fikir mana satu cinta dari syaitan mana satu cinta yang Allah kurniakan. Jangan salahkan mana-mana pihak bila berlakunya curang atau seangkatan dengannya. Kalau tak ada angin masakan pokok bisa bergoyang.

Sama-sama tundukkan pandangan. Sama-sama jaga mata. Sama-sama jaga hati dan sama-sama jaga iman. Aku pun nasihatkan diri juga. ^_^


11 comments:

Kira Sakura said...

insyaAllah, ingatan untuk akak jugak ;)

Unknown said...

Thanks for remind :)

Nong Andy said...

Cinta itu sungguh RUMIT.

bak kata seseorang yang ku kenali di alam maya:-

"Cinta mbuatkn ruang bilik yg gelap mjadi terang...
Cinta mampu memulihhijaukan dedaun kering yg gersang...
Cinta suci mbawa bahagia, cinta lara mebawa duka...

Kini aku diam termenung sendiri...kerana cinta mambuatkan aku jadi bodoh...dan jahat.

sangat jahat..."

* Ah.. rumitnya.Aku rasa ubatnya hanya DIA. Kembali kepadaNYa dan insyallah ia akan di permudahkan.

Unknown said...

bermain dengan mata sangat bahaya.. Hati yang akan jadi mangsa..

reenapple said...

betul3... cinta itu tersangat rumit... @_@...

*aku setuju komen Nong Andy.. =)

Cik Pulau said...

masih menunggu jodoh yang ditakdirkan Allah tu muncul...^^,

Anonymous said...

tak perlu mencari cinta. sebab cinta yang sebenar tak perlu dicari.

Unknown said...

cinta.. bilakah masanya akan tiba?

maszull said...

assalamualaikum iffah...insyaAllah nasihat yg berguna...:)

Unknown said...

tak becinta pon kena jaga pndangan...hehe

eiela said...

tak boleh ikut hati jugak bila bercinta nih.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers