CORETAN TERBARU NADH

Hati-hati wahai sahabat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Semuanya tentang maya. Bila dalam maya semua nampak macam biasa. Sebenarnya ia luar biasa. Dunia tanpa sempadan. Kita berkenalan tanpa mengenali secara realiti. Kadang dunia ni menakutkan. Serius menakutkan. Kalau salah pilih jalan kelak merana tak berkesudahan.

Blogger, Tumblr, Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Tagged, YahooMesengger, Skype dan sekufu dengannya. Semuanya tentang maya. Apapun boleh jadi gara-gara maya. Kena saman? Perkara biasa. Kena culik, rogol dan bunuh sebab jumpa pakwe dari FB? Itu dah terjadi. Kena tipu jadi keldai dadah? Melambak dah.

Tapi kenapa masih ada yang sangat percaya dengan dunia maya? Kenapa ada yang sanggup memperbodohkan diri percaya seratus peraatus tentang dunia penuh tipu muslihat ni? Semua kegiatan nak tulis dalam blog. Semua gerak geri lapor dalam FB. Konon manusia paling up to date.

"Malam ni sunyi. Saya #foreveralone kat rumah ni. Bandar _________ sungguh bosan di malam hari"

Tengok, secara tak langsung orang tahu yang kau tu tengah sorang-sorang kat rumah. Lepas tu bagitau pulak tempat spesifik. Kalau lagi bangang letak gambar rumah atau hint supaya senang si penjahat datang menemani kau di rumah. Sekarang dunia makin kejam. Don't talk to stranger! Masih ingat? Tapi berapa ramai yang masih menegur orang tak dikenali dalam dunia maya dan "tiada rahsia" antara mereka? Sama-sama renungkan!

17 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

dunia maya pun perlukan ruang privasi. as a user, kita kene la bijak m'bezakn antara hak peribadi yg buleh & xbuleh dishare di dunia maya. jgn jd hamba dunia maya! sbb dunia maya tu kan ciptaan manusia..

AY said...

diorang tu mmg tak der otak.. x boleh nak fikir sendiri even benda private pun nak bagi tahu dkt semua orang mybe minta simpati atau perhatian dari org la tu kot!

mas saari said...

guna alam maya dengan cara yang salah, camnilah! excited sangat..

Ce'gu JAERA said...

saya setuju 101%.... semua hal diri nak umumkan satu dunia dalam FB... Post gambar diri sendiri yang cantik2... nanti kena edit dan terkena baru nak terhegeh2..

fizafantagiro said...

so moralnya , kena berhati2 kan . jgn terlalu nk meluah sgt kt fb ni . kita tak tahu kalau ada org yg mmg perhatikan kita .

msredcheesecake said...

Hati2 jugak guna foursquare atau app yg serupa.... Jgn sesekali check in kat rumah sendiri...

.........cP~ said...

Salam.

Betul2. Berani pun biar bertempat. Kalau kita tegur, bolehla kata rilex r.. Tapi, kalau dah terkena?Paling takut nak beritahu kalau tengah sorang2 kat rumah. Memang menjemput penjenayah la. Ingat penjenayah tak main fb, twitter segala ke?

Zehan Ilyana said...

betul2x..dunia sekarang sangat menakutkan..
terutama dunia maya..hurm

Anonymous said...

ramai betul manusia yg bertindak terlebih guna akal :(

reenapple said...

oh... aku terfikir4... bila baca ni. betullah tu. Kadang3 kita yg menjadi penyebab kepada yg berlaku kepda mmasalah tnpa kita sedari.. heee...

menkutkan. =.=!

Nong Andy said...

mcm2 aku terbaca kat dunia maya ni FB terutamanya. pandai-pandailah kan membawa diri :)

budak penjara said...

macam2 la ngn dunia sosial skang ni

Unknown said...

makin bosan laman social ni.. nasib ada blog :)

Juliet_iRa~" said...

setuju!

kena hati2 update..jgn bgtau smua..kannn..bahayaaa..

Unknown said...

moral of the story, don't trust strangers so easily :)

Kira Sakura said...

kalau jumpa cinta alam maya pulak?

tettttt~~~ :p

Dayang Deno said...

yup! mmg sgt bahaya... we must be aware!!!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers