ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sayang dia tapi dia curang!
Aku sayang sangat dengan dia. Sampaikan dia tak ada aku tak boleh nak bernafas.
Aku sayang dia walaupun dia sayang orang lain.
Aku sayangkan dia walaupun mak ayah aku tak suka dia.
Aku sayang dia sebab dia je yang boleh beri aku kebahagiaan walaupun aku tahu dia suami orang.
Semua hanya kerana sayang. Kerana sayang hamba turutkan. Dibuang emak dan ayah hamba tidak hairan. Janji cinta hamba padanya suci. Suci ke bendanya? Tolonglah cinta biarlah berpada-pada. Jangan sebab cinta semua jadi buta. Buta nak tengok impak sayang kita kekal sampai bila.
Jangan jadi bodoh. Cinta tak kenal siapa. Tapi cinta boleh beralih arah. Jangan sebab cinta kita konon cinta sampai mati, semua kita tolak ke tepi. Semua tak penting bagi kita. Ingat, jangan kerana sayang semua jadi kelam. Aku ingatkan diri sendiri jugak.
10 comments:
cinta itu kadang2 buatkan orang itu buta... =)
*teringat nama blog kau.. heee.. =D
opah tgh bace entri ni dgn gaya kak ngah yg garang
kekekeke'
bole dok? :p
yaaa setuju! cinta boleh membuat kan hati manusia jadi buta
cinta.. bila sampai masa mungkinkah aku akan jatuh cinta lagi?
jgn sampai cinta butakan mata kita...^^
sampaikan dia tak ada aku tak boleh bernafas---> aku suka ayat ni. mcm dpt idea menulis pula hehe.
CINTA ITU BUTA? atau hati dah buta? ahahaha.. jadi kerana cinta aku serah segalanya. tapi kira ko somi org aku kebas jugak! hehehe.. itu dialog sambungan haha..
*betul. cinta boleh beralih arah!
cintakan Allah lebih baik kan? sebab DIA akan bagi kita orang yang terbaik dalam mencintaiNYA jugak kat kita (^___^)
cinta tak buta tapi manusia dibutakan oleh cinta..
btul ni cinta dia?tanya pada Allah..:)
butanya cinta, bila kita menyayangi orang lain melebihi kita menyayangi diri kita sendiri..
berpadalah dalam bercinta... x gitu? hihi
Post a Comment