CORETAN TERBARU NADH

Konsep mudah dalam kehidupan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang awak buat, insyaallah awak akan dapat balasan. Macam karma. Kita buat baik dapatlah baik. Kalau buruk, kalau tak kena kat kita mungkin kat orang sekeliling kita. Semua ni akan berpusing dan kena balik batang hidung sendiri.

Kalau kita nak jadi orang yang dihormati, kita kenalah menghormati dia dulu. Macam dalam Novel Kampung Girl. Penulis Umi Kalsom dan penerbit Karya Seni yang aku baca hari tu. Suami dia nak dia hormati, mestilah suami dia kena hormat isterinya kan?

Sebenarnya konsep ni mudah. Cuma kita ego untuk melakukan sebab kita rasa kita dah cukup hebat. Baik. Sempurna serba serbi. Pada hakikatnya, kita memerlukan orang sekeliling. Jangan harap anda diterima masyarakat kalau anda pun tak berusaha untuk menerima masyarakat itu.
Adat berkawan, adat bercinta, adat berkasih sayang. Semua menggunakan konsep yang sama. Jadi semua terletak pada hati, apa awak nak? Kalau nak baik, maka berbuatlah baik. Senang bukan? 

11 comments:

reenapple said...

what goes around comes around.. =)

Cik Asma BLuppy said...

nice.... suka ayat last tu
"kalau nak baik, maka berbuatlah baik'

Ce'gu JAERA said...

ya setuju,.... pentingnya kita saling memerlukan org sekeliling.. buang lah sifat ego dan sombong..
Bila kita senyum pada orang, orang akan senyum balik pada kita.. begitu juga bila kita buat baik pada orng..

selamat pagi cikgu Iffah

apdm said...

salam...

merendah diri dan hati lebih baik, bukan jatuh pun maruah diri..

Zehan Ilyana said...

betul betul betul..
setuju dengan kak iffah..:)

best tak novel kampung girl tu?

-eim- said...

btol tu..kalau nk org baik dgn kita,maka wt la baik dgn org lain..

maszull said...

assalamualaikum iffah ...itu yg sebaik2nya jgn sombong sesama kita dan sentiasalah berbuat baik...:)

Cik Pulau said...

kan... mudah je...

Nong Andy said...

buat baik berpada-pada.. tak salah buat baik dgn org. mungkin tak selamanya kita baik akan di balas baik.. tapi buat baik dan hormat org lain itu akan mendapat yang baik dariNya. dan andai kita dpt balasn yg x baik dari org.. itu bermakna kita sedang di uji.. sedang di cuba..

*aku rasa baru-baru ni jer aku kena uji.. hampir kalah.. tapi alhamdulilah..

aamalinaazman said...

heee
baik cikgu
pas ni x nak lawan cikgu ckp la
hehehehhee

Kira Sakura said...

ye btol... jgn harapkan org hormat kita tapi kita langsung x reti nk hormat org lain...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers