CORETAN TERBARU NADH

Bila cakap pasal posting

Bila cakap pasal posting ada yang garu kepala. Oh ya, posting yang aku maksudkan guru-guru yang dah belajar bersungguh-sungguh dan tunggu penempatan ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Ya, Cik Pulau graduan UKM setahun mengganggur sebab tunggu penempatan. Naik peninh dibuatnya. Salah siapa semua ni jadi? Sebab tu orang pening pasal posting.

Tu satu hal. Ada lagi halnya bila dah dapat posting di hantar jauh ke pedalaman. Atau ke tempat yang kita pun tak pernah sampai. Macam isteri Imam Muda Asyraf. Sarawak! Ada suami. Ada anak. Macam mana tu? Jauh kot. Apa guna kahwin kalau duduk berasingan? Semua gara-gara posting jugak.

Hal aku pulak tengah pening pasal nak isi borang posting untuk tahun depan. Mana taknya, aku kan ada simptom pesakit oku tak berapa nak oku. Jadi nak sahkan aku ni masih ada rawatan susulan kenalah ke hospital bagai. Kena marah. Bebelan demi sekeping surat. Surat tu kata aku kena pergi hospital sg. Buluh sebulan sekali.

Adakah aku bakal ditempatkan di kawasan Sg. Buluh sana? Errr aku tak suka sebenarnya. Sakit? Siapa suka? Tapi ada jugak yang melontarkan tohmahan yang aku minta surat demi takut posting jauh. Aku tak takut, cuma aku tak sedia. Tapi aku tak nafikan kalau dapat posting dekat dengan keluarga lagi aku suka. Bukan ambil kesempatan kerana sakit. Kalau aku nak, lama aku guna kabel mintak dekat. Tapi untuk apa? Bila dipostingkan, harap aku ikhlas terima apa jua yang ditetapkan. Amin!
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

maszull said...

assalamualaikum iffah.... iffah kena posting ke?

Kira Sakura said...

erm kalau bersebab mmg x salah mintak dekat dgn keluarga.. lantak la apa org nk cakap diorg bukan tau kalau kita susah pun, diorg bkn nk ambik kisah klu kita tgh merangkak tgh jalan sekalipun..pape pun akak doakan Allah atur yg terbaik dan mudah utk Iffah.. Amin

reenapple said...

semoga brjaya dapat posting yg sesuai.. hehe

#aku tk tahu apa nak komen.. kekekeke

Unknown said...

iffah kene posting kat sg buloh ke??
dekat lah dengan kite..kite kt damansara jew..
xpelah iffah pasai kj kenelah pg..
iffah kene think positif je ..tempat baru,pengalaman baru kan.. :)
http://ceriazaitul.blogspot.com/2012/05/membebel-rebel.html

Unknown said...

redha je lah kalau dapat posting tmpt jauh

CikUna said...

hurm.. nak komeng ape eh ??
Apa pun yang terjadi, Iffah kene berfikiran positif ye.. Think Positive in whatever circumstances ye babe.. Good Luck !!

Cik_Shiqah said...

takpe2. moga kak iffah dpt posting kat tmpt yang ssuai.. InsyaAllah, amin.. pepun positif2 slalu :)

Nong Andy said...

aku harap kau dapat tempat yang dekat dgn famili :)

tapi kalau dapat jauh pun kenalah redha :)

Dayang Deno said...

deno harap ifa dapat tempat yang okey, tak jauh... insyaalla...amin:)

Cik Pulau said...

yu.. cakap pasal posting kan.... ai frust sangattt.. huhuhu

aamalinaazman said...

seeemogaaa
cikgu iffah ditempatkan di tempat yg best gillleeeee
hihihihi :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers