ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Jiwaku merana. Batinku terseksa.
Ingin aku melepaskan kau pergi tapi aku tak sanggup. Kembalilah padaku wahai
sang pencinta. Aku merayu…pulanglah…pulanglah…” Tangisan hiba meruntun rasa.
Jiwaku berkecamuk mendengar kata-kata rayuan madah pujangga. Aku turut terkesan
dengan kata-katanya. Sungguh mendalam emosi yang dia ingin sampaikan.
“Kau pergi! Aku tak ingin denganmu.
Aku sudah punya pengganti. Kau pergi! Pergi!” Jawab yang lain pula. Aku sebak
tiba-tiba. Mata terasa bahang. Ingin saja air mata mengalir. Namun, aku
tersentak di saat bahuku disentuh lembut. Aku lekas berpaling. Suamiku rupanya.
“Amboi, layan cerita macam apa je.
Langsung tak ingat saya ni?” Fakri, suami yang baru aku nikahi 3 bulan yang
lalu. Aku menghadiahkan senyuman manis buatnya.
“Oh awak bila balik? Saya tengah
layan feeling cerita ni. Awak ni ganggu jelah,” Aku ketawa. Sekadar gurauan
cuma. Dia tersenyum nipis.
“Masak apa malam ni?” Aku hanya
mampu menepuk dahi. Mana tidaknya, belum memasak apa-apa. Jam menunjukkan 8.30
malam. Hanya sedikit lagi cerita romantik akan tamat siarannya.
“Sorry wak. Awak mandi, solat dulu.
Baru saya masak. Saya nak habiskan tengok dulu,” Aku cuba memujuknya. Mana tahu
dia bertolak ansur dengan minatku yang satu ini.
“Okey, tapi jangan lupa solat
pulak,” Dia mengingatkan aku dan berlalu pergi. Aku tetap meneruskan acara
menonton cerita yang penuh dengan emosi. Lama aku di situ. Sedar tak sedar masa
berlalu. Tepat pukul 9.25 malam barulah aku ke dapur. Suamiku masih di atas.
Entah apa yang dia buat di biliknya itu. Aku terus memecahkan telur dan
menggorengnya. Malas pula keluarkan bahan basah yang masih beku. Lambat!
Xxxxx
Sebulan kemudian aku terasa
perubahan suamiku Fakri. Hampir tiap malam suamiku pulang lewat. Bila aku tanya
adakah dia sudah makan. Dia kata sudah dengan kawan tadi. Mula-mula aku tak
syak langsung. Tapi lama-lama makin kerap pula. Malam ini begitu juga. Aku
masih termangu di situ menanti kepulangannya.
Bunyi kereta masuk ke garaj. Aku
segera menanti di depan pintu. Lagaknya sangat mencurigakan. Tersenyum yang
pastinya. Aku mula merasakan ada yang tak baik berlaku. Mungkin baik bagi Fakri
namun tidak pada aku. Aku meluru ke arahnya.
“Awak!” Fakri terkejut dengan
teguranku.
“Awak ke mana lagi ni? Malam baru
balik?” Aku menyoalnya tanpa membenarkan dia masuk ke rumah. Hati mula tak
senang.
“Saya kerja wak. Lagipun memang
selalu saya balik lewat macam ni kan?” Fakri menyoalku balik. Aku terdiam.
“Itu lain. Awak senyum tadi kenapa?
Awak cakap betul-betul dengan saya wak,” Suaraku mula berlainan. Sebak di dada
tak mampu aku halangi.
“Eh apa awak merepek ni. Nak nangis
pulak. Dah saya nak masuk. Letih awak tahu?” Fakri hanya berlalu meninggalkan
aku. Sedikitpun dia tak terkesan dengan wajahku yang sudah berubah murung. Aku
menangis hiba.
“Benarlah dia ada kekasih hati
lain,” Sendu aku sendiri di situ. Isteri mana yang mampu menanggung kekecewaan
saat suaminya punya cinta lain. Aku juga begitu. Baru 4 bulan. 4 bulan. Aku tak
sedia untuk menjadi janda. Aku tak sanggup dimadukan. Aku buntu.
Xxxxx
Sejak semalam aku tak dapat
melelapkan mata. Fikiran menerawang. Mataku memandang tubuh suamiku di sebelah.
Nyenyak benar dia tidur. Seolah tiada apa yang berlaku antara kami. Aku
menangis lagi. Makin lama makin kuat tangisanku. Sungguh aku tak sanggup
kehilangan dia. Aku sayangkan suamiku. Aku sayangkan perhubungan yang telah
kami bina atas dasar cinta. Aku tak mahu kehilangan semuanya. Akhirnya, aku
tertidur dalam kesedihan. Kecewa menyelubungiku.
Esok pagi aku terjaga awal. Namun,
hampa juga aku rasakan. Suamiku telahpun keluar rumah. Awal benar! Nampak
sangat dia mahu mengelak dari aku. Aku kecewa lagi. kepala pening memikirkan
masalah kami. Perang dingin mula terjadi. Tiba-tiba mataku tertancap pada
kepinga kertas kecil.
“Nota mungkin,” Aku berusaha
mencapai nota itu. Pantas ku baca nota itu. Suamiku punya tulisan. Senyumanku
terukir.
“Saya pergi kerja dulu. Jangan
nangis tengah malam lagi, seriau saya dengar,” Aku mengetap bibir. Kalau dia
dengar, bukan dia nak pujuk. Hatiku hampa lagi.
Xxxxx
Saya ada hal nak bincang. Balik
awal. – Mardini.
Mesej dihantar. Aku tekad. Aku tak
mahu lagi sedih sendiri. Baiklah kami duduk berbincang. Daripada perang dingin
tak berkesudahan. Sudahnya, sama-sama memendam rasa. Aku buntu memikirkan apa
salahku sehingga suamiku bersikap aneh. Kalau benar dia ada wanita lain di
hatinya, aku rela lepaskan Fakri pergi.
Aku bingkas bangun dari sofa. Makanan malam disiapkan awal. Usaha memujuk yang pertama. Aku ingat lagi kata ibuku.
“Kalau nak ikat suami, ikat perutnya
dulu,” Aku tersenyum mengenangkan ibu. Harapnya berkesan cara ini.
Lama aku menanti. Malam sudahpun
berlabuh. Rembulan jelas kelihatan di atas sana. Namun, deruman kereta suamiku
masih belum kedengaran.
“Lambatnya. Dia ni sengaja ke apa?”
Aku merungut sendiri.
Xxxxx
“Assalamualaikum…” Suara dari luar
mengejutkan aku. Aku terlihat seorang gadis. Muda!
“Ya, waalaikumsalam. Cari siapa ye?”
Terjengul wajahku di muka pintu setelah memastikan tiada yang bukan mahram di
luar.
“Macam ni kak, saya officemate suami
akak. Abang Fakri,” Aku mula syak sesuatu. Aku pun tak panggil suamiku abang.
Hati mula membara.
“Ya, kenapa? Awak nak kata awak ni kekasih gelap suami sayalah? ” Aku bersuara tegas.
Hati sudah ingin mencekik-cekik gadis di depanku. Dendam menyala-nyala. Geram!
“Bukan kak. Kami tak ada apa-apa hubungan. Saya nak beritahu yang suami akak accident depan office
tadi. Masa dia nak reverse kereta. Sekarang dia kat wad kecemasan lagi. Saya cuba cari
nombor untuk dihubungi tapi handset…” Gadis itu tak habis menerangkan. Aku
rebah. Aku tak daya berdiri. ‘Adakah ini ujian yang harus aku terima?’
“Akak, jom pergi hospital sekarang
ye?” Aku hanya menggangguk lemah. Dalam pada itu hati tak putus-putus mendoakan
keselamatan dan kesihatan suamiku sendiri. Serentak itulah air mata berguguran. Penyesalan penuh di dadaku.
Xxxxx
Di pusara itu aku bersimpuh. Di
pusara itu aku menangis. Rindu tak tertanggung aku curahkan di tepi batu nisan tegak
berdiri. Aku lemah saat kematian menjemputnya kembali. Selama ini aku hanya
mampu menyuruh orang bersabar atas kematian yang mereka sayangi. Namun, tiba
giliran aku. Aku pula tak kuat menghadapi. Cinta aku takkan pernah terhenti
buat insan ini.
“Dini, sudahlah tu. Kita balik
jom,” Aku memandangnya lemah. Saat itu air mata jatuh lagi.
“Hei, kenapa ni. Tak elok nangis
depan kubur macam ni. Kesian arwah,” Dia lembut menenangkan aku. Aku tahu dia
turut bersedih.
“Abang, saya salah. Tak jaga dia
betul-betul,” Aku teresak-esak. Anakku yang telah lima bulan aku kandung ke
hulu dan hilir akhirnya kembali ke rahmatullah. Fakri memimpin aku ke kereta.
Sendu tak berhenti. Aku cemburu dengan suamiku. Dia kuat namun aku lemah. Anak
kami telah tiada. Dia masih lagi bisa bertahan biarpun aku tahu hujan di
hatinya maha lebat.
“Sayang…anak tu memang ditakdirkan
pergi sebelum kita. Mungkin, Allah nak bagi peluang kat kita untuk honeymoon
lagi,” Dia bercanda. Aku menyinggung lengannya perlahan. Air mata terhenti. Aku
berpaling semula.
“Anak mama tenanglah di sana. Nanti
mama dengan papa temankan lagi ye,” Aku terasa bahuku dirangkul kemas. Air mata
suami jatuh tanpa di tahan. Giliran aku menyeka air matanya. Fakri tersenyum
nipis. Aku tahu semua yang berlaku ada hikmahnya. Fakri ada aku dan aku ada
dia. Satu masa saat diizin Allah pasti kami akan punya cahaya mata lagi.
Insyaallah. Aku senyum buat kesekian kalinya walau dalam sendu.
Tamat~~~
Nota Iffah: Cuba menggunakan perspektif sudut pandangan pertama. Penggunaan kata aku. Mungkin aku belum layak nak menulis. Semalam ada mamat sengal kondem aku punya karya. Ada aku kisah? Kebetulan nama dia ada dalam cerpen tu. =P Yang ni ada yang nak mengaku nama dia pulak ke? Haha.
8 comments:
nama saya fakhri.ehh, tetiber nak kondemkan. jalan citer dah best, tapi tetiber accident.ala2 nak yang part pujuk2 tu lama skit.hikhik
auwww auwww auwww.. anak y meninggal. igtkan papanye. ehhe
Iffah.. kau telah permainkan perasaanku! Cis!!
mati-mati aku ingat yang mati tu laki dia....
ah.. aku tahu, dia kuat jeles pasal bawaan budak.
*bior dia kodem.. makin dia kodem makin kuat semangat nak tulis lagi baik.. dan baik.. dan lebih baik. berterima kasih je dgn org mcm tu :)
suprise lorh. ingtkan husband dia yg meninggal tadi. hehe best. :)
dah lama juga tak blogwalking. apatah lagi untuk update blog. nmpknya blog ni semakin dipenuhi dengan cerpen. I perlukan banyak masa untuk membaca.
ohooo.. aku tertipu endingnya.. hehehe. Macam biasa sweet.. yg watak perempuan tu, cemburu buta.. hehehe, Papepom. best.. =)
Alaa~ Tak nak cite ke kenapa laki dia tu salu balik malam and malam tu dok senyum2 ? Ini bukan kondem. Heehe :P
rasa nak jerit kuat2 kt telinga iffah klu papanya yg meninggal... hukhukhuk... xpe la nanti usaha lagi ye mardini fakri... hihihihi
Post a Comment