CORETAN TERBARU NADH

Lelaki! Tolong jangan terlalu baik!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa ni? Baik salah. Jahat salah. Mulut manis salah. Mulut busuk macam longkang salah. Apapun tak boleh. Semua serba salah. Sabar dulu kaum Adam jangan mengamuk tak tentu. Baca bagi habis boleh ke tidak? Aku sebenarnya lama dah nak mengarang pasal ni. Tak ada kesempatan je.

Tolonglah wahai lelaki. Tolong jangan. Jangan! Jangan terlalu baik. Jangan anggap kami yang perempuan ni macam kamu-kamu di luar sana tu. Kami punya hati. Sebahagian besar dari kami memiliki hati lembut. Atau bahasa pasarnya hati tisu. Mudah tercarik, mudah hancur.

Sikap kamu yang terlalu baik kadangkala boleh buat kami-kami salah sangka. Kamu ambil berat melampau sangat pun kami susah. Susah jaga hati ni. Takut cair. Memang! Memang kamu tak berniat. Tapi kami pun tak daya nak jaga hati kami dari tersuka kat kamu.

Sudahnya kami menaruh harapan.

"Saya suka awak. Tak pernah ada lelaki yang layan saya macam ni punya baik. Awak caring sangat. Saya tak boleh control diri saya untuk jatuh cinta dengan awak!" Si gadis meluahkan rasa. Si teruna garu kepala tak tahu nak jawab apa kan? Maklumlah dah terlanjur orang suka dia. Padahal dia tak pernah pun suka perempuan tu. Anggap macam kawan biasa. Anggap macam abang je.

Sudahlah. Jangan layan kami kaum wanita dengan baik. Cukup seadanya. Kalau kamu takut dengan situasi di atas. Baik jauhkan diri. Kami tahu niat kamu baik. Tapi jangan sebab niat kamu yang baik akan membuatkan kami terluka di kemudian harinya. Ingat, wanita mudah jatuh cinta kalau kena dengan gayanya wahai lelaki-lelaki di luar sana. Awas!

"

17 comments:

fRaMe+LenSeS said...

betoi juga la tu. soal ati perasaan ni kan. huu

tapi kekadang tu bila dah selesa dia layan baik. sbb dia nak orang tu dapat layanan y baik sebagai orang penting juga dalam hidupnya.

mungkin x sbg kekasih, buah ati, tapi sebagai sahabat, tak salah kan letakkan kedudukan y baik untuk sahabat dia y sorang lagi. layan bebaik

Rozuan Ismail said...

kau jatuh cinta ngan sape plak ni?

Rara Nasiha said...

lelaki kadang-kadang rasa biasa je, tapi perempuan kan, kadang-kadang emosi lebih. :)

Gen2Merah said...

Waahhh. best nya jadi lelaki.. Layan baik2, ayat mengayat2 sikit dah boleh dapat... hehehe..

gadis2 luar sana, teguh kan hati mu, kuatkan semangat mu.. jangan mudah cair dengan kata2.. control2 diri tau... anggap biasa2 jew.. hehehe (",)...

xila riston said...

ahh hati prmpuan mudah tesentuh kan...kita jaga elok2 sama2 ye...hee

kiwi_sengal said...

Apa ni? Baik salah. Jahat salah. Mulut manis salah. Mulut busuk macam longkang salah. Apapun tak boleh. Semua serba salah..huhuhuhu seka sangat ayat tu,heeeeee :d

Kira Kekuri said...

thats why people always said a woman's heart is fragile. senang sgt jatuh cinta bla ada laki lyn dgn baik.
@kena kuatkn smngt ni bla berdpan org mcm ni. huhuu

Jeneral Ghaz said...

Mulut manis bahaye, . . . . Orang yg dengar boleh sakit hati di kemudian hari, umpama kene kencing manis, . . .

Mulut longkang pun bahaye, . .
Org yg dengar boleh dijangkiti kuman2 serta bakteria2 berbahaya, drpd longkang di mulut tu, . . . . . .
Hehehe, . .
Pendapat je, . .

Faizul Osman said...

terkedu sy... nak berkata2 dgn pempuan ni kenalah berhati2...takut terlanjur...

kiera'sakura said...

semoga kita tak tergolong dengan mereka yg menjadi mangsa permainan hati Amin :)

Nong Andy said...

aku fikir lelaki yg baik-baik (nampak sgt caringnya) biasanya ada maksud tertentu. aku kira ia mungkin bahasa badannya utk isihatinya. ah.. mungkin aku silap.. mungkin bukan mcm tu...

jan mainkan hati dan perasaan kami kaum wanita. sekali kami suka mungkin ia bertukar luka..

*aku suka sgt n3 ni iffah :D

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

benarkah hati perempuan begitu lembut?

Woofer Storm said...

kuatkan hati,pekakkan telinga.kalau rasa tak suka,tak yah layan lelaki mcm tu..rasa menyampah,buat2 bodoh je..

#janji awk bahgia..tc

reenapple said...

Aaaaa... aku suka ini. Betul3.. lelaki jangan terlampau baik nanti perempuan akan slaah sangka... =(

cik ika said...

kaum perempuan ni memang mudah jatuh hati bile lelaki caring sesangat

sissyira said...

salam

biasanya mmg sifat perempuan mudah jatuh cinta kepada lelaki y baik padanya ;)

deno said...

bila lelaki terlalu baik, kdg2 ada juga perempuan yg suka ambil kesempatan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers