CORETAN TERBARU NADH

Tegur sikit dah sentap

Aku tak faham kenapa masih wujud orang begini? Asal tegur sikit nak sentap. Kadang rasa kawalan emosi dia tak berapa okey agaknya. Tu asyik-asyik sentap je tu. Kalau sentap lepas tu terima nasihat kita tak apalah jigak. Ini tak terus masam muka dan sebagainya.

Belajar terima teguran. Tolong! Jangan terlalu selesa dengan anda punya emosi. Ingat anda je beremosi. Kami ni tak? Tak kan. Jadi jangan ingat yang ada perasaan cuma anda. Kami pun manusia. Ada jugak masa kami akan sentap tapi cuba memperbaiki mana yang salah. Ni kalau asyik sentap, siapa sudi nak kawan?

Anda hiduplah dengan dunia anda. Tiada kata-kata menyakitkan telinga, tiada sindiran pedas, tiada teguran berguna, tiada orang pedulipun. Sebab kalau peduli anda bukan nak terima kan? Anda makin sentap adalah. Rasa diri terlalu bagus untuk terima teguran? Sila duduk bawah tempurung sorang-sorang. Jangan bergaul jangan bercakap. Diam je sampai tiba ajal menjemput. Kalau matipun orang tak sedar!

Adakah itu kehidupan yang anda cari? Cakap mestilah melalui fakta. Jangan sebab anda sentap, semua fakta diputar belitkan. Semua fakta jadi auta. Semua orang kata tak betul. Anda jelah yang betul. Tolong jangan jumudkan fikiran anda dengan emosi tak stabil tu. Serius, sila main jauh-jauh kalau asyik nak sentap je. Kadang kebenaran memang pahit diterima tapi itulah hakikatnya bukan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

Skylar said...

Terima je la dia seadanya. Kena ingat, Tuhan jadikan setiap manusia berbeza2. So susah nak cari orang yang sama, yang suka benda yang kita suka, yang terima apa yang kita terima. Tak gitu? Sebab tu Tuhan jadikan emosi pada setiap manusia. Hehe.

reenapple said...

Ah... aku macam baca tentang aku suatu ketika dulu.. hehhe.

Manusia, ada bermacam3 ragam. Ada yg dapat terima teguran kita, ada yg tidak. Itu suatu fakta.. =)

Anonymous said...

Cik iFFAH PUn JANgan SUKa SENTap-SENTap MAcam DALam ENTRI Ni YE :p

kiera'sakura said...

auchhh rasa mcm tlinga goyang2 dengar Iffah marah.. hihihi

erm sentap.. kalau sekali dua sentap myb ada org yg nk layan nk pujuk. tp klu sentap tue dh jadi sebahagian dari diri dia sape yg x penat melayan kan.. based on situation lah dia sentap tue kenapa, klu sbb menda kecik pun nk sentap hurm myb dia kena muhasabah diri dulu... *pandangan akak jela* :)

msredcheesecake said...

sensitip sgt dia ni.... belajar terima teguran dgn baik memang susah tapi buleh belajar.... rugi kalau takde sape sudi tegur kita...

sea_lavender said...

sabar2 cik iffah ;)
hehe bese la sume org tak sma kan..
xpe la tegur scra berhemah lagi pada org tu, ajar die berlapang dada... kdg2 kte kena tunjukkan pd mereka, moga Allah m'lapangkan dada org itu agar sentiasa berlapang dada dlm menerima teguran.. Insya-Allah..

eyqa amin said...

be positive dalam apa jua keadaan. try harder.

Nong Andy said...

er...... memang kita sukar nak kawal emosi. Tapi jgn smpai emosi yg kawal kita.. kan?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers