CORETAN TERBARU NADH

Entry berangkai atau bersambung

Biasa dengar? Kalau tak tahu biar aku terangkan. Entri tu semua dah tahu kan? Entri berangkai ni entry yang punya tajuk atau kupasan isu lebih kurang sama tapi dibuat oleh orang yang berlainan melalui penulisan mereka tersendiri.

Contoh aku buat entri pasal kasih sayang. Kak Ipar buat menerusi pemahaman dia. Lepas tu, Sunah buat selitkan sedikit pengalaman sendiri. Lepas tu jiran aku buat ditambah dengan hadis dan sebagainya. Isu tetap sama. Cuma gaya penyampaian, pendapat, fahaman, penerangan dan olahan je berlainan. Salah ke buat entri ni? Bagi aku tak. Ini macam pecambahan idea disamping kita dapat lihat dari sudut berbeza. Tak semestinya kita punya penulisan orang boleh terima. Lagi banyak versi lagi mudah kita faham isu yang dikupaskan.

Kelebihan lain? Tak semua baca blog aku. Jadi bila orang lain buat entry yang sama dan ditulis di blog dia. Pembacanya pula akan baca. Pembaca setiap blog juga berlainan. Jadi makin tersebar apa yang kita nak sampaikan. Jangan kedekut idea. Kita jana idea, orang olah idea kita menjadi lebih segar. Bukan isu ciplak ke apa. Sebab dua-dua punyai kupasan sendiri melalui pengalaman dan olahan sendiri.

Marilah sama-sama buat entri berangkai. Banyak faedah. Seronok pun seronok. Ilmu pun bertambah. Ye tak? Korang setuju ke tak dengan apa yang aku sampaikan ni? 
Published with Blogger-droid v1.7.4

6 comments:

Gen2Merah said...

tu sebab saya suka baca2 entri cikgu Iffah.. banyak idea2 baru saya boleh kupaskan mengikut olahan dan janaan jalan cerita saya tersendiri..

Semoga berkat ilmu yang cikgu sampaikan dan kongsikan bersama akan mendapat kerahmatan daripada Allah SWT. Amin

eyqa amin said...

baca netri yang berangkai macam tue akan membuatkan me lebih xcaited nak taw apa seterusnya isu yang akan dibincangkan. macam cerpen2 cik Iffah laa....dari dulu sebenarnya me dah stalker hasil2 karya kamo0 ^^y

teruskan usaha dalam percambahan ilmu :)

Nyamuk Terbang said...

ha'a kalau entry berangakai nie buat org tertnggu entry yg akn dtg

dari sisi hidupku said...

betul tu,saya setuju.kadang2 bila kita baca blog orang,tetiba idea datang.sometimes the idea was just same,but how we elaborate and write about that issue was important.

reenapple said...

entry berangkai memaparkan pandangan blogger yg berbeza, ini yakni dapat menambah ilmu pengetahuan di samping bertukar-tukar pendapat...kekeke.

rasa macam menulis karangan pulak.. hohoho.

#tetiba aku teringat cerpen bersambung.. kekeke.

kiera'sakura said...

setuju setuju... lagi pun nie kan mcm usrah walaupun perbezaan kilometer kite tersangat lah jauh... satu yg Allah janji kan bila kita berkongsi Ilmu, Ilmu tue pasti bertambah!! :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers