CORETAN TERBARU NADH

Lelaki kebanyakannya pentingkan diri

Apabila dah kahwin akan nampak sikap itu. Kata seorang wanita bekerjaya. Dia merupakan doktor psikatri. Ramai pesakitnya terdiri daripada perempuan yang sudahpun berkahwin.

Kes 1: Suami ada perempuan lain baru 6 bulan merka berkahwin.

Ada juga wanita bekerjaya dan umurnya lebih separuh abad. Beliau meluahkan rasa geram terhadap kawannya.

Kes 2: Suami yang kahwin lain dengan anak dara seusia anak kandung sendiri.

Kes yang ni mengikut pengalaman seseorang yang tak boleh didedahkan identitinya.

Kes 3: Suami tak kacak, kaya tapi kahwin lain semasa isteri sedang berpantang.

Kes ini perkara biasa. Asyik perempuan kena mengalah dengan alasan patuh kepada suami.

Kes 4: Si isteri terpaksa mengabaikan hobi dan minat seperti shopping demi keluarga tetapi lelaki tak sanggup meninggalkan minat menonton perlawanan bola hingga mengabaikan isteri dan anak-anak. (contoh)

Akhir sekali, suami sentiasa mencari salah isteri supaya dia dapat kahwin lain. Isteri tak pandai jaga. Isteri sibuk bekerja. Dll.

Kes 5: Suami cari perempuan lain kerana tuntutan kasih sayang yang konon tak cukup.

Aku bukan nak berat sebelah. Tapi rata-rata kes yang aku baca. Aku teliti. Aku dengar. Majoritinya lelaki adalah punca. Sebab? Mereka pentingkan diri. Mereka fikir hati dan perasaan sendiri semata. Janji dia mengikut sunnah Nabi. Kahwin lebih 1 pun tak apa. Janji dia tak buat maksiat sebab tu dia kahwin. Janji mereka puas dengan kehidupan mereka tanpa memikirkan orang lain. Anak-anak sudahnya campak kat isteri. Dia tak balik rumah isteri tua pun tak apa. Janji dia bahagia dengan yang muda.

Tapi aku nak tekankan di sini. Bukan semua lelaki. Kebanyakan! Makin ramai lelaki yang bersikap sebegini. Kalau macam ni terus, makin ramai perempuan takut nak kahwin. Termasuklah aku. Masa belum kahwin bukan main mengalah. Lepas kahwin? Walau benda remeh sekalipun seperti tukar lampin anak, mereka (tak semua) akan lepas tangan. Percayalah, jadi berhati-hati msmilih pasangan. Jangan terlalu terdesak mengejar title isteri. Sebab kehidupan lepas kahwin tak semudah yang kita bayangkan jika dapat lelaki sebegini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

14 comments:

Nyamuk Terbang said...

mrh laki kt luar sna kalau bca nie
tpi mmg la laki nie kdg2 ego

reenapple said...

yeah.. majorit lelaki sebegitu. I can see that... heee.. sebab tu aku jarang nak percaya lelaki.. hahaha.

Eera Shera said...

betul. pilih yg terbaik. bkn main sauk je. hidup ni x seindah mcm dlm novel

Ce'gu JAERA said...

betul juga kan.. tu sebab wanita itu di pandang mulia oleh Islam.. betapa Islam menitikberatkan perlunya kaum Adam untuk sentiasa menghargai dan melindungi kaum wanita..

Buat para wanita----->

tabahkan hati mu.. Wanita yang soleh dan taat kepada suami walau apa sahaja dugaan yang menimpa, Insya Allah akan dijanjikan kebahagiaan yang tiada tandingannya di akhirat kelak.. Teruskan dengan kewajipan mu...

Kira Kekuri said...

if jumpa yg x pentingkn dri kan best. kan :D

Faaein Talip Roy said...

kahwin.. tak semudah seperti abc..

lelaki ( tak semualah) memang sentiasa nak cari alasan untuk kahwin lain. Hati-hatilah..

Mohonlah dijauhkan lelaki seperti itu..

Unknown said...

hmm sbb laki sikit, tu yg nmpk mcm tu kot.. huhu

tamlegend said...

hehe...setuju.sy juga laki.adakah sy tergolong dlm mereka pentingkn diri? wallahualam...moga Allah jadikan sy ini suami yg baik insyaAllah

Anonymous said...

lelaki perempuan sama saja, tak usahlah mengata masing2 dihasut oleh syaitan yang sama.

maszull said...

assalamualaikum iffah...ada yg macam tu ada yg tidak....tidak semua lelaki diketegorikan mcm tu tapi kebanyakkannya la...:)

نورعيم said...

mungkin ade situasi mcm ni. tp bkn semua lelaki yg mcm ni. ade yg jenis bertanggungjawab dan ade yg jenis macam ni.

paling tak blh terima dek akal suami cari perempuan lain bila isteri tgh berpantang. mcm takde akal je si suami tu. huhu.

Kira Sakura said...

betul tue bukan semua.. tp sebab segelintir nie la yg rosakkan susu sebelanga..

kalau btol diorang ikut sunah Nabi. cuba tanya btol ke diorang ikut sunah Nabi? nabi setia pada Khadijah walau Khadijah lebih tua dari dia. Nabi x kawen lain masa dengan Khadijah. Nabi ringan tulang tlong isteri2 dia walau dia seorang pemimpin, pendidik, dia x culas tanggungjawab mendidik dan jaga anak2 cucu dia sendiri. Nabi sanggup suruh para sahabat jalan kat depan semata dia nak jalan dan bermesra dengan Aisyah... tanya pada diorang yang nk berpoligami ikut sunah Nabi yang satu tue, ada tak diorang amalkan sunah Nabi yg laen?

Nong Andy said...

ah... isu ini panaz..

*Kalau aku lelaki hehehe...

Anonymous said...

MOga BERtemu LELAki iMPian.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers