CORETAN TERBARU NADH

Jual mahal

Assalamualaikum.
Jual mahal memang sinonim dengan perempuan. Serius punya ramai perempuan suka jual mahal temasuklah aku. Orang kata orang sarawak dengan sabah lagi mesra. Kalau orang semenanjung ni muka masam je. Kena kacau sikit melenting. Tu orang kata. Aku tak tahulah. Lain tempat lain caranya kan?

Tapi ada baiknya jual mahal ni. Takkan nak nampak kita senang masuk perangkap. Contoh si kasanova nak ayat awek, tapi awek tu jual mahal. Lagilah si kasanova tercabar kan? Tapi betapa mahalnya maruah awek tu? Kita yang perempuan jangan nampak sangat murahnya. Nak ke digelar perempuan murahan? Tak kan?

Jadi jual mahal bila perlu. Jangan melampau sampai tak kahwin-kahwin sampai tua. Cerita pasal jual mahal, member aku ada kenal seorang lelaki kat YM. Lama dah. 4 tahun lepas. Masa tu kami muda remaja lagi. Jual mahal punya pasal. Dua tiga pakwe jugak dia jumpa tapi tak kekal. Tup-tup tahun lepas mereka rapat akhirnya nak bertunang pun.

"Dulu masa hingusan, kau jual mahal kat dia. Sikitpun tak nak layan. Sekarang dialah yang kau sayang kan?" Aku kata kat dia.

Tapi itulah takdir. Jual mahal sekalipun takkan memudaratkan kita. Sebab bila dah tertulis jodoh kita dan dia. Tetap akan bersatu juga kita. Jangan risau. Jangan takut dicop perempuan jual mahal. Sebab setiap orang Allah dah janjikan jodohnya. Kalau bukan di dunia, di akhirat sana pasti ada. ;-)

Nota Iffah: Kalau korang tak join peraduan cerpen tu tak nak kawan! Agak gedik kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

Fasihah Supian said...

aishhhhh xnak kawan ke??

reenapple said...

betul3.. setuju. kadang3 jual mahal tu perlu tapi kena pandai apply la.. heheh. =)

Unknown said...

jual mahal la bagus, jgn nak murah sgt zaman skang ni

Sis AI said...

Stuju sgt. Bru kenal shari, dah boleh bg no fon. Ini contoh la, random people. Yg pasti, brlaku. Entah la, mcm snang sgt. Lgpun brdsarkn pngalaman sy, laki ni lg sronok n mnghrgai bila prempuan jual mahal kat dia. Dia akn rsa.. Ala2 mcm Boys Over Flowers gitu. Kena tendang tumbuk smua bru mcm 'tersedar' dripada dunia keegoan diorg, muahahaha!~

Nong Andy said...

jodoh tu tuhan dah tentukan. kalau tak di dunia ni mungkin di akhirat kelak.. yes! well said..

*tak ikut peraduan taknak kawan? he... jadi makna kau pun ikutlah kan? :D

Dayang Deno said...

hehe.. kdg2 jual mahal penting jugak!

p/s : deno buat vector tak mahal.. hehe

Kira Sakura said...

biarlah di cop perempuan jual mahal dari perempuan murahan.. huhuhuhu

Afasz said...

jual mahal tu perlu , yeah sokong u :D

follow n singgah sini
dr
afasz.blogspot.com

Cik Pulau said...

ai pun jual mahal jugak..
tapi sekarang.. dalam dilema nak buat keputusan.. errrr..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers