CORETAN TERBARU NADH

Cara aku berkawan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cara berkawan masing-masing berbeza. Tak aku nafikan. Ada segelintir yang tak suka kawan dengan aku. Ya, ada. Takkan dalam banyak-banyak manusia semua suka kawan dengan seseorang kan? Mesti ada juga yang ganjil di situ. Begitulah lumrah.

Aku suka berkawan. Lagi banyak lagi bagus. Tapi aku suka nasihat kalau ada yang tak kena. Tegur kalau ada yang salah. Tegas bila perlu. Terasa selalu simpan je. Malas nak heboh. Yang penting, aku kawan dia. Aku kena terima baik buruknya. Itu prinsip aku. Tapi bukanlah kalau dia melucah 24 jam aku tak nak tegur. Terima je kelemahan dia.

Apa guna aku sebagai kawan? Kawan umpama cermin. Kalau kau buat salah. Kau akan nampak melalui cermin. Begitu jugak kawan. Kawan akan beritahu apa yang tak kena. Apa yang salah. Takkan sebab tu nak melenting? Tak nak terima teguran tak apa. Kawan dah jalankan tanggungjawab dia. Yang selebihnya dialah tentukan.

Konsep menerima seadanya bukanlah tiket untuk kita terima je kelemahan orang tu tanpa inisiatif nak bantu. Kalau kawan tak ada fungsi. Baik tak payah ada kawan. Duduk terperap dalam bilik. Manusia memerlukan perubahan. Perubahan pula haruslah semakin baik. Pemangkin perubahan itulah kawan. Kalau kawan tak tegur, lepas tu dia tak nak kawan kau lagi. Apa kau rasa? Mujur kawan ni ambil berat kan? Renungkan dan selamat berhujung minggu.

Nota Iffah: Thanks sahabat yang sudi temankan aku dari tengahari sampailah tengah malam. Siap hantar lagi. Macam princess dah kan? Sayang semua ketat-ketat. Inilah namanya sahabat.

10 comments:

Kira Kekuri said...

kalau kwan x tegur, siapa lg nak tgur kan? x ble terima teguran, baik x paya b'kawan.
-sangat best klau ada kwan yg ambik berat, tapi klo di persiakan, mmg sia2. hehe. berkwan mmg best. lagi2 yg 1 kepala. :DD

Nong Andy said...

Iffah.. aku tau ko ni memang 'pedas' sikit tapi yg pentingnya jujur dan iklas :)

*aku? ntah.. aku tak pernah nak analisa cara aku berkawan :) mungkin siapa yang berkawan dgn aku saja yg boleh bagi gambaran ttg cara aku berkawan :)

Eera Shera said...

untung kalo ade kwn yg sanggup menegur ape yg slh

najwa nano said...

for me,kawan yang baik itu ialah kawan yang sentiasa menegur.

reenapple said...

ah..lepas baca ini, aku rasa aku seorang kawan yang teruk.. entah.. aku seorang yang teruk.. =(

kiera'sakura said...

klu dh salah tue kenalah tegur dari terus terlena dengan kesalahan tue kan..

kalau akak salah, jgn segan2 tegur akak erk.. ;)

run aziluz said...

kadang2 susah lah. nak tegur sikit pun takboleh huhu

thanks komen cerita saya pasal sesumpah gergasi salmah kat s7w :)

Solihin Zubir said...

org yg biarkan saja kawannya hanyut dgn dosa, tu mknanya dia tak sayang kwn dia..

kalau syg, kenalah tegur kan..

sy pun cuba kwn dgn semua org n layan mcm biasa walaupun sy dpt rsa yg dia tak suka sy. tp, bersangka baik sajalah.. hehehe..

aimie amalina said...

heeeeee
sbb tu opah suke jadi kawan kak ngah :)

Woofer Storm said...

untunglah kawan yang baik mcm tu... kecian macam sy ni,tak mampu nak buat apa2..teruknya perangai~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers