CORETAN TERBARU NADH

Anak kepada mak

Jiran, sorry ai rasa kena buat entri berangkai jugak ni.

Okeylah, bermula pagi semalam aku dengan membaca cerpen reenapple. Sangat best. Lepas tu terbaca entry jiran. Anak mak. Ramai orang cakap dia anak mak. Aku bangkang. Kat komen dah berjela. Tapi nak kongsi dengan korang pulak.

Ada beza anak mak dan anak kepada mak. Kita semua anak mak kita betul? Tapi adakah kita semua layak digelar anak mak? Tak kan. Ke mana-mana usung mak ke hulu hilir. Tak jugak? Jadi kita ni anak kepada mak. Salahke menghargai mak kita setiap masa dengan sebut mak? Tak jugak.

Anak mak bagi aku, orang yang tak boleh buat keputusan sendiri. Semua nak harap mak. Mak kata A dia pun kata A. Sedikit pun tak bantah. Langsung tak reti nak berdikari. Bila takut sikit seru mak. Kalau pergi mana-mana rasa tak selamat kalau mak tak ada. Selalu akan dengar cakap mak 100%. Korang ada nak tambah?

Jadi tak bermakna kita asyik sebut nama mak kita, atau apapun yang berkait dengan mak kita adalah anak mak. Contoh: Nanti aku tanya mak aku boleh keluar tak. Adakah aku anak mak? Meminta izin dari mak wajib. Sebab kita dibawah tanggungjawab dia. Kalau dah kahwin lainlah. Contoh: Nanti saya minta izin dari hubby okey. Habis aku ni anak hubby ke?

Renungkan. Korang ada bantahan atau penambahan? Aku pun bercakap dari pemahaman je ni. Anak mak cuma gelaran. Tapi faktanya kita memang anak kepada mak kita. Penat dia lahirkan. Betul tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

ijA said...

ayat last sekali..betul..tu, jasa dan pengorbanan ibu yang tidak dapat dibalas..

reenapple said...

betul3... aku setuju dengan pandangan kau.Tak ada apa-apa yg nak ditambah.. hehehe

aimie amalina said...

saya?
hehehe

anak pakcik azman
dan makcik norul

kikiki :))

myself said...

iffah kalau orang kata anak bapak pula cam ne tafsiran iffah pula..hehe

BuDaK KaMPuNG said...

Terkadang terselalu tersangat orang menyangka "anak kepada mak" ni adalah "anak mak".

Takpe. (^^,)

Nong Andy said...

Aku pong setuju 1000 peratus hehehe....

*Penat aku lahirkan anak.. mestilah aku nak dia asyik sebut/ingat cakap aku :)

CikZaitul said...

pepun anak mak ke anak bapak ke..xde dedua..tak lahirlah aku :)

kiera'sakura said...

nak tgelak baca "habis aku ni anak hubby ke?" kihkihkih..

betol la tue apa yg iffah cakap akak sokong.. kadang letih dgn "anak mak" yg langsung x bantah apa mak dia cakap walaupun melibatkan kebahagiaan dia sndiri, btol la kita wajib turuti perintah ibu bapa selagi x bercanggah dengan islam. tp islam jugak x memberatkan kita menolak permintaan mak ayah klu kebahagiaan yg kita cari sndiri tue menepati kehendak syarak. asalkan kita tau cara nk tolak tue dgn x guris perasaan mak ayah kita...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers