CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Makcik jiwang dan Pakcik mengada

Aku masih termangu di meja. Tak tahu mahu buat apa di malam ini. Sungguh rimas memikirkan peperiksaan namun hati tak ada jiwa mahu belajar. Subjek sukar pula. Aku mula teringat kata-kata kawanku.

“Orang genius memang macam tu,” Aku tergelak sendiri.
“Genius apa macam ni. Markah cukup-cukup makan je,” Aku membalas. Dia suka memerli aku sebegitu. Kadang hati kecilku sentap juga. Tapi disebabkan kami berkawan. Jadi aku tak mengambil serius pun setiap kata-katanya. Bagi aku, lelaki memang begitu caranya. Lain pula dengan perempuan. Kalau nak kawan dengan lelaki macam dia hati harus kuat. Jangan sentap-sentap. Aku senyum lagi.
“Assalamualaikum,” Pintu bilikku diketuk. Aku mula kembali ke alam nyata. Aku menjawab salam dan terjengul wajah teman aku, Alia di muka pintu.
“Hah kenapa Lia?” Segera aku membetulkan duduk. Kini aku menghadap dia pula.
“Dah study?” Aku sengih. ‘Macam tahu-tahu pulak dia ni’ Getus hatiku.
“Mestilah…belum!” Perkataan belum aku sengaja tekankan. Dia menepuk belakangku perlahan dan gelak sendiri. Aku tak tahu apa yang kelakar. Aku diam saja.
“Ingatkan dah. Yakin je jawab belum. Esok makan aiskrim jom!” Aku geleng. Esok misi aku masih belum selesai. Tak boleh keluar ke mana-mana.
“Okey fine. Merajuklah macam ni,” Aku tahu dia mengada je lebih. Malas aku melayannya. Mata aku kembali tertancap pada skrin komputer. Hati sedang bergelodak. Dilema melanda aku.

Xxxxx

Facebook Mesengger
Afnan: Baklah nombor. Susahlah asyik kena tunggu online.
Aima: Saya tak boleh kasi. Saya trauma!
Afnan: Trauma apanya?
Aima: Saya takut nak bagi nombor kat orang lelaki lagi. Cukuplah dulu pernah terkena.
Afnan: Kena apa? Prank call ke?
Aima: Rahsia. Yang penting tak boleh kasi. Meh nombor awak. Biar saya save.
Afnan: Nak buat apa? Kan saya dah lama bagi dulu. Scroll jelah ke atas.
Aima: Bagi jelah. Mana tahu saya nak prank call awak pulak kan?
Afnan: Makcik jiwang reti ke buat jahat?
Aima: Diamlah pakcik mengada!
Mesej aku terhenti sampai situ. Aku teruskan perjuangan memerangi rasa malas untuk belajar. Dia pun sudah offline. Dia kawan aku. Aku tak tahu kenapa dia nak add dan mesej aku. Tapi lama-lama aku selesa berkawan dengan dia. Cuma aku takut nak mengambil risiko. Takut jadi perkara yang tak diingini. Macam-macam kes yang menakutkan berpunca dari laman sosial. Aku tak mahu ianya terjadi pada aku pula. Cukuplah aku dan dia berhubung di situ. Selesa dan private.

Xxxxx

Aku tersenyum bila mengenangkan kisah dulu. Siapa sangka persahabatan kami masih utuh biarpun aku dan dia hanya kekal menjadi sahabat. Ya, aku selesa bersahabat dengan dia. Begitu juga dia. Kini, dia sudah punya keluarga sendiri. Aku masih ingat dia bertanya soal cintanya. Cinta dihalang oleh pihak ketiga.

Afnan: Makcik, awak free tak?
Aima: Free. Kenapa?
Afnan: Nak jadi Dr. Love Online?
Aima: Awatnya ni? Cerita jelah. Kot-kot saya boleh tolong.
Afnan: Ada seorang pakwe dia ada makwe. Makwe dia ada kawan baik. Masalahnya kawan baik dia ada hati dengan makwe ni. Jadi pakwe perlu buat apa?
Aima: Ni kisah kawan awak ke awak?
Afnan: Bukan sayalah. Cepatlah bagi pendapat.
Aima: Kalau saya, saya tanya makwe dia sama ada suka kawan baik dia ke tak. Kalau dia suka, saya kenalah lepaskan. Cinta tak boleh dipaksa.

Afnan mendiamkan diri selepas itu. Aku tahu itu kisahnya. Saja dia malu berkongsi denganku. Aku pun menghormati pendiriannya. Namun, kisah dia dan teman wanitanya tak lama. Sebab teman wanitanya memilih kawan baiknya. Afnan kecewa. Akulah memujuknya siang malam. Alhamdulillah hatinya kembali pulih. Aku sebagai sahabat terus sentiasa mendoakan yang terbaik.

Pakcik mengada gelaran diberi oleh aku. Dia pun dah bahagia kini. Cuma aku masih menyendiri. Bukan aku tak mahu berkasih lagi. Pintu hatiku sukar menerima cinta lagi. cukuplah aku mendoakan kebahagiaan sahabat aku Afnan dari jauh. Cukuplah perasaan sayangku tertanam di lubuk paling dalam. Sayang sebagai teman. Aku selesa begitu. Afnan bahagia, aku juga bahagia. Cuma kebahagiaan kami takkan sama.

“Semoga berbahagia pakcik mengada!” Aku senyum. Puas. Inilah kepuasan bila bersahabat. Jatuh bangun seseorang itu pasti ada sahabat menemani. Susah senang Afnan dan aku tempuhi bersama. Sehinggalah dia bahagia, aku turut mengecapnya. Aku bahagia begitu. Pakcik mengada berjumpa dengan teman hidupnya. Hanya makcik jiwang tetap begini dan tetap bahagia.

Aku menyangkal kata-kata orang yang selalu berfikiran negatif dengan hubungan persahabatan lelaki dan perempuan. Aku sudah buktikan persahabatan kami berjaya. Tiada rasa cinta. Yang ada sayang sebagai sahabat. Itu lebih bermakna. Lelaki dan perempuan bisa bersahabat jika kena dengan gayanya. Aku bangga kerana aku berjaya menjadi sahabat yang baik buat Afnan tanpa melibatkan rasa cinta. Afnan juga berjaya. Dia tak putus-putus doakan aku bertemu jodoh. Aku gelak saja. Jodoh aku entah di mana. Aku percaya pada jodoh. Aku percaya dan aku tunggu jodohku tiba.

“Assalamualaikum,” Aku berpaling. Wajahnya seperti aku kenali.
“Aima, still remember me?” Fitri memberikan aku senyuman menawan hingga aku tertawan. Aku senyum kembali. ‘Jodoh akukah ini?’ Desis hatiku dalam diam. Fitri dan aku berbual panjang.

Xxxxx

Aku teruja! Ingin aku khabarkan kepada Afnan tentang berita ini.
‘Pakcik! Dah jumpa prince charming saya!’ Bisik hatiku perlahan. Aku senyum sendiri. Afnan pasti gembira sama sepertiku. Doanya termakbul juga. Aku lebih bahagia. Kini menanti tibanya hari-hari bahagia. Tamat sudah kisah persahabatan Makcik Jiwang dan Pakcik Mengada! Aku ingin mengabadikan kisah aku dan dia sebab aku tahu ramai takut untuk berkawan dengan berlainan jantina kerana takut melibatkan hati dan perasaan. Aku dan dia boleh. Semuanya kita yang pilih. Bersahabat itu indah. Tak perlu risau dan gundah. Tekadkan hati dan bersahabatlah dengan ikhlas. Insyaallah kekal hingga ke syurga.

Nota Iffah: Aku tak tahu kenapa aku boleh karang cerpen sedangkan aku perlu study untuk exam esok. Kepala sakit. Ini jelah hasilnya. Tak menggembirakan sungguh!
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

Kira Kekuri said...

sya pon dah malas nak bg no fon dkt teman maya. trauma! sama dgn watak aima.
cita ni best, persahabatan i2 mmg indah! :D

Nong Andy said...

best.. best.. walaupun dlm mood celaru nak exam hehehe..

reenapple said...

Aaaa.... aku suka ini. terlalu. Persahabatan itu lagi utuh. Heheh. benar- sahabta lelaki dan perepuan mampu utuh jika niat itu ikhlas.. =)

Eta said...

Skrg ssh nk cr sahabat yg setia susah payah bersama.
Anyway short story yg menarik.

Kira Sakura said...

memang hati bukan kita yg kawal tapi kita boleh kawal kelakuan dari hati bertindak diluar kawalan kan... :)

maszull said...

assalamualaikum iffah...wah !!! cerpan yg menarik ...

mmg susah mencari kawan yg begini moga persahabatan mereka kekal selamanya...:)

arel said...

hahaha..
jiwang2.
gudlak exam

fRaMe+LenSeS said...

persahabatan. awww awwww. like like like. ehehe. macik jiwang ye. :P iffahkah itu? lalalalala~~

Anonymous said...

Saya ni seorang minah jiwang gak... Dia tu leh tahan mengada... Hahaha.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers