CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Mentari pula menyusul lalu

Aku merenung jauh
Angin meniup menghembus pipinya. Dibiarkan tudungnya melayang-layang. Sama seperti dia membiarkan fikiran melayang ke masalah berat yang menimpanya. Letih memikirkan soal itu. Paksa atau rela dia tetap kena lakukannya. Semua demi keluarganya. Laut terbentang luas di depan tak pula dia endahkan. Sarat otaknya memikirkan masalah itu.

“Kau dah fikir masak-masak?” Soalan itu membawa Farzana ke bumi yang nyata. Ke tempat dia berpijak. Pasir dikuis-kuis menggunakan kaki. Dipandang wajah sahabatnya dalam-dalam.
“Kau rasa apa patut aku buat?” Zam tersenyum kelat. Zam atau nama sebenarnya Zamzahari.
“Aku tak tahu, Na. Sebab aku bukan di tempat kau sekarang ni. Hanya kau je boleh beri kata putus,” Lelaki itu melepas keluhan berat. Dia bersimpati. Sahabat baiknya tersepit. Antara keperluan dan kehendak orang tua. Antara tanggungjawab atau keinginan sendiri. Dia kusut.
“Kau dah jumpa dia?” Farzana berpaling ke arah Zam dan menggeleng.
“Kenapa tak jumpa lagi? Maybe dia pun sama macam kau,” Zam cuba mempositifkan fikiran sahabatnya di sebelah. Dia tak mampu membantu apa-apa melainkan menjadi pendengar setia.
“Kau rasa patut ke aku jumpa dia?” Zam hanya tersenyum. Mereka diam seribu bahasa. Zam memandu kereta pulang setelah hampir senja. Farzana juga.

Xxxxx

Malam itu masih berlegar hal yang sama. Dia buntu. Semuanya jadi kacau bilau sejak kejadian menimpa keluarganya. Ayah mungkin akan menjadi muflis jika tiada campur tangan syarikat besar. Ya, kahwin paksa. Itulah yang dia alami sekarang. Dulu dia suka sangat baca cerita kahwin paksa. Sekali, badi itu terkena pada dia. Farzana menyesali setiap kata yang dia tuturkan semasa tak berpuas hati apabila watak perempuan tak mahu terima suaminya. Antara dialog paling dia ingati ialah “Kau bodoh. Orang dah nak kahwin dengan kau kira bersyukurlah. Ini nak demand kahwin mesti atas nama cinta. Poyo!”

Kini segalanya terbeban di kepalanya. Kita takkan tahu apa yang orang lain rasai kecuali kita di tempat mereka. Ya, Farzana mengutuk diri sendiri. Pandai kritik tapi bila kena batang hidung sendiri mulalah menyesal.

“Ana, makan jom,” Abangnya Faiq memanggil dari luar. Abang kesayangannya. Satu-satunya abang dan adik beradik yang dia ada. Farzana menarik nafas lemah.
“Malaslah Iq!’ Laungan dari dalam saja yang diterima Faiq.
“Ana, jangan mengada. Jom makan. Mak ayah keluar,” Ayat terakhir buat Farzana lekas membuka pintu. Dihadiakan senyuman buat abangnya.
“Laju je kan. Ana, tak baik buat mak ayah macam tu,” Teguran itu seakan angin lalu. Faiq menggeleng setelah tiada respon dari adiknya. Dia tahu dia tak berhak masuk campur. Namun, jika dia ditempat Ana mungkin dia juga akan menolak permintaan ayahnya. Masakan dia mahu memperjudikan nasibnya berkahwin hanya sebab harta. Tak ingin sesekali. Mansur sudah tahu perangai Faiq, sebab itulah permintaan itu ditujukan untuk anak perempuannya. Faiq bersimpati.

Xxxxx

Dua bulan berlalu. Selama dua bulanlah dia menjadi isteri kepada Amirul Hakim. Ya, anak Datuk Rasydan. Amirul telah dia jumpa sebelum mereka bertunang lagi. Farzana tekad memilih Amirul hanya kerana sikap Amirul yang membuatkan dia selesa walaupun sehari baru berjumpa.
Amirul dengan senang hatinya membantu keluarga Farzana. Malah dua buah keluarga ini rapat bagai aur dengan tebing. Tak hairanlah sikap Amirul bukan bongkak dan sombong seperti yang dia sangka pada mulanya.

“Hai buat apa tu?” Amirul menyapanya dari belakang. Terperanjat Farzana. Namun, dia senyum juga. Takkan nak marah suami sendiri.
“Tak ada buat apa. Tengah fikir nak beli ke tak baju ni,” Jarinya ditunjukkan ke arah skrin laptop. Amirul menjenguknya juga.
“Cantik. Belilah. Abang bayar,” Amirul senyum. Dia faham isterinya. Sebagai pelajar, Farzana terlalu berjimat. Kalau nak berbelanja fikir terlalu lama. Kadang naik rimas Amirul memandang. Bukan apa, kena jadi pak pacak kalau teman isterinya berbelanja.
“Tak apalah. Ana nak beli sendiri. Lagipun duit abang bagi bulan-bulan tu langsung tak usik,” Amirul memandang isterinya pula.
“Langsung tak guna?” Keningnya terangkat sedikit.
“Aah. Sayanglah nak guna. Duit tu abang bagi…” Suara dikendurkan sedikit. Tapi, Farzana memang sayangkan duit itu. Sama macam dia sayangkan suaminya kini.
“Sayang? Sayang duit buat apa? Guna jelah Ana. Abang bagi bukan untuk simpan dalam bank tu je,” Amirul tak berpuas hati.
“Ana sayanglah. Biarlah. Kan duit tu dah jadi milik Ana. Tahulah Ana,” Dia pula geram. Tak suka orang memaksa begitu. Baginya, semua benda yang dia sayang mesti dijaga baik-baik. Semua dia akan simpan. Termasuklah semua barang yang Amirul hadiahkan. Cincin perkahwinan juga.
“Abang tahu abang dah tak ada hak. Tapi Ana, duit tu untuk Ana. Untuk kegunaan Ana. Nafkah Ana sebagai isteri abang. Kalau Ana tak nak guna, sia-sialah abang bagi. Macam tak hargai je?” Jauh hati. Amirul tetap tak berpuas hati dengan sikap isterinya ini. Dia pening memikirkan. Pasal duit kadangkala mereka boleh jadi lawan. Pernah dulu, Farzana mahu membeli kereta terpakai. Puas dipujuk namun gagal. Kata Farzana, buat apa membazir beli kereta baru sedangkan hanya untuk memudahkan pergerakannya saja. Letih Amirul bertengkar. Akhirnya, dia mengalah.

“Abang, bukan macam tu. Ana cuma sayang nak guna…” Suaranya sudah lain. Mana taknya dia dah buat suami sendiri berkecil hati.
“Ana tak sayang abang ke?” Soalan itu pula yang terpacul dari mulut suaminya.
“Kenapa tanya?” Farzana kaget. Belum pernah dia menyatakan sayang. Cuma hati sudah lama terbuai rasa sayang. Amirul Hakim memandang tepat mata isterinya. Dia tahu Farzana terimanya hanya kerana membantu ayahnya yang kesusahan. Dia tahu hakikat itu. Tapi, lama-lama hatinya membisikkan kata sayang.

“Kan Ana dah terima abang sebagai suami. Panggil suami Ana, abang…” Gugup dia saat meluahkan rasa. Hubungan mereka baik. Sangat baik. Cuma hubungan mereka hanya sekadar kawan yang tinggal sebumbung.
“Bukan itu jawapan yang abang nak. Ana, serius ke terima abang seikhlasnya?” Farzana pelik dengan soalan suaminya itu.
“Kenapa tanya soalan macam tu? Apa abang ingat Ana main-main ke apa?” Suaranya bergetar. Dia terpukul dek soalan itu.
“Habis kenapa cincin kahwin pun Ana tak pakai. Ana, berterus terang dengan abang. Masih belum terlambat kalau Ana nak kita…berpisah…” Nafasnya dihela lemah. Amirul tak mahu semua ini berlaku. Baru dua bulan. Dua bulan mereka melayari bahtera rumah tangga. Dia tak mahukan perpisahan. Namun, jika itu yang isterinya mahu. Dia rela turutkan kerana hatinya telah terisi cinta. Cinta buat isterinya yang sah.
“Tak... Ana tak nak…” Farzana menangis. Pantas Amirul mendakap erat wanita kesayangannya itu erat. Dia tahu masih banyak yang terbuku di dalam hati wanita itu. Dibiarkan tangisan itu reda sendiri. Dia mengusap ubun-ubun wanita itu perlahan.
“Ana, jangan nangis lagi. Abang takkan marah kalau itu yang Ana nak. Abang rela…” Jari Ana diletakkan di bibir suaminya. Terdiam Amirul seketika.
“Jangan cakap lagi. Ana sayang abang. Ana sayang perkahwinan ni. Ana sayang cincin kita sebab tulah Ana sayang nak pakai. Takut rosak. Macam tu jugaklah Ana sayang semua benda yang abang bagi. Kalau boleh Ana nak simpan abang sekali…” Farzana termalu sendiri dengan pengakuannya. Amirul tersenyum lebar mendengar kata-kata itu.
“Apa? Ana nak simpan abang kat mana? Dalam muzium ke sayang?” Gelak besar Amirul setelah dapat mengenakan isterinya. Farzana memuncungkan bibirnya. Dia tahu dia terlepas cakap. Tak pasal dia diketawakan suami sendiri. Akhirnya, dia juga ketawa. Bahagia!
“Ana ni lawaklah. Abang rela dikurung dalam muzium demi isteri abang yang tercinta,” Farzana tersipu malu. Dia juga sayangkan lelaki itu. Apapun dia sanggup buat untuk memastikan cinta mereka kekal mekar mewangi kerana perkahwinan ini merupakan anugerah.

Bermula dengan pengorbanan yang menyeksakan jiwa demi mak ayah yang berpenat lelah membesarkannya, kini Allah balas pengorbanan itu dengan kebahagiaan yang Farzana sendiri tidak mampu gambarkan. Bahagia yang dirasa seperti pelangi yang menyinar selepas hujan lebat membasahi bumi. Farzana tersenyum memandang suaminya. Mereka saling berpandangan. Hanya mata melirik. Seakan memahami gelodak jiwa. Cinta mereka bersatu. Buat kesekian kalinya, Farzana tak henti mengucap syukur kerana dilimpahi nikmat cinta selepas nikah. Cinta yang halal buatnya. Moga cinta ini akan terus kekal hingga ke syurga.

Nota Iffah: Aku pergi pantai dengan roommate aku. Lama dah tak jumpa. Dahla tak dapat sambut birthday kami sama-sama. Kami kan kembar. Tu gambar minah poyo. Sila abaikan. Auww kenapa aku karang cerpen kahwin paksa? Sebab dua novel aku baca pasal kahwin je. Kau, aku kita dan Teman serumah. Kesimpulan? Kau, aku kita terbitan FP lagi best. Sila beli!
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

aimie amalina said...

aiihh budak comei merenung jauh nmpak

hehehee

takot la kene kawen paksa
huhuhu
tamooooo

Woofer Storm said...

untung jadi amirul..

#lama nak main pantai..rindu itu pasti~

Nong Andy said...

Aku pon dah lama x gi pantai :D

aku dah agak gambar tu mesti org gi joli kat pantai tadi hehehe..

kawin paksa? erm.. byk gak buku ko baca :D baik nanti haku carik buku tu :)

reenapple said...

aku... entah.. hahaha. Tak tahu nak kata apa.. hehehe.

Untunglah ana jumpa amirul... =)

kiera'sakura said...

akak senyum2 je baca cerpen nie... suka amirul yg tenang jer tue.. suka lah senang cite..hihihi

An-Nisa said...

Geli geleman jugak..haha..
tapi bes..gud job ye sis

An-Nisa said...

takseindahbidadary.blogspot.com

Prince of Noob said...

jauh sangat renungan tu... btw done follow - Noob

Sis AI said...

Hehehe.. Tak terkata. Bguslah klu mcm tu kan.. At least, Ana gmbira skrg..^^

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers