CORETAN TERBARU NADH

Isu panggilan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada je isu yang timbul bila bercakap pasal panggilan. Aku musykil kenapa orang nak sangat heboh pasal ni? Adakah sebab aku terlalu kurang ajar bila membahasakan aku dalam blog? Yeke? Tak kot. Ya, mungkin ada yang akan kata awak tu perempuan. Sopanlah sikit. Apa-apa jelah. Pandangan orang terhadap kita tak terlayan. Banyak sangat benda lain kena fikir. Bagi aku isu ni tak patut timbul sebab ianya bukan isu besar pun.

‘Kau dan aku’ dengan seorang kakak yang berumur 34 adalah mesra. Sebab dia tak kisah. Begitu juga aku. Kami akrab disebabkan panggilan sebegitu. Jadi salahkah aku menggunakan panggilan yang dipersetujui keduanya? Takkan?

Kalau aku guna ‘I dan you’ untuk seorang lelaki berumur 26 tahun. *ehem* Adakah aku kurang ajar dengannya? Adakah nampak macam aku ni tak ada adab ketimuran sebab gedik nak guna bahasa inggeris? Dia okey, aku okey. Aku rasa itu memadai kan?

Isu ni takkan pernah hilang. Aku ni kalau berkawan, aku masuk dalam dunia dia. Kalau aku kawan dengan dia yang sopan aku akan bahasakan ‘saya dan awak’. Kalau aku kawan dengan gaya ‘akak-akak’ dan aku panggil dia akak. Kalau aku kawan dengan orang sekepala dengan aku ‘aku dan kau’ adalah yang terbaik. Kalau aku rasa hormat dan ada batasan aku guna ‘I you’. Senang bukan?

14 comments:

fRaMe+LenSeS said...

ai n yu? auwww auww auww :P

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

setuju...kadang2..org tu ckp i u..kita pun ikut je la

Anonymous said...

apa yang kita rasakan baik,belum tentu baik untuk mereka..sila fikirkan sayang^.^

W.s.c~

aDisH.sHidA said...

ikut keselesaan masing2...kalau dia suka ko aku..ko aku la...kalau ai yu ai yu...hehee

janji yang panggilan yang tak elok dan org x suka

msredcheesecake said...

bergantung pada byk perkara....

Nong Andy said...

aku selesa ber-aku ber-kau. :)

aku selesa org ber-aku dan ber-kau dgn aku :)

Gen2Merah said...

ya, bergantung pada situasi juga kan... kalau dalam situasi formal, takkan nak membahasakan diri kau aku plak... nanti kita yang kena cekik... hahaha... gurau2

Kira Kekuri said...

klo aku, biasa gnakan aku. mostly sabahan mcm tu. bukan nak ckap kurang ajar ka apa, tapi dah memang mcm tuh. huhu

CikZaitul said...

gemar guna aku kau = nampak mesra \

tu sebab dalam blog ayat aku-aku..
hmm.mungkin masuk kandang kambing,mengembek
masuk kandag harimau kene makanlah ..:P

deno said...

senag-senang panggilan nama je... kan ifa? panggil deno je... :)

reenapple said...

masing3 ada cara masing..

#eh tak ada pun yg tegur aku.. heheh

xila riston said...

ini satu isu yg besar ye. em em samela suka ikut gaya org. baru selesa ;)

Cik Pulau said...

eh2.. ai suka la entri ni.
hahaha

kiera'sakura said...

akak dengan adik badik akak pun guna "aku kamu" bnyinya mmg kasar tp kami selesa... tp still ada panggilan along, kakak, benyah, kak ya, baka still ada hormatnya walau panggilan aku kamu,...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers