CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Diari seorang isteri

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cubaan membuat cerpen berbentuk diari. Harap dapat memberi kritikan yang bermanfaat untuk semua.

11.11.2011
Hari ini aku sah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang bernama Qaidir. Setelah enam tahun kami menyemai kasih. Akhirnya aku dan dia bersatu dalam ikatan yang suci. Aku bukan tak mahu mempercepatkan nikah. Tapi kami tak dibenarkan kahwin sebelum habiskan pengajian. Aku dan dia berkenalan sejak Matrikulasi lagi. Malam ini aku dan dia tak dibenarkan berjumpa. Usai nikah tadi, rombongannya ke rumah tumpangan yang Ibu aku uruskan. Kata mereka esok bersanding. Jadi tak payah berkepit dulu. Ah, aku rindu suami aku. Terpaksa pendam saja rindu aku. Yang penting aku masih merasai kehangatan bibirnya tatkala mencium dahiku tadi. Aku bahagia. Itulah saat aku nantikan.

12.11.2011
Aku dan dia bertemu lagi. Kami sedondon. Warna peach dipilih kerana suamiku mahu mengikut cara aku. Dia kata biarlah aku yang tentukan. Aku suka. Sebab dia tak cerewet. Mungkin selama enam tahun percintaan kami, dia sudah cukup memahami perwatakan aku. Aku suka bila dia begitu. Kami diringi ke pelamin nan indah. Semuanya aku yang tentukan. Aku cukup puas hati. Aku bangga menjadi permaisuri biarpun cuma untuk satu hari. Dia masih tak hilang senyuman di bibir. Senyuman itulah yang buat aku jatuh cinta kali pertama. Okeylah, aku tak mahu tulis panjang lagi. Suami aku masih menanti. Selamat malam diari =)

14.12.2011
Lama aku tak tulis bukan? Aku sibuk menjalani kehidupan. Adanya suami aku pelengkap kebahagiaan. Aku sampai terlupa tentang buku ini. Dia sentiasa menemani aku. Senyumannya saja bisa membuat aku bahagia. Bagaimana bisa aku luahkan kepada kau diari? Sesungguhnya aku bahagia. Kenapalah aku tak kahwin sedari dulu lagi? Cinta lepas kahwin sangat berganda kegembiraannya. Aku bahagia dengan pilihan hatiku. Oh lupa pula, aku dengan dia belum honeymoon. Masih terperap di rumah. Bila aku tanya dia, Qaidir akan jawab insyaallah akan datang. Aku jadi tak sabar! Teruja sangat-sangat.

7.1.2012
Tahun baru yang bermakna kerana aku isteri orang. Bukan lagi anak gadis yang sentiasa menyelinap keluar dari asrama kerana nak keluar dating. Nakal sungguh aku. Kalau masa aku Matrikulasi, sebelum aku dengan Qaidir, aku selalu cemburu kawan-kawan lain. Pakwe datang jemput dan hantar. Naik motor dan kereta. Lepas aku kenal Qaidir, giliran yang lain pula dengki. Qaidir anak orang berada. Keretanya mewah. Bukan seperti orang lain. Aku bangga saat itu. Selepas jadi isteri, aku tak pedulipun kereta apa suamiku pakai. Janji kami bahagia. Rindu aku pada zaman dulu.

20.1.2012
Akhirnya, aku dan suamiku dapat honeymoon. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke luar Negara. Venice. Kota percintaan orang kata. Sangat romantik. Sampaikan aku tak mahu pulang. Qaidir bawa aku ke sana cuma empat hari saja. Dia sibuk. Syarikat bapa mertuaku kini hak dia sepenuhnya. Banyak dia kena uruskan. Aku cuba untuk memahami. Yang penting honeymoon ini sangat bermakna kerana empat hari itu dia tak diganggu dengan bebanan kerja. Hanya aku dan dia. Sayang abang sangat-sangat!

8.2.2012
Aku mula terganggu dengan kerjanya yang menimbun. Adakala aku naik rimas sebab Qaidir membawa pulang kerjanya. Bukan aku tak mahu faham. Tapi aku tak suka dia menjadi workaholic. Aku sangat harap suamiku tak busy begini terus. T.T

25.3.2012
Hubungan kami makin renggang. Kali ini bukan isu kerja. Tapi isu anak. Bukan aku yang tak mahu anak. Tapi dia. Dia kata dia belum bersedia jadi bapa. Aku sunyi. Tiada teman. Dia balik rumahpun masih sibuk. Aku kebosanan. Bila aku mahu bekerja dia menghalang. Dia kata dia mampu tanggung aku. Aku rimas dengan semua ini. Aku mahukan suami aku semula. Bukan suami yang panas baran dan workaholic begini. Tadi kami bertengkar lagi. Sampaikan dia kata, kalau aku mahukan sangat anak, cari anak angkat. Aku kecewa. Aku mahukan zuriat sendiri. Ya Allah, lembutkan hati suamiku…

1.4.2012
Aku dan dia tak sehaluan. Dia pergi kerja saat aku belum bangun. Dia pulang kerja saat aku telahpun terlelap. Kadang aku tidur di sofa sikitpun dia tak endahkan. Kalau masa bercinta dulu, dia selalu cakap nak dukung aku kalau aku keletihan. Aku masih berharap dia boleh mengotakan janjinya. Aku harap sangat.

28.4.2012
Hari ini entah mengapa aku teringin keluar. Aku bosan kerana Qaidir tetap setia dengan kerjanya. Aku telefon tak pernah angkat. Jadi aku tinggalkan sms saja. Aku tak mahu jadi isteri yang nusyuz. Jadi aku meminta izin juga dengannya. Aku tahu dia izinkan. Aku faham perangai dia tak mahu diganggu sewaktu bekerja. Aku tengok wayang sendirian. Popcorn tidak aku beli kerana tak selera. Jika dulu, masa bercinta Qaidir akan belikan dan aku hanya tunggu untuk disuap. Kini aku sendiri.

29.4.2012
Sesuatu telah berlaku. Aku nampak kelibat suamiku. Dengan perempuan lain. Muda. Aku cemburu. Ingin aku sapa, tapi aku bimbang aku akan memalukan suamiku sendiri. Jadi aku diamkan saja. Tangisan menemani aku sepanjang perjalanan. Malam ini aku sepi. Qaidir tak juga pulang. Aku tunggu. Aku mahu penjelasan darinya.

30.4.2012
Aku dan dia perang besar. Benarlah seperti aku jangka. Dia punya perempuan lain. Dia kata dia sayang aku. Tapi dia juga sayangkan perempuan itu. Aku menangis. Aku kecewa kerana suamiku dah berubah. Qaidir tak mahu memilih antara dua. Dia sayangkan keduanya. Aku suruh dia lepaskan aku. Dia enggan. Aku tak tahu apa aku patut buat kini?

17.5.2012
Aku dah buntu. Suamiku masih berjumpa perempuan itu. Raisya namanya. Aku cemburu. Mustahil seorang isteri tak cemburu. Qaidir suruh aku bersabar. Sabar dan lihat apa yang akan jadi seterusnya. Aku tak boleh sabar. Perkahwinan kami belum sampai setahun sudah goyah. Aku benci rasa ini. Aku tak tahu mana nak tuju. Aku tak mahu cerita pada mak ayah di sana. Aku risau mereka akan risaukan aku. Aku nak cuba selesaikan masalah rumahtangga aku ini. Aku sayangkan Qaidir. Tapi aku tak boleh berkongsi suami. Aku tak sanggup!

21.5.2012
Aku nekad. Aku ke Hospital Kajang. Berjumpa dengan seorang doktor. Aku kira dia sebaya dengan aku. Anaknya seorang. Aku cemburu. Aku mahukan ubat penenang. Ubat yang mujarab untuk tekanan perasaan aku kali ini. Sungguh aku tak malu kerana aku nangis berjumpanya tadi. Dia juga turut simpati dengan aku. Aku tak tahu sampai kapan aku akan begini. Tekanan perasaan hanya kerana kaum sendiri. Aku tahu ramai akan cemuh aku sekiranya aku gagal pertahankan rumahtangga yang baru terbina ini. Aku tak tahu sampai bila aku mahu terus bergantung pada ubat. Suami aku tak tahu tentang ini. Aku tak mahu dia tahu. Langsung!

28.5.2012
Aku tak tahu apa kesudahan kisah aku sebagai isteri Qaidir. Aku tak mahu tahu. Yang aku tahu aku tak mahu tamatkan kisah kami di sini. Aku tak sanggup jadi janda di usia muda. Aku tertekan. Aku sangat-sangat memerlukan teman bercerita. Doktor psikiatri saja yang sudi mendengar masalah aku. Aku cuma bergantung pada dia setelah aku berdoa kepada Allah untuk tunjukkan jalan kepadaku. Aku harap Qaidir akan kembali padaku. Aku tunggu saat itu. Diari, aku mahukan suamiku semula. Aku mahukannya.

Tamat~~~~
Nota Iffah: Jangan minta sambungan kerana aku pun tiada idea. Ini adalah cerita benar. Menurut doktor pskiatri tersebut, memang ramai wanita bergelar isteri di Malaysia yang mengalami tekanan perasaan. Pasal kerjaya pun ada. Pasal campak bayi luar nikah pun ada. Jangan ambil remeh. Ini benar-benar realiti masyarakat kita sekarang. Doktor tu suruh aku buat sebab dia kata jangan asyik fantasi je. Jadi aku turutkan saja kehendak dia.

12 comments:

izzy said...

noooo.... nak sambungan diaaaa....

check it out... =D
http://citecitecite.blogspot.com/

fara said...

haha.. baru nk mntak smbg, da kna sound awal2..!!
btw, nice story tho.. =)

aziekz said...

ish leh plak ckp dulu tak nak samb.....samb la cternya..plis:-) sronok bc diari wanita ini.....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kalo ada idea sila sambung

reenapple said...

yaaa... ku dapat rasakan ini kisah benar..hehe. Sebab itu aku taknak kahwin.. sebab isu ini. emosi aku bukannya kuat sangat..

harap lelaki itu sedar kembali. Kahwin then lakukan anak orang macam ni.. ada balasannya tahu.. =)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

smbungan untuk diari seorang suami pula? hehe

Nong Andy said...

ah.. hakikat begitu menyakitkan.. biar aku terus dgn fantasiku boleh? heeee...

* no komen utk kisah di atas

insyirah said...

sambung lah..
nak tau ape keputusan si suami?
sanggup ke dia sekse isteri dia cam tu?

kiera'sakura said...

erm akak pulak yg rasa kusut dgn masalah die.. hahahaha..

tp klu akak jadi pompuan tue myb akak relakan berpoligami dgn syarat hak akak tak dinafikan.. sakit mmg sakit tp membiarkan diri terus dilukai lagi perit...

Sunah Sakura said...

nice...kesiannya perempuan tu...hurmmm...

ade gak tertinggal perkataan dan typo kat certain part... "bias" (sepatutnya bisa)

Aziela said...

Ask me... Akak ada idea... Y not buka file di syari'ah court.. Lantik lawyer.. Minta fasakh. Discuss dengan lawyer how. I think ada a few chances daripada surface story nie. Itupun kalau dia tak rela bermadu....

Raisya Haris said...

Hahahaha! Adik rasa kesian plus terkejut! Nama adik terkeluar kat cerpen akak. xD *Adik bangga*

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers