CORETAN TERBARU NADH

Hormati hak wanita ISLAM

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tolong hormati hak wanita Islam. Lagi-lagi orang yang tak tahu apa itu agama Islam. Kenapa Islam tak benarkan lelaki perempuan bukan mahram bersentuhan? Kalau tak tahu pun, jangan ambil tak peduli. Kadang yang beragama Islam sendiri tak reti bahasa. Nak pegang-pegang. Nak langgar-langgar. Nak berdiri dekat-dekat. Nak bagi duit baki pun kadang sengaja sentuh tangan kita. Tolonglah, jangan ambil kesempatan.

Hari tu aku kat Mcd. Aku pun beratur nak beli. Ada manusia bukan Islam berdiri sangat dekat dengan aku. Sebab dia tak sabar nak isi balik air coke dia. Banyak kali dah terlanggar. Terlanggar ke sengaja? Dahlah aku pakai baju kurung masa tu. Rasa macam sexual harassment pun ada jugak. Serius tak selesa dan tak selamat. Aku ke depan sikit. Nak elak.

Lagi dia buat lagi. Aku pandang dia. Dia buat tak tahu je. Mungkin bagi dia tak salah. Tapi tolong hormati hak kami. Kalau beratur buatlah cara beratur. Sebab tu Islam ajar untuk bersabar. Lelaki tu bukan Islam tak hairanlah tak tahu kan. Sebab itu Islam itu indah. Rugi siapa yang tak nak ambil tahu pasal agamanya sendiri. T.T

Nota Iffah: Kalau tak ada blog pun, bagilah tau nama. Senang nak panggil wahai Anon =)

11 comments:

Hanim Irsyad said...

penah kena jugak camney dlm bus. kena himpit kat org bukan islam. puas da himpit ke tingkap, dye himpit kite lagi. rase nak nanges jew mase tuw :(

Kira Sakura said...

ishh benci la klu mcm tue nasib je akak xde kt situ klu tidak mau ada yg bergaduh...

*ehem ada p/s dgn anon la, ada jugak yg ending mcm cerpen nt.. lalala :p

apdm said...

salam..

kalau sy mmg tegur terus, pantang lah kalau tersnetuh2 ni..sentap rasa,

Anonymous said...

BKn APa,KDg2 SiKAP ORG ISLAM iTU SENdri Yg MENGhakis RAsa HORmat ORg BUKan ISLAM PAda ORg ISLAM.Byk COntoh DAh ADa.
LAiN KALi JGn BERdiam Diri Bila ADA KES2 SEMCm TU.
JGN LUpa KiTA PUn ADa HAK PERTahankn Hak KiTA.
P/s : TERharu PULak ANoN dALU2kn :)
PGGiL AZHAR JE.

Ce'gu JAERA said...

bukan hanya kepada wanita Islam...

Kami orang lelaki pun selalu terkena gangguan pandangan mata akibat pakaian tidak senonoh wanita bukan Islam ini..

tak pasal2 kami dapat rezeki free dan dosa percuma... huhu

-eim- said...

kalau bukan Islam pon..takkan tak taw.

personal space..^^

maszull said...

assalamualaikum iffah ...mmg geram kalau ada org yg mcm ni tak hormat langsung hak org lain....:)

Unknown said...

huhu.kadang2 kita kena ingatkan.

Efa Nur said...

penah jugak alami situasi mcm nie.. efa pandang jeling sambil wat muke tak puas hati je kat org macam tuu..geram..huhu

Admin said...

betul,
ada yang tak hormat kta tu,
rasa macam nak lempang laju2..

Anonymous said...

klu naik knderaan awam sgt2 rase tak selesa -_-

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers