CORETAN TERBARU NADH

Pantun Ilmu

Anak ayah keluar berjalan,
Naik motor bersama kawan,
Apa guna ilmu sebeban,
Kalau tidak dikongsikan?

Ingin mandi di sungai lama,
Pergi mandi dengan keluarga,
Jangan ilmu tersimpan lama,
Kelak tiada yang guna juga.

Kain pasang berwarna biru,
Beli pula langsir jingga,
Marilah kongsi sedikit ilmu,
Barulah hidup sentiasa ceria.

Pagi-pagi sudah bertukang,
Sibuk bertukang tidak berbaju,
Apa guna belajar memanjang,
Kalau tidak diamal selalu.

Paku payung tajam hujungnya,
Silap letak bahana mangsa,
Ilmu itu tinggi martabatnya,
Jangan kita persiakan saja.

Nota Iffah:
Tunjuklah bakat pantun anda,
tidak lupa buat Azhar juga ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

reenapple said...

pantun yg ada pengajaran.. hehehe.

#eh... tetiba cemburu dengan Anon kau ni..kekeke.

Eera Shera said...

pandainye berpantun.. siapa azhar? encik anon ek?

Nong Andy said...

sakit kepala gi cari ubat
boleh minta dengan sahabat
aku join pantun 4 kerat
tapi memang kau lagi hebat

* dah makan ubat iffah?

نورعيم said...

alaa tak reti la nk berpantun ni. hikhik.

Mat Gebu said...

BURUNG CAMAR TERBANG KE LEMBAH,
SILAP TERBANG KEPAKNYA PATAH,
SUNGGUH BERISI PANTUN CIK IFFAH,
KALAU TAK FAHAM JUGA..AKU PASRAH!.

Fasihah Supian said...

Pagi-pagi pergi pasar,
Pergi pasar beli sarapan,
Jadilah orang yang punya impian besar,
Menjadikan setiap hari baru sebagai harapan.

haha ntah pape tah la pantunnye

Kira Sakura said...

sedangkan klu berkongsi harta pun Allah dah janjikan tak kan berkurang nie kan pulak ilmu yang dikongsikan pasti bertambah, insyaAllah :)

Anonymous said...

ALANGkah iNDAH HiDUP BERsyariat,
KELak HiDUP BERoleh RAHMat,
TUNtutlah iLMu YAng BERManafaat,
AGar BERjaya dDUNia DAn AKHirat...
Apa dBANGGa iLMu dDAda,
TANpany SABAR Tiadalah SEMPurna,
iLMu YAng BERMAnafaat KONGsiknlah BERsama,
iTULah BEKALan YAng MEMbntu dSANA...

Abu Bagi said...

Terfikir nak buat entry pantun entry jugak..hehehe..

Cik Pulau said...

ai takde mood nak berpantun.. ai tengah frust ni.. hhuuh

aamalinaazman said...

buat ape tu,
aihh rindu cikgu sorang tu

kekekekkeke
:P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers