CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Diari seorang isteri III

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sambung lagi. Part 1 sini. Part 2 sini. Selamat membaca. Kali ini rekaan semata-mata. Tarikh pun maju ke depan sedikit. Kata reka kan?

12.6.2012
Lepas insiden aku ditampar malam tu, suami aku kerap balik awal. Alasan dia, takut aku merayap keluar dengan entah mana-mana jantan. Aku suka dia macam ni. Cemburu! Oh ya, semalam 11.6.2012, doktor tu juga sokong pilihan ketiga aku. Aku makin bersemangat. Pengambilan ubat pun makin aku kurangkan. Semalam aku cari ubat aku, tapi tak jumpa. Entah mana aku letak. Ingat balik, please. Aku tak boleh tidur kalau tak ada ubat!

13.6.2012
Qaidir tak kerja. Aku pelik. Rupanya dia tahu pasal ubat-ubat aku. Aku tak nak dia tahu. Entah macam mana dia boleh tahu. Teruk aku dimarahinya. Aku cuba mempertahankan diri. Punca aku ambil ubat pun sebab dia. Dia tak boleh salahkan aku terus! Aku menangis lagi. Aku perlukan ubat tu tapi Qaidir sorokkan. Sampai sekarang aku berusaha memujuknya pulangkan ubat itu. Aku tak gembira biarpun Qaidir bercuti semata-mata aku. Walau dia ambil berat, aku tetap perlukan ubat tu. Adakah aku ketagihan?

15.6.2012
Lepas balik kerja, Qaidir ajak aku ke rumah mak mertuanya iaitu ibu aku. Aku mula merasakan benda tak baik akan jadi. Aku menolak secara baik. Aku tak mahu mak aku lihat aku begini. Badan aku susut. Semuanya sebab stress! Qaidir paksa aku juga. Akhirnya, aku di sini. Di rumah ibu aku. Di bilik malam pertama kami sebagai suami isteri. Bersama Qaidir yang pastinya. Aku seakan janggal seperti mula-mula kami kenal dulu. Adakah ini jalan yang Allah nak aku pilih?


20.6.2012
Separuh jiwaku pergi, memang indah semua, tapi berakhir luka, kau main hati ini dengan sadarmu, kau tinggalkan aku… Lagu ini sering berkemundang. Aku punya hobi baru. Dengar lagu sedih lepas tu menangis. Semua lagu sedih meresap jiwa aku. Kadang aku terfikir, sampai bila aku nak bersedih. Rupanya, bahagia di kampung halaman hari itu cuma lakonan Qaidir. Dia tak mahu tembelangnya pecah. Sampai hati abang!

22.6.2012
Dia pernah menyanyikan lagu dealova untuk aku masa kami bercinta dulu. Aku rindu suaranya yang merdu. Merdu bagi aku. Siapa lagi nak puji suami kalau bukan isteri? Aku ternampak satu video. Persis suara Qaidir. Disebabkan aku rindukan Qaidir, lagu ini aku pasang entah berapa kali. Ubat tiada lagi bersama aku. Yang ada cuma muzik. Aku perlu berjumpa dengan doktor itu lagi. Qaidir takkan beri semula ubat aku. Aku tahu dia macam mana.
 
25.6.2012
Aku jumpa doktor semula. Dia tak mahu beri ubat. Dia kata aku boleh hidup tanpa ubat. Buktinya beberapa hari aku dah lepas tanpa ubat. Aku merayu. Ubat umpama nyawa. Namun, dia tetap berkeras. Katanya demi kebaikanku. Dia kata aku tak boleh terus ambil ubat kalau mahu mengandung. Aku terfikir sejenak. Wajarkah aku mengandungkan anak Qaidir?

26.6.2012
Soal anak aku ketepikan dulu. Sebab hati aku masih lagi sakit. Ah, aku kira hidup aku dipenuhi dengan muzik. Kali ini aku terkena penangan lagu Rossa, Hati yang kau sakiti. Ah nak saja aku nyanyikan untuk Qaidir. Biar dia tahu isterinya terseksa. Terseksa dengan cinta yang diduakan. Seperti biasa, aku dengan dunia aku. Dia juga begitu. Kali ini Qaidir tak pula usung telefonnya ke hulu hilir. Aku tertanya-tanya mana pergi kekasih hatinya. Nak tanya, tapi takut. Aku takut hati aku yang sakit sudahnya.

Nota Iffah: Bersambung lagi. Aku harap next adalah penamat. Aku pun letih berteka-teki begini. Sudahnya, aku yang terjebak buat cerpen bersiri. Thanks to Allah, tanpa izinNya, aku takkan sambung sampai part 3 ni. Aku sedang usahakan ending berdasarkan perbincangan dengan kakak aku, kawan-kawan blogger dan komen dari pembaca.

8 comments:

kiera'sakura said...

apsal die x dengar ayat quran!! kenapa x bergantung ngn Allah kenapa mesti ubat grrrr pang kang si Aku nie.. #Ehhh emosi lak.. kihkihkih :p

Aziela said...

Akak dah cerita dalam gmail yer dik...

Sunah Sakura said...

nice susunan dia yu..i pun macam leh agak hujung dia cane nanti..tapi biasalah kan, penulis leh jadikan macam2...so, tak harap ape2 sangat..hehehehehe...

reenapple said...

ya... sila smabung. Makin hari makin edih.. ah.. dah la aku tgah layan lagu rentak slow... huuuu.

insyirah said...

betul..
harap sambungan lepas ni biar dia terus mendekatkan diri dia pada Allah..
kerana allah itu pendengar terbaik untuk hambanya..
n harap si suami akan mula sedar tentang bertapa jauhnya dia dari tanggungjawab yg sepatutnye di jaga dengan baik n di jalankan penuh amanah..

Cik Sara said...

oho... nice story.. menunggu endingnya..=D

Juliet_iRa~" said...

nice one..:)

cpt habiskan..hee

kesiannya dia..hubby wat mcm tu..:(

Nong Andy said...

lagu di atas lagu jiwang hehehe.. bukan lagu sedih ekekekek...

apa pun lagu tu boleh umpamakan bagaimana si isteri sgt sayangkan si suaminya.

aku rasa hanya kembali kepadaNya adalah jln yang terbaik. Doa senjata terhebat yang kita semua ada.. jadi aku rasa selain usaha, si isteri kena berdoa..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers