CORETAN TERBARU NADH

Disebalik simpati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku pernah alami satu situasi simpati. Ini kes aku dengan doktor. Dia baru kerja masa tu. Mungkin. Aku masa tu kena tahan di wad. Baru je lepas kemalangan. Jadi banyak cucian luka kena dia selesaikan. Masa dia cuci muka aku memang aku tahan je pedihnya. Hati-hati dia buat. Memang tak macam Dr lain buat. Nak dekat sejam jugak dia kerjakan muka aku.

Tangan, kaki dan lutut belum dikerjakan lagi. Tapi sebab aku dah sakit sangat. Dia pun simpati dengan aku. Dia kata tak nak cuci lagi buat masa sekarang. Padahal memang dah tertulis kena cuci hari tu jugak. Esoknya aku keluar hospital. Sebab tak tahan lama raya kat hospital.

Tapi bila aku ditukarkan ke Serdang lain pula jadinya. Nurse tu marah sebab luka dah keluar nanah ke apa benda entah. Yang penting kuman yang memakan kulit aku. Terutama bahagian tangan. Kuning tebal. Macam lemak pun ada aku tengok. Sampai sekarang parut kat tangan paling ketara rupa dia. Dibandingkan dengan luka lain.

Kesimpulannya, simpati sekarang kadang kala menimbulkan kesan lebih buruk. Baiklah kita bertindak kejam sekarang dibandingkan kekejaman di akhirnya. Atas dasar simpatilah, aku tak berani nak bersimpati lebih-lebih dengan orang sekeliling. Maaf sebab aku kejam.

12 comments:

reenapple said...

aaaa... aku faham. kadang3 simpati itu memakan diri. =)

Solihin Zubir said...

nak sakit sekaligus tp sekejap atau nak sakit sikit2 tp berpanjangan? hehe..

Cik Pulau said...

ai ni simpati ke tak eh??

Ryu on ahsfantasy24.com said...

Yes, kejam untuk kebaikan tak mengapa,
jangan susah sesudah senja (:

fRaMe+LenSeS said...

aah kan. ssh jugak kalau simpati ni kan? huu T.T

Anonymous said...

tak payah nak simpati~

Pija said...

aku pun kejam pah,hehe

kiera'sakura said...

betul tue.. kadang2 kita kena kejam untuk sedarkan kesalahan mereka yg kita sayang.. bukan x simpati tapi untuk kebahagiaan dia akan dtg jugak..

Nong Andy said...

simpati kalau kena pada tempatnya takpe. tapi simpati yg tak mendatangkan faedah melainkan memburukkan keadaan patut di elakkan.

*Iffah.. kadang2 kejam itu perlu. bukan kita tak sayang.. sebab kita sayanglah kita kejam (tapi susah nak kejam dgn shinta.. dia cepat cairkan hati aku hadoi..)

Sis AI said...

Hmm.. Contoh yg baik sis. Ada btul jgk tu. Nk brsimpati, kna brpada2.. Ceh. Mcm ayt ayh sy la. Tension je.. Haha!

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

kadang2 jadi baik sangat pun susah kan

aimie amalina said...

okeh
opah paham kenapa kak ngah slalu garg dgn opah

hahhahahahahahahaa

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers