CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Diari seorang isteri V (Tamat)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk cerpen sebelumnya, rujuk di menu Koleksi Cerpen dan Cerpen Bersiri~~~ 


15.7.2012
Malam itu aku kena lempang lagi. Sebab aku keluar beli buku malam hari. Teruk juga pipi aku bengkak. Aku mengadu dengan Syakira. Aku kata sudah dua kali aku dilempang. Syakira marah. Kenapa tak report polis? Dia kata ini kes penderaan fizikal. Aku kena pergi hospital dan dapatkan bukti. Boleh dakwa Qaidir dengan bukti itu. Buat laporan keganasan rumahtangga? Aku bukan tak mahu. Tapi aku sayangkan Qaidir. Lagipun hal ini kecil saja. Lainlah dia belasah aku. Syakira pun tak terkata dengan keputusan aku ini.
20.7.2012
Buku itu aku telek. Aku baca. Rupanya jauh aku dengan tuhan. Begitu jauh jurang antara aku dan tuhan, juga begitu jauh hubungan aku dan Qaidir renggang. Aku sedar kekurangan aku seorang isteri. Bukan seorang isteri tetapi seorang muslim. Aku terasa jauh dengan Allah. Aku abaikan perkara wajib. Rumah aku lama tak bersenandung ayat suci al-Quran. Aku juga tak pernah pula dengar suamiku mengaji. Mungkin dia juga seperti aku. Terleka! Aku cuba baiki diri. Suami aku tetap sama!

25.7.2012
Aku ke surau berdekatan dengan rumahku. Telah banyak aku lupa sejak aku terlalu bahagia dengan nikmat kekayaan dan kesenangan yang Allah limpahkan. Suami aku tak pula puji perubahan aku. Aku masih buntu. Apakah perkahwinan kami masih bisa diselamatkan? Tolong aku Ya Allah!

1.8.2012
Sejak hari itu aku tak henti istikharah. Jawapan telah aku temui. Cerai! Itulah aku dapat. Suamiku tak punya hati dengan aku. Buat apa aku paksakan dia terima aku lagi? Aku tahu aku gagal menjadi isteri yang baik di sepanjang pernikahan kami. Mungkin aku hanya jadi kekasih buatnya bukan isteri. Aku takut untuk usulkan kata cerai. Aku mohon Ya Allah kuatkan hati aku!

2.8.2012
Aku berbincang dengan suamiku. Maaf, bekas suamiku. Dia rela menceraikan aku tadi. Dengan talak satu. Aku yang paksa dia pilih. Antara cinta atau rasa belas kasihan. Dia jawab dia tak mahu ceraikan aku kerana takut dengan title janda. Aku lagi takut dengan seksa Allah sebab tak menjalankan tugas isteri dengan baik. Aku dah gagal. Aku tak mahu keruhkan lagi keadaan. Biarlah Qaidir memilih kebahagiaannya selepas ini. Memang perit tapi aku rasa ada beban yang hilang. Bebanan dosa yang tak tahu entah diampunkan atau tidak. Cinta aku hanya untuk Allah kini. Izinkan aku bercinta denganNya terlebih dahulu T.T

9.9.2012
Kes cerai aku telahpun selesai. Cuma tunggu habis edah. Aku mampu tersenyum atas perpisahan ini kerana aku temui cinta sejati. Salah aku kerana terlalu senang dengan nikmat hinggakan lupa nikmat itu akan jadi racun pada aku kelak. Kini aku bebas. Qaidir kelihatan sedih melepaskan aku tadi. Entah mengapa, aku sayu dengan melihat wajah bekas suamiku. Abang, maafkan Isya. Anggaplah semua ini pengajaran buat kita berdua. Semoga berbahagia wahai Qaidir.

12.3.2013
Aku temui bahagiaku. Aku jumpa cinta Allah. Aku jumpa seorang lelaki yang tulus hatinya. Seorang lelaki yang sayangkan aku apa adanya. Seorang lelaki yang sanggup menunggu aku. Dia sanggup mengambil aku sebagai isterinya setelah semua ranjau dia tempuhi. Aku juga. Kini aku bisa tersenyum bahagia. Salah aku telah lama aku perbetulkan. Salah dia aku tidak ungkit lagi. Ternyata perpisahan sementara membuatkan cinta kami makin utuh. 

Aku akui cintakan Qaidir. Yang membuatkan aku terimanya semula ialah aku cintakan dia demi Allah tuhanku. Dia juga sabar menunggu aku mencari identiti diri sebagai muslimah sejati. Dia kembali bergelar suamiku. Dia banyak berubah. Sama sepertiku.

Dengan ini, aku akan simpan kau wahai diari. Akanku buka lembaran baru untuk rentetan seorang Isteri yang berpegang pada agamanya. Aku akan simpan kau diari. Selamat tinggal dan terima kasih menemani aku sepanjang aku bergelar isteri kepada Qaidir yang lama.

 Tamat~~~
Nota Iffah: Ramai bagi idea. Aku cuba menulis berdasarkan perkongsian orang. Siapa orang itu biarlah rahsia. Aku pilih ending inipun sebab dia. Realitinya begini. Aku jadi takut menulis lebih panjang. Takut tersalah fakta. Takut terbuat orang terasa dan sebagainya. Anggap jelah garapan ini untuk ambil iktibar dari apa yang aku sampaikan. Jangan asyik cari salah orang, keduanya kena muhasabah diri. Sekian, terima kasih atas kesetiaan anda semua menanti sambungan.

15 comments:

reenapple said...

aku suka ini. Aku terlalu suka ending nya...

benarlah... jika kita belajar mencintai ALLAH, nescaya ALLAH akan menyuruh sekalian alam untuk cintakan kita kembali. =)

Nong Andy said...

ha.. penamat yg byk pengajaran.. aku suka penamat yg macam ni.. adakala perpisahan di perlukan agar kita boleh jadi insan baru bila bertemu semula :)

Sunah Sakura said...

cerai boleh dengan paksaan ye?

Anonymous said...

ending dia best ...
tapi kasihan dengan wife tu dpt suami kejam.. curang pula, kena pukul, terjang pa semua..
tapi syukur lah wife tu sedar dia lalai.. astanga...

Anonymous said...

suka ending ni. tapi nak tahu juga apa sebenarnya silap si isteri sampai si suami curang dan tawar hati?

~hayeem

anGah said...

sedang uysa usya set set cerpen.. ekeke

miss R said...

^_^. tahniah.

EZAD AMIR said...

Idea ko menarik...selalu je aku bce cerpen cinta dri ko...
Teringin nk baca karya genre lain lak...keh3...apa kata next entri genre bunuh mbunuh?keh3...
Btw,aku kena bce balik dri part 1..=P

Juliet_iRa~" said...

nice..hee

rs happy bila bc ending camni..hehe..

akk xsuka bc ending sedih..jd stress plak..hehe

psss : bz final year?hehehee..buat KT elok2..;p

syuhadah rashid said...

Tahniah! semoga Dia beri kamu jalan yang baik. semoga dirahmatiNya, Amin. :)

BlueiceButterfly said...

~jumpa gak ending...best :)

Aziela said...

Terima kasih di atas ending ini...

Muslimah Optimis said...

ni adalah 1st cerpen iffah yang MO baca.. memang tahu miss Ran ni menulis sejak kita mula2 kenal kan tapi xpernah langsung nak baca sebab kekangan masa.. tapi tergerak hati nak baca cerpen ni.. menarik..

suka sangat ayat ni,

Aku temui bahagiaku. Aku jumpa cinta Allah. Aku jumpa seorang lelaki yang tulus hatinya. Seorang lelaki yang sayangkan aku apa adanya. Seorang lelaki yang sanggup menunggu aku. Dia sanggup mengambil aku sebagai isterinya setelah semua ranjau dia tempuhi. Aku juga. Kini aku bisa tersenyum bahagia. Salah aku telah lama aku perbetulkan. Salah dia aku tidak ungkit lagi. Ternyata perpisahan sementara membuatkan cinta kami makin utuh.

Aku akui cintakan Qaidir. Yang membuatkan aku terimanya semula ialah aku cintakan dia demi Allah tuhanku. Dia juga sabar menunggu aku mencari identiti diri sebagai muslimah sejati. Dia kembali bergelar suamiku. Dia banyak berubah. Sama sepertiku.

ingatkan orang lain tadi.. hehe.. Qaidir rupanya..

selamat enulis lagi dan terbitkan novel.. :-)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

i like this ending

;)

kiera'sakura said...

*baru blh komen* ihihihihi :p

betul jgn suka tunding jari cari salah org lain kena muhasabah diri sbb diri kita pun byk silapnya.. ;)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers