CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Putus tunang Part 3

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini adalah cerpen bersiri. Klik Part 1, Part 2 untuk cerita sebelumnya.

Selama dia bergelar isteri seorang lelaki, Dania bahagia. Bukan sebelum kahwin dia tak bahagia. Tapi setelah berumahtangga makin bahagia hidupnya. Kisah suram ditutupi dengan kehadiran si suami. Cinta yang disemai setelah halal amat membahagiakan. Walaupun Hanafi bukanlah cinta pertamanya dan perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Namun, Dania bahagia. Sungguh!

“Sayang…” Hanafi menyeru isterinya. Terlalu teruja berjumpa wajah kesayangannya. Dia akui dia jatuh cinta dengan isteri sendiri. Sebenarnya, sebelum mereka nikah lagi. Dia sedar dia menyintai Dania dalam diam semasa Syah menghubunginya. Saat itu, hancur luluh hati mengenangkan hati tunangannya milik orang lain. Sebab itulah dia terburu-buru memutuskan tali pertunangan. Bimbang jika diteruskan dia dan Dania tidak bahagia.
“Abang, sorry Nia kat dapur tadi,” Segera mendapatkan suaminya. Tangan kasar itu disalami. Sejurus selepas itu ciuman mesra dari Hanafi hinggap di pipi Dania. Dania tersipu malu.
“Buat apa kat dapur?” Dania senyum sahaja. Dia malas nak beritahu. Nanti tak surprise. Hanafi masih menunggu jawapan dari isterinya.
“Apa ni tak nak bagitau pulak? Baik Dania cakap sekarang, kalau tak…” Hanafi mengugut dalam senyuman. Tak lekang senyuman dari bibirnya. Senyuman nakal pastinya.
“Kalau tak apa?” Dania sengaja. Dia tahu Hanafi terfikirkan sesuatu. Dania senyum menggoda. ‘Menggoda suami sendiri tak salah bukan?’ Dania terfikir sejenak.
“Kalau tak abanggg….” Saat itu Dania kelemasan. Rangkulan erat mematikan niatnya untuk berahsia. Pinggangnya kegelian saat jari jemari kasar menyentuhnya. Hanafi menggeletek isterinya. Lama. Setelah Dania mengaku kalah, barulah Hanafi menghentikan perbuatannya. Malah, kedua ketawa senang. Dania dan Hanafi terduduk di sofa. Masing-masing tersenyum memandang. Hanya lirikan mata memahami hati yang bergelodak. Kisah mereka tidak berakhir di situ yang pastinya.

Xxxxx

Syah hanya memerhati rumah itu. Rumah yang dibayangi kebahagiaan wanita yang dicintai, Dania. Dia pedih melihat Dania kini. Hanafi sangat bertuah. Dia tahu terlambat untuk meraih cinta Dania semula. Dia tak tahu harus bagaimana lagi mahu Dania terus mendampinginya. Mengesat air matanya saat kesedihan. Menjadi pendengar setia saat tiada seorangpun yang mahu mendengar celotehnya. Menjadi sahabat yang tak mungkin meninggalkannya. Syah merindui semua itu. Dia tahu hati Dania sudah terisi.

Pisau belati berkilat di tangan. Dia mahukan hati Dania semula. Senyuman terukir di bibirnya. Mata bersinar. Langkah diorak ke rumah itu. Dania masih sibuk menjemur kain. Langsung tak perasankan lelaki itu. Dania masih khusyuk. Langkah Syah makin mendekat. Pisau digenggam kemas.

“Syah!” Suara Dania menyapa membuatkan Syah menyorokkan semula pisaunya di tepi seluarnya. Dia terus saja menyelit di tali pinggang seperti si pemburu yang pergi memburu mangsa. Syah senyum. Dania cuba berlagak biasa. Dia telahpun berkongsi cerita dengan Hanafi tentang Syah. Suaminya menyuruh dia berjaga-jaga. Syah memberi salam.
“Waalaikumussalam. Syah mana tahu rumah saya?” Dia cuba beramah agar tak nampak kaku. Dia tak mahu Syah terasa dipinggirkan.
“Syah tahulah. Sibuk nampak?” Syah memandang Dania lama. Dania jadi tak keruan.
“Aah tengah menjemur kain. Maaflah Syah, nak jemput masuk tak boleh pulak. Apa pula kata jiran nanti?” Dania sebolehnya mengelak dari didekati Syah. Mujur saja pintu gril terkunci. Dia sangat-sangat takut saat ini.
“Oh Syah faham. Kita borak sini pun dah cukup. Nia dah makan?” Dania senyum. Lega sedikit.
“Dah. Syah?” Dia pandang wajah cengkung Syah. Timbul pula rasa simpati.
“Belum. Syah tak lapar,” Nadanya lain. Syah seakan meraih simpati Dania. Dania pula berkira-kira mahu masuk dan telefon Hanafi. Dia tak mahu berlama-lama. Dia takut.
“Syah nak makan? Dania ada masak tadi,” Lembut suara Dania menyapa. Syah menggelamun. Dia membayangkan Dania menjadi miliknya. ‘Arghh Dania aku cintakan kau!’ Jerit batinnya.
“Syah…” Dania menyedarkannya semula. Syah mengukir senyuman. Dia bahagia dengan imaginasi itu. Sangat bahagia dan berharap fantasi menjadi realiti.
“Ya, Dania?” Dia memandang Dania semula. Wajahnya tanpa mekap. Wajah itu makin ayu berbanding dulu. Mungkin seri seorang isteri.
“Syah nak makan tak?” Kali ini suara ditegaskan. Bimbang dia dengan kehadiran Syah memporak perandakan rumahtangganya yang bahagia kini.
“Nak. Itupun kalau Nia sudi,” Syah senyum. Dia berpeluang dapat makan masakan Dania. Wanita pujaan. Dia teruja sekali.
“Dania ambilkan kejap. Syah jangan pergi mana-mana,” Syah mengangguk. Dia tak sabar. Pisau belati dicampakkan ke tanah. Dia tak mahu Dania tahu niat asalnya. Seperti selalu niatnya pasti tak tertunai. Dia pasti lemah bila berdepan dengan Dania. Sampai bila pun dia takkan sanggup membuat sesuatu terhadap Dania kerana Dania cinta pertama dan terakhirnya. Dania lama di dalam. Syah menanti resah. Kejap bangun kejap duduk. Dia risau. Dania keluar akhirnya.
“Sorry lambat Syah,” Senyuman manis diukir. Syah membalas juga. Dia tak sabar nak makan masakan Dania. Air tangan Dania pasti sedap. Dania hulurkan melalui celahan gril sahaja. Dia masih bimbang.
“Dania tak nak makan sekali?” Dania menggeleng lembut. ‘Maafkan aku syah!’ Dania beremosi.  Air mata lurut juga. Syah memandang pelik.
“Kenapa Nia?” Syah begitu mengambil berat. Kunyahannya terhenti.
“Saya tak apa-apa. Seronok tengok Syah berselera macam ni,” Dania menymbunyi rasa. Dia simpati. Namun, dia perlu buat juga. Matanya nampak kelibat polis. Dari jauh.
“Nia, sebenarnya Syah ada benda nak cakap dengan Nia. Sebab tu Syah datang,” Syah berkata lembut. Dania mengerutkan dahinya.
“Apa dia?” Dia ingin sekali tahu.
“Syah sayang Nia. Lama dah,” Ujarnya tanpa tawa. Serius bunyinya. Dania kaget. Dia terkejut.
“Syah tak main-main?” Dania cuba mendapatkan kepastian.
“Tak. Syah serius. Dania je yang terima Syah. Walau nakal manapun Syah. Terima…” Syah tak mampu sudahkan kata. Matanya tertutup. Dania menangis teresak-esak. Polis datang menyerbu. Lalu Syah dibawa pergi. Ubat tidur yang dia letakkan mampu membuatkan Syah lena. Mungkin tidur yang agak lama. Dania terpaksa membuat begini demi keselamatannya. Syah hilang dari matanya. Syah pergi menghadap hukuman yang disedia. Dania sudah lama menanti Syah datang.
“Maafkan saya, Syah!” Itu saja yang dia mampu lontarkan. Tangisan masih jelas. Kuat. Nyaring. 

Dania juga sayang Syah, kerana sayanglah dia terpaksa begini. Kejam. Namun, jauh di sudut hati Dania, dia mahukan Syah pulih semula. Pulih dari jiwa yang kacau. Pulih dari segala kepahitan hidup yang membelenggu diri Syah sepanjang kehidupannya. Dania sangat berharap.

Nota Iffah: Tamat dan tiada sambungan lagi!!! Hah jangan nak minta aku sambung. Rasa terjerut nak sudahkan satu part ni. Harap semua berpuas hati. Nak buat cerpen baru pulak lepas ni. Malas nak berteka-teki. Oh ya selamat hari lahir buat blog jiwang aku ni. Dah dua tahun rupanya. Apa jasa blog ini pada anda?

5 comments:

reenapple said...

heeee.. even endingnya buat aku rasa nak syurh sambung lagi, tapi aku turutkan sahaja kehendak kau. Hahaha.

Best. Kesian kat Syah. (Eh, cam nama aku lak)... hehehe.

#eh, birthday blog ni ke??? Happy birthda. =)

kiera'sakura said...

sian kt syah dia tekanan perasaan.. huhuhu.. tp kan kisah ape yg x tamat antara Dania ngn Hanafi? hahahhahaha :p

slamat ulang tahun Buta+Pekak+Bisu=CINTA!!!! :D

Rozuan Ismail said...

oit, kena sambung lagi lah. nak tahu niat asal syah, pastuh bagilah ada scene bertengkar skit antara syah ngan hanafi,huhu..x kan habis cm ni je. nak lagi2..


p/s happy birthday blog !!

Nong Andy said...

aku pong sayang Syah jugak ahahahaha...

kesian Syah.

*Byk jasa blog ni.. sebab blog pekak buta bisu cinta ni telah buat aku aktif semula dlm blogging dan menulis cerpen cerpang :)

CikZaitul said...

jase blog ini..mengisi masa aku, dari melayan-layan utube..
siyus aku dah xgemar tgk utube lepas terpikat dgn ko , reen , nong ..

idea korg pergghh !!!



aku tgu cerpen baru ea...

pembace free yg setia :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers