CORETAN TERBARU NADH

Bila kau nak kahwin?

Aku dikejutkan dengan pertanyaan begitu. Aku? Calon pun masih samar. Aku taklah terdesak sangat nak main sauk je bakal imam aku. Amboi semua dah cerita pasal imam diorang. Agak gedik jugak nak sebut imam jugak. Takpe, jodoh tu ada. Cuma perlu usaha dan tunggu.

Gosip aku nak kahwin tersebar di seluruh tempat aku belajar. Tempat yang dipenuhi perempuan. Jadi kepohnya semacam sikit. Muka aku ni ada rupa nak kahwin ke? Belum masanya nak jadi puan. Dengan kawan aku pun kena. Diorang tak apalah ada buah hati dah. Aku ni? Buah-buahan pun tak ada. Mana diorang dapat gosip murahan ni?

Rupanya kes kami pergi bilik kaunseling. Selalu orang pergi bilik kaunseling untuk memenuhi prosedur kahwin semasa belajar. Otak diorang, kaunseling dan kahwin seiring. Itu je isu paling utama pun kat sini. Kitorang datang lepak sambil minta tandatangan warden je. Tak lebih dari itu pun. Sebab ada nama tercatat kat buku pelawat, maka semua orang pakat tanya bila nak kahwin. Aku? Pengsan! Haha lawak!
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

reenapple said...

nak gelak aku baca ini.. heee. Pergi kaunselling bermaksud nak kahwin.. heee. Dasyat tempat kau belajar.. hehehe.

#doa kau jumap buah-buahan kau.. =)

Cik Sara said...

Hahaha... tak po lah.. jodoh tu dah ada.. tunggu masa dan ketikanya..=D..

Kaunseling = kahwin?? heee...

ain dzaya said...

kalau org2 salu sebut tu..seru dah makin dekat la kowt...papepun...teruskan belajar yer mengenal erti kehidupan :)

"Alhamdulillah. ramai sebaya ain dah berkahwin seawal 20 tahun. Bangganya ain".

Nong Andy said...

ada sorang kawan aku tuhan.. masa aku tunang dia tumpang happy sangat-sangat, aku tanya la dia..

" Kau pula bila nak kawin?"

Dia jwb " Ah.. aku lama lagi.. aku nak enjoy zaman muda aku ni puas2"

tup tup 3 bulan kemudian, dia duluan kawin dari aku ahahahaha..

jodoh kan.. jgn ckp lama lagi. tetiba jer kawin sapa tahu? heee...

CikZaitul said...

netau pasni ade buah-buahan terjatuh hati ??


tape, jodoh tu kan rahsia allah swt :)

Rozuan Ismail said...

owh, kaki bilik kaunseling lah ni ye

kiera'sakura said...

wahahahaha meyh akak nk bg buah-buahan... *yg tue je mampu bg* :p

myself said...

kalau masuk bilik caunseling ja kena label nak kawen peh ni xda la kot yg berani nak pergi sana..hehehe

-Nozah 90- said...

INI la masalah yang ku hadapi soalan yang hari2 di tanya oleh keluarga ku bila nak kawinn....pening kepala nak pikir ...bosan da dengar soalan ni aku jawap jahh esok ku kawin tapi dorang kasih ketawa pulak ,ada kah patut

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers