CORETAN TERBARU NADH

Idea datang dan pergi

Seringkali dengar rungutan kawan-kawan. Idea tak ada. Idea datang tak kena masa. Idea kemarau. Saat-saat genting idea tak datang-datang jugak. Semuanya rungut pasal idea. Bila dah jadi blogger, idea memang kena sentiasa ada. Kalau blogger tegar, mahu mati kutu tak ada idea buat entri baru.

Ada yang kata idea aku banyak. Melimpah ruah. Aku senyum. Taklah, idea aku mana ada banyak. Aku menulis ikut sedap je. Aku nampak aku tulis. Aku baca aku tulis. Aku dengar aku tulis. Aku ada kelapangan aku tulis. Idea datang terus aku tulis. Aku hargai setiap masa dengan menulis.

Bagi aku menulis adalah kepuasan. Jadi mati kutu kalau tak menulis. Tak ada idea? Duduk sejenak. Luangkan masa dengan kawan dan keluarga. Takpun bersujud kepadaNya. Sebab idea tu datang dariNya. Kalau tak dengan izin Allah, aku takkan dapat menggerakkan walau satu jari pun untuk menaip.

Cuba ingat balik, pernah tak kita bersyukur bila Allah bagi kita idea? Idea miliknya. Kita pinjam je. Kadang ada kadang tiada. Takkan nak marah Allah semata-mata idea yang tak kunjung tiba. Hargai idea sementara ada. Jangan lupa, idea bukan selamanya dengan kita. Bukan hak mutlak. Jangan bangga dengan idea itu kerana tanpa izin Allah, entah ke mana idea kita.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

kiera'sakura said...

betul la tue.. tp akak bukan blogger tegar, klu idea dtg x kena gaya x dpt nk menulis, akak biarkan je die pergi.. ada sbb la tue kenapa Allah tak izinkan kita publish idea time tue... hihihihi

salim harmanain said...

betul tu...hidup ni pun sekadar pinjaman je...

p/s : untung la blogging pakai blog - droid

p/s/s : rajin hari2 datang komen kat blog saya...apa rahsia ? ekekeke

Asrul "iLham" Sany said...

sy dapat idea masa makan :D

Nur Zulaikha said...

sis..share idea jom..hehehe

Juliet_iRa~" said...

hye iffa :D

sihat dah sekarang?sorry akk lama xdtg n update blog..huhu..

cuti sek buat apa?sek akk ok je..cikgu dia je sll nk kena darah tinggi..haha

Aziela said...

True... Posting nie tak perlu cari idea sebenarnya. It's our creativity mcm mana nak twist occasions or our thoughts to be the entry, kan..?

Nur Zulaikha said...

hehe..takde entry nk wat..join segmen je la..hehe..akk..cerpen kte tergendala..huhuhu..time nk wat..time tu la bz..

msredcheesecake said...

DULU MEMANG STRESS BILA TAKDE IDEA NK UPDATE SBB NAK UPDATE HARIHARI... TP SKANG UPDATE BILA ADA BENDA NAK TULIS, TAK PERLU HARIHARI... TAK STRESS DAH...

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul tu walaupun ketandusan idea masih perlu juga menulis dan biarkanlah idea itu datang dgn sendirinya tanpa dipaksa2...:)

Nong Andy said...

benar belaka.. semuanya pinjaman saja. Bila ia tiada.. maka pasti ada hikmah di sebaliknya (kalau takde idea masa tu tuhan suruh kita kembali ke realiti lah tu hehehe)

deno said...

betul.. idea tu boleh datang dan pergi begitu je.. dan idea juga tak akan dtg sng2 jika allah tak izinkan dan kita mesti sntiasa mengingatiNya :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers