CORETAN TERBARU NADH

Mia Najihah Part 2 (AKHIR)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebelum tu baca PART 1 di sini. Cerita lama yang tergantung. Saja nak bagi tamat. Banyak lagi hutang rupanya. =P
Tolong jadi isteri saya...

“Mia Najihah, sudi tak awak jadi isteri saya, ibu kepada anak-anak saya dan nenek kepada cucu-cucu saya dan…” Kata-kata lelaki itu terhenti. Mana tidaknya aku menangis. Terharu. Dia pandang aku. Lama. Malu usah dicerita. Ingin saja aku menggangguk. Tapi malu. Bukankah dulu aku yang jual mahal.
“Mia, kenapa nangis ni?” Fazli risau.
“Saya malu dengan awak,” Ujar aku perlahan. Benarlah bagai dikata. Kalau jodoh takkan ke mana. Setahun lepas aku dah menolak pinangan dia. Kena marah dengan mak. Teruk juga. Tapi hati tak ada cinta. Bagaimana aku mahu terima Fazli? Namun, Fazli tak pernah gagal untuk berusaha. Berusaha mendapatkan aku.
“Listen, Mia. Kalau awak tak boleh nak terima saya, saya takkan paksa awak dah. Tapi tolong jangan nangis lagi,” Aku menggeleng laju. Berat mulut hendak mengungkapkan rasa hati yang terbuku semalam ini. Binaan ego yang kukuh roboh kini. Yang ada hanyalah seorang gadis bernama Mia Najihah.
“Saya terima,” Itu saja aku boleh luahkan. Fazli tersangat gembira. Aku pula senyum juga. Mana taknya setelah lama dia menunggu. Aku bahagia walau cinta itu hadir lambat, tapi aku suka. Buat apa terburu-buru mahukan perhubungan jika hati tak rela.

Xxxxx

Di tanah itu aku bersimpuh. Air mata telah lama kering. Ingin saja aku basahkan kembali. Seperti basahnya kubur di hadapan aku. Fazli Muhaimin telahpun pergi menghadap ilahi sebelum sempat aku dan dia diijabkabulkan. Memang aku kecewa. Memang aku merana. Setiap hujung minggu pasti kubur ini menjadi tempat aku menyedekahkan surah-surah suci al-Quran. Sememangnya dari Allah kita datang kepada Allah juga kita dikembalikan. Aku redha dengan dugaan yang menimpa. 
Fazli, tenanglah di sana.
Fazli terlibat dalam kemalangan jalanraya. Motor yang ditungganginya bertembung dengan treler. Hancur seluruh tubuhnya. Begitu jugalah hancur luluh hati aku saat menerima berita sedih itu. Fazli meninggalkan aku buat selama-lamanya sebulan sebelum pernikahan kami. Fazli telah pergi selamanya. Aku redha itu.

“Jiha, jom balik. Petang dah ni,” Faizal menyentuhi bahuku. Air mata aku sapu perlahan. Mataku tertancap pada Faizal. Adik kepada arwah yang juga suami aku. Ya, aku kahwin sebulan selepas kematian Fazli. Mak bising. Majlis telah dirancang. Walaupun Fazli telah pergi buat selamanya mak mahu majlis diteruskan. Untuk apa aku melawan kata orang tua aku. Sudahlah dulu aku menolak pinangan Fazli. Inilah perkara yang aku fikirkan aku harus buat untuk emakku biarpun perit juga menerima hakikat aku dibayangi Fazli dalam diri suami aku.

“Jiha, abang tak nak Jiha sedih macam ni. Abang Fazli mesti bahagia dah kat sana. Kita doakan ye,” Air mataku diseka. Faizal terlalu baik. Dia tahu aku masih belum dapat lupakan abangnya. Sungguh perit kerana setiap kali memandang suamiku pasti mengimbau kenangan bersama Fazli. Namun, tetap aku tak henti berdoa agar aku menjadi isteri terbaik dan solehah buat Faizal dan membiarkan arwah abangnya dalam lipatan kenangan semata. Jodoh bukan kita tentukan. Aku harus terima itu. Aku melemparkan senyuman kepada suami yang setia menanti. Faizal menggamit tanganku. Lantas jari jemari kami bersatu dan beringan keluar dari Tanah Perkuburan Sungai Kantan.
Selamat tinggal Fazli buat selama-lamanya.

‘Bersemadilah dengan tenang wahai Fazli, saya sudah sedia melepaskan awak pergi. Supaya awak tenang di sana. Doakan kebahagiaan saya dan juga adik awak ye’ titisan air mata terakhir dijatuhkan aku. Biarlah Fazli di situ. Aku masih ada hati yang menanti untuk diisi. Cinta datang dan pergi, itulah hakikat sebuah cinta. Mia Najihah pasti akan bahagia akhirnya. Aku tersenyum.

8 comments:

lieynanilaz said...

jodoh tiada siapa yg tahu..itu semua rahsia Allah.

Unknown said...

huhu.kenapa endingnya sedih

Naniey TJ said...

ok.... makin banyak improvmnt.... ayt pon da min pnjg2... gud job... tp mcm pndek sgt la plk... pe2 pon trskn usaha.... chaiyokkkk

Kira Kekuri said...

sedih, but akhirnya dia kawin gak. harap dia bhgia. ehehe.

Kira Sakura said...

sobsobsob... jodoh Allah kan, kita hanya merancang.. klu jadi mcm nie mesti akan terselit perkataan "kalau lah dulu aku terima" huhuhuhu

reenapple said...

tiada siapa duga jodoh itu.. ia rahsia dan selamanya akan menjadi rahsi sehinggalah kita alami..

err... apa yg aku merepek ini...

btw, best.... asal lama gila nak buat sambungan.. hehehe. =)

Nong Andy said...

sad ending menawan..

terkesan ni..

* kau tak suka buat sad ending. Tapi yg ini memang bagus!!

Woofer Storm said...

kenapa mesti dengan kematian???

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers