ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
La tahzan kali ini berasaskan cinta. Terpanggil
setelah membaca cerpen akak sorang yang menyentuh hati di sini. Dia ada tulis pasal
buku “La Tahzan Sekiranya Cintamu Ditolak” iaitu "boleh
jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia buruk untukmu. Boleh jadi kamu
membenci sesuatu padahal itulah yang terbaik untukmu. Allah Maha
Mengetahui sedangkan kamu tidak"
Kali ini aku nak membicarakan soal cinta. Manusia
dan cinta seiring. Bukan jiwang atau angau cuma itulah lumrahnya. Kita tak
lepas dari cinta. Cinta sesama manusia. Cinta untuk Allah paling utama. Kenapa tajuk
kali ini semacam?
Sebab berdasarkan lagu “Anak kampung” Bait
liriknya begini, kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain. Konsep cinta
dan lepaskan. Aku suka kau, kau tak suka aku. Jadi aku lepaskan untuk kau pilih
orang yang suka. Ingat cinta bukan paksaan.
Cinta, bukan juga bermakna memiliki. La tahzan
buat mereka yang mengalami masalah begini. Kadang cinta kita tak boleh jangka. Bukan
sebab kita jatuh cinta pada orang yang salah tapi kita diberikan peluang untuk
merasai cinta sebelum mengenali cinta yang benar-benar untuk kita.
Kita tak boleh jadi tamak. Aku cinta kau. Kau
milik aku. Langsung tak. Cinta itu Allah yang hadirkan. Dia juga Allah yang
wujudkan. Jadi siapa kita nak punya hak pada cinta? Lepaskan kerana kita tak
berhak pun untuk miliki dia. Biar dia memilih. Lepaskan bukan selamanya. Tapi lepaskan
untuk dia pilih, apakah kita atau orang lain yang dia cinta.
Memang perit, sedih, payah. Siapa tak sedih? Tapi
konsep redha itu penting. Jangan sebab cinta kita jadi buta. Cinta ialah mainan
jiwa yang paling sukar diubati. Kerana cinta kita mati. Kerana cinta kita
dilukai. Kerana cinta kita menyakiti dan kerana cinta kita melupai Ilahi. LA
TAHZAN kerana cinta, kita harus lepaskan. Biar sakit sekarang supaya tak bertambah
di masa akan datang.
16 comments:
Sebenarnya kita tak leh nak taksub sangat dengan cinta antara manusia, cintakan Allah lebih baik daripada segalanya...
la tahzah.. ya. lepaskan ia pergi.. cinta bukan paksaan. Setiap sesuatu itu ada yang tersirat di sebaliknya :)
"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" eh? =_=
~lepaskanlah kalau ada jodoh ia pasti kembali :)
ya, cinta itu memang abstrak... bila indah ianya akan jadi sngat indah dalam hidup.. sebaliknya jika sakit ianya akan menjadi kesakitan yang amat sakit...
jangan bermain2 dengan api cinta tau... (",)
Cinta kepada Allah SWT, Rasulullah dan cinta lah kedua ibu bapa kita sebaiknya..
nice nice :D
camnie ah kalau cinta sesama manusia..
jika tidak sanggup di sakiti,usah mengharapkan cinta.
kami suka entry ni....
kadang2 bila kita sayang dan cinta seseorang kita terpaksa lepaskan untuk kebaikan bersama....
macam situasi kami juga,,,
dan alhamdulillah orang yg lebih sayangkan kami menjaga kami dgn sebaiknya....
dah takda jodoh,nak buat macam mana kan.. redhakan saja.
cinta pada oran g yg salah satu pengalaman tahu.. hehe. Aku belajar itu
saya suka yang ni...macam terkena dengan diri sendiri..
kadang-kadang kita terpaksa lepaskan cinta walaupun ia menyakitkan.. jika cinta itu membuat kita lalai.. mungkin itu lebih baik.. lepaskan ia..
p/s: gambar tu kat umah deno.. kat halaman umah^^
'La tahzan' tu apa maksudnya ya.. haha (",)
jika cinta ini yg kita lepaskan, percayalah Allah sedang menyediakan cinta yang lebih baik untuk kita.. yang pasti cinta padaNya melebihi cinta yg laen... ;)
"lepaskan dia , bukan untuk selamanya , tapi untuk dia buat pilihan" - sangat2 setuju , alhamdulillah , artikel nih buat saya lebih redha n tenang :)
Post a Comment